Paul Baran juga mencadangkan supaya data yang hendak di hantar ke sesuatu destinasi dipecahkan kepada “bungkusan-bungkusan”yang lebih kecil. Setiap bungkusan mengandungi alamat pengirim, alamat penerima dan kod bagi memeriksa kesahihan data dalam bungkusan. Susi-suis yang terdapat dalam rangkaian akan menyalurkan bungkusan ke laluan tertentu berdasarkan kepada alamat penerima yang terkandung dalam bungkusan. Seakiranya mana-mana bungkusan rosak atau tidak sampai ke destinasinya, maka kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan keseluruhan komunikasi kerana saiz bungkusan yang hilang adalah kecil berbanding dengan saiz data asal. Lagi pun penghantaran semula data tidak memerlukan masa yang panjang kerana saiz bungkusan adalah lebih kecil. Rangkaian komunikasi yang berfungsi seperti ini dipanggil rangkaian pensuisan bungkusan (packet switching network). Penggunaan suis dan bungkusan yang kecil menjadikan rangkaian yang ternyahpusat ini lebih tahan lasak.
Rajah 2.4 Bungkusan boleh melalui laluan yang berbeza untuk sampai ke destinasinya
Untuk merealisasikan rangkaian yang sedemikian, Paul Baran kemudiannya mencadangkan supaya teknologi komunikasi digital digunakan. Ini kerana teknologi digital membolehkan data dihantar dengan lebih cepat berbanding dengan teknologi komunikasi analog yang digunakan ketika itu. Data yang dihantar dalam bentuk digital juga boleh dibaca dengan mudah oleh suis supaya laluannya boleh ditentukan. Malangnya rangkaian pensuisan bungkusan yang dicadangkan oleh Paul Baran tidak pernah dibina oleh mana-mana pihak. Kebanyakan pihak yang terbabit terutamanya syarikat telekomunikasi tidak yakin bahawa rangkaian pensuisan bungkusan boleh berfungsi sama sekali. Begitulah juga sanbutan mereka ketika ARPA ingin membina ARPANET.
Paul Baran bukanlah satu-satunya penyelidik yang mencadangkan pembinaan rangkaian yang sedemikian. Di England, Donald Davies juga telah mencadangkan rangkaian komunikasi yang sama.
ARPANET yang telah dibina oleh Larry Roberts mempunyai cirri-ciri yang telah dicadangkan oleh Paul Baran. Bagaimanapun cadangan Paul Baran hanya berbentuk konsep sahaja. Oleh itu, Larry Roberts terpaksa menjalankan banyak lagi penyelidikan bagi merealisasikan ARPANET. Atas usaha gigih ini Larry Roberts sering digelar sebagai bapa ARPANET dan juga Internet. Beliau juga dianggap sebagai arkitek utama ARPANET dan Internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan