iDAN

25 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 7 (Singggahsana)

25.12.2008

Ala Komando

Abg Mat tekong yang mengemudikan bot kami; anak kepada Pak Aris, segak orangnya nampak sasa ala komando. Jika dia mengikat kepalanya dengan sapu tangan brutal & pakai topeng sebelah mata itu, mahu demam lanun jika cuba menyanggah bot kami. Awak-awaknya pula ada dua orang. Pak Ali nampak alim amat orangnya. Tok Siak surau pastinya. Seorang lagi Pak Arip nampak wajah nelayan sejati. Biarpun aku agak berumur sekitar hujung empat puluhan tetapi nampak amat segak & bertenaga. Pandai memasak, dalam bualannya dia rajin ke rumah anaknya di KL & kalau ada kenduri di kampungnya dia memang menjadi tukang masak kenduri kendera.

Aku nampak di langit selimut mendung bagaikan tidak mahu terurai dari menutup lenanya beradu Dewi Tenggiri. Angin basah terusan membelai kulit Dewi Tenggiri. Laut kucah sejak berminggu. Aku tak berani menjanjikan apa-apa tangkapan besar buat ekspedisi kami kali ini. Ombak bagaikan ribut malam yang menguncangkan kelambu Dewi Tenggiri. Huru hara amat cuaca.

Bot yang aku naiki teramatlah besarnya. Pertama kali aku turun ke laut menaiki bot sebesar ini. Selain Abg Mat yang leka mengemudi bot, awak-awak, Che Wan & aku sahaja yang berjaga. Yang lain meringkuk di ruang pondok bot melayan mimpi. Aku lihat Pak Arip menjerang air, pastinya buat kopi untuk kami.

Aku mengambil Suria untuk & melayan anganan sendiri. Tak tahu mahu berbual apa dengan Che Wan, rasa segan, rasa rendah diri & perbagai berbaur dalam diri. Che Wan pun jenis seorang yang agak pendiam. Bagai ada watak yang bagiku tak selayaknya aku boleh berborak kosong dengannya. Asap Suriaku cepat amat hilang bersama basah angin tenggara. Ombak semakin ganas.

Aku menanti cahaya mentari di ufuk timur. Dunia ini jika tanpa mentari sememangnya amat suram. Cuaca mendung seakan mahu ribut, membuatkan aku amat payah melihat rona awan. Tau-tau cahaya siang semakin cerah. Aku mencari ruang di sisi bot untuk solat duduk. Tak sabar mahu menanti panggilan unjam. Mengikut perancangan unjam pertama kami akan sampai sekitar jam 7:00 pagi.

Fareez bangun awal, diikuti yang lain. Aku telah celik mata sejak awal makin segar pekena kopi Pak Arip. Pak Ali nampaknya membetulkan apollo panjang yang dililit di koyan. Telah nampak petanda unjam pertama yang kami jejaki. Abg Mat memperlahankan enjin bot.

"Kita guna apollo untuk mendapat ikan sebagai umpan tenggiri" Fareez berpesan. Semua kami sibuk menggunakan apollo di celahan kucah laut. Memang cepat sahaja kami telah selesa dengan tangkapan anak kembung & anak selar. Biarpun tidak sebanyak anak kembung di Penyabong tetapi sudah cukup melegakan kami mendapat umpan segar.

Karang Pak Ngah sememangnya panjang. Maka itu tidak hairan banyak unjam yang bagaikan Istana Tenggiri di sepanjang unjam. Satu yang menarik banyak amat camar yang cuba menyambar anak kembung & selar. Bagaikan pesta keraian yang tidak berpenghujung. Atau mungkinkah camar ini bagaikan pengintip atau hulubalang Dewi Tenggiri.

"Ombak besar!, elok kita berlindung lama di unjam ini!" Abg Mat bersuara, aku telah penat menjatuhkan apollo ke dasar laut. Abg Arip & Abg Ali tak pernah penat memerangkap ikan unjam dengan kemahiran nelayan mereka. Kami menggunakan tiga joran untuk merisik Dewi Tenggiri. Aku mengalah sahaja bilamana pancing yang Che Wan pinjamkan buat aku memikat tenggiri diguna oleh Aru. Che Wan, Aru & Fareez leka mengintai riak Dewi Tenggiri.

Tetapi kami digempakkan oleh ragutan ganas pancing Shimano Tekota dipadankan dengan rod x-zoga yang berumpan anak selar. Garang, lasak, berlawan dengan rentapan Che Wan, masing-masing kami menaikkan mata kail. Tak sabar menunggu, siapakah gerangan si ikan yang tampak ganaslah amat. Selang beberapa minit kami dikecewakan, terlepas;

"Haruan Tasik kot, tak nampak pun calar pada ikan ini..!" Che Wan hampa. Sangkaku pula ialah hulubalang Dewi Tenggiri, melindungi Dewinya dari terjaga dari tidur yang lena.

Aku lihat Amirul cahayamata Che Wan telah mabuk laut, kejap bangun & termuntah kemudian dia tidur semula. Banyak air jus buah ditelannya. masih lagi mabuk. Kes mabuk laut ini memang berlaku setiap kali aku turun ke laut. Bagaikan satu sumpahan. Seingat aku paling teruk rakanku mabuk laut ialah abang kandung Sharil Smart. Dari awal jejak kaki ke bot hinggalah ke saat bot berlabuh di jeti untuk balik. Sepanjang ekspedisi memancing mabuk laut memanjang.

Hampir dua jam kami di unjam yang sama. Sekitar jam 11:00 pagi barulah kami dapat merisik Sang Tenggiri. Bukannya Dewi Tenggiri tetapi sekadar sepupunya yang seberat sekitar 4 kg. Tenggiri pertama. Itupun lantaran sifu yang sahih Abg Mat tekong kami pandai mencari unjam. Yang menariknya di unjam ini kami berjaya menaikkan ikan unjam & karang penuh tong 100qt.


Harap-harap cuaca akan terusan cerah

- Bersambung

Tip Che Wan

A.alaikum kenkawan..

Tsunami..dalam keadaan laut yang bergelora/kucah membuatkan air menjadi keruh kerana pergerakan air akan menjadikan pasir dan lumpur didasar bergerak. Ikan2 kembong dan selar karang yang mencari makan dalam karang akan menghilangkan diri atau menjadi halimunan iaitu ada tapi tak kelihatan. Kekeruhan air tadi berpunca dari pergerakan pasir dan lumpur didasar dan kebiasaannya dibahagian lain airnya lebih jernih dari biasa. Jadi menggerakan umpan perlu dibuat supaya peluang lebih tinggi. Manakala tenggiri sudah dapat mengesan umpan ia akan naik ke atas ditempat yang jernih dan pasti akan dapat mengesan benda2 asing yang terikat pada umpan kita.

Kalau menggunakan kekili light yang spool kecil spt yang kawan pakai tu hanya boleh muat tak sampai 100 meter braided 20lb jadi kawan masukkan tali sulam sufic 12 lb sepanjang 135m kemudian kawan sambung dengan mono f/c 10 lb sepanjang 50 meter.

Perlu diingat kalau menggunakan kekili yang kecil dengan tali utama yang halus, pasangannya pula kena betul2 serasi. Joran yang sesuai dan shock leader pasti dapat serap lebihan sentapan yang boleh memutuskan weak point ikatan pada perambut akibatkan kejutan(shock) yang berlebihan. Ramai di antara kita tidak peka dengan keadaan ini. Bila orang kata pakai 15lb merekapun pakailah 15lb tapi menggunakan joran PE3-8.

Kadangkala kita boleh lihat ada yang menggunakan line 10lb tapi menggunakan kekili spinning saiz 8000. Kita perlu seimbangkan set kita supaya ia dapat berikan kepuasan dan keseronokan disamping dapat mengawal pancingan dengan baik.

Set yang kawan gunakan tu ialah: kekili baitcaster Shimano Speed Master & joran Xzoga Pe 1.

- bersambung

Dewi Tenggiri 8

*

24 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 6 (Singgahsana)

24.12.2008

Wajah Jawa

Aku bersalaman dengan Aru, Ajak, Brother Joe & Amirul. Aru seorang yang segak ala pelakon filem, putih & terpancar perasaan jujur di raut wajahnya. Ajak nampak brutal dengan jeansnya, muda & seorang periang. Brother Joe mengingatkan aku tentang Pak Toyo... Pakcik Mila, berkulit sawa matang dan dari bualannya tampak akan sikap merendah dirinya. Macam wajah Jawa, hatiku terdetik mahu bertanya. Apakah dia orang Jawa. Takut silap tafsiran pula. Amirul adalah cahayamata Che Wan masih di bangku sekolah. Pasti seorang sifu dalam bab memancing. Fairuz selalu cerita pasal keluarga Che Wan. Pertemuan dengan Amirul ini bukan pertama baginya. Amirul memang rajin mengikut ayahnya memancing.

WarnJohoe meminta diri kami menuju ke destinasi seterusnya.

Sempurna sudah kami berlapan akan menjadi penjejak Dewi Tenggiri. Aku memang tak sabar lagi dilambung ombak & ingin menghulur umpan ke dasar laut. Memujuk khazanah laut agar naik ke darat. Mengacau perkampungan ikan yang tentunya amat luas & tidak terduga.

Tanjung Sedili Besar, itu yang tertera di wikimapia; Jeti yang kami akan tuju. Agak jauh juga melintasi jambatan lengkung juga merentas kelapa sawit. Sepanjang dinihari ke Tanjung Sedili hanya kereta kami saja membelah dingin kabus.

Sekitar empat puluh lima minit kami sampai di jeti.

Masih gelap, tak dengar pun bunyi cengkerik, jauh sekali desah ombak. Tenang amat dinihari di Sedili. Nampak cahaya bulan tumpah ke laut. Padanlah Usman Awang tegar tenang mengarang di sini. Ada masjid bersebelahan jeti. Ada sekumpulan pemancing lain yang tentunya akan ke Karang Pak Ngah. Lampu jeti pun tidak dinyalakan. Dalam kegelapan aku terkial-kial menghantar SMS ke Aziq menyampaikan pesan buat ibunya yang ayahnya telah selamat sampai di Sedili. Aku masih amat gerun menerima SMS dari isteri, takut ayat lazim yang boleh menyiat hatiku.

"Fairuz kau cubalah ambil gambar pepagi kat jeti ini kot boleh kita masukkan ke dalam jurnal abg kau ini!..." Aku memujuk Fairuz dia menyelongkar beg galasnya untuk mengodek kamera digitalnya. "Tak payahlah ambil gambar abg kau ini, tak lawa kat gambar... perut dah boroi amat ini!" Dia klik beberapa keping.

Aku dengar Che Wan menelefon tekong yang tentunya telah bersedia untuk belayar. Memang tak lama kami menunggu, sebuah bot yang sasa. Besar amat berlabuh di jeti dengan tiga orang anggota mengemudinya. Tentunya seorang tekong & dua orang awak-awak.

Nun jauh di hayalanku. Aku nampak riak di air & bagaikan sirip Dewi Tenggiri berkilau di celahan buih ombak. Pastinya aku tergoda dengan silauannya bagaikan pelakon Nordin Ahmad tengah diamok asmaradana.


Che Wan & cahayamatnya ... Amirul di dingin dinihari

Sila Rujuk sini kisah seterusnya...

Mirror Menjejaki Dewi Tenggiri... Klik di bawah... Jika ingin menghabiskan ceritera ini.
Mirror Menjejaki Dewi Tenggiri ...tulisan Fareez

(Emmm! begitu cepat masa beredar, sedar tak sedar kekinian telah sekitar empat bulan aku tidak menulis untuk MFN. Lama tu!. Aku banyak menumpukan penulisan di jurnalku di easyjournalhttp://idanradzi.easyjournal.com. Sesekali aku suka menulis di forum politik; sejak harga minyak naik & kekinian kembali turun. Dua hari lalu aku jumpa Fareez; kami memancing di Melimau Melaka; Dia bising sebab aku berhenti menulis di MFN..)

Ceritera ini aku sunting dari MFN

Posted on 24.12.2008 at 12:03 AM

- bersambung

Dewi Tenggiri 7

*

23 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 5 (Singgahsana)

23.12.2008

Andaian Meleset

"Mana Restoran Jenggo ni!" Fareez memecah kesunyian. Kenangan misteri Syukria pecah & hilang dari ingatanku. Jalan yang sama kulalui, syukurlah tidak ketemu makhluk misteri macam Syukria temui.

"Kata lagi dua jam!" Aku rasa tertipu dengan sakatan Fareez. Fareez senyum melebar. Jam di tanganku belum pun cecah 1:00 pagi.

Dalam hati memang aku tak sabar mahu berkenalan dengan otai-otai pancing di Johor. Paling teruja mahu ketemu Che Wan. Apakah sama empunya diri seperti bayangan di kotak fikiranku. Kami parkir di hadapan bangunan kedai sebelahan kiri Restoran Jenggo. Besar Restoran Jenggo ini. Sudah awal dinihari, tak ramai pelanggannya. Dari jauh aku sudah meramal mesti yang duduk berbual itu Che Wan.

"Abg iDAN inilah Che Wan... " Fairuz memperkenalkan aku kepada Che Wan.

"Gelenggang!..." Aku memang tergamam. Dalam hatiku berbisik "Machoo orangnya... siap ada lesung pipit lagi" Senyuman Che Wan memang boleh menggoda siapa jua. Aku terbayangkan bagaimana beruntungnya isteri Che Wan dapat menambat hati Che Wan. Wajah semachoo Che Wan tentunya ramai peminatnya. Pastinya satu penasaran yang amat sangat untuk dapat mencuri hati Che Wan.

"Saya Abg Wan..." Rakan Che Wan dalam MSN nicknya WarnJohoe, orang Johor juga berkulit cerah. Bentuk mukanya bagaikan arwah Pak mertuaku. Nampak peramah & bewajah periang. Meleset andaianku kaki pancing ini berwajah nelayan sejati.

Aku banyak mendengar sahaja Che Wan, WarnJohoe, Fairuz & Fareez berbual. Banyak berkisar tentang pengalaman memancing. Paling baru WarnJohoe katanya dapat menjinakkan Patin bukan main besar. Faruz banyak menceritakan pengalaman dia memancing di Thailand. Bilamana mereka berceritera bab pancing memancing di laut dalam sememangnya aku yang lebih banyak mengail di tapak lombong seakan terpinggir rasa kecillah amat pengalaman memancingku.

Memikirkan status Che Wan kesifuannya dalam bab memancing lagilah aku makin payah berbual. Rasa ingin belajar, segan & perbagai lagi berbaur dalam ingatan.

Aku sekadar minum, terasa juga laparnya perut, tak sedap hati nak makan sebab kata Fairuz kebiasaannya makan-makan semua tu memang Che Wan yang bayar. Memang aku amat keberatan nak makan belanja seseorang, masalahnya bila aku boleh membalas budi seseorang. Aku sendiri jenis manusia yang yang secukup & sekadarnya rezeki yang dimiliki. Lagipun semasa di hentian Ayer Keroh aku telah pekena mi kari. Perut ini yang tak tahu rasa kenyang kot.

Ada lagi empat orang pemancing yang belum muncul-muncul. Hari telah melintasi 1:30 pagi. Kata Fareez dari Restoran Jenggo ke Jeti Sedili Besar sekitar sejam. Aku tidak yakin lagi dengan jangka waktu yang Fareez congakkan.

Bualan memancing empat pemancing ini memang tak habis-habis. Selang beberapa ketika ada kumpulan pemancing dari Singapura singgah sebentar. Tentunya mereka yang sering membaca MFN. Pelawaan Che Wan untuk berkenalan dengan kami nampaknya mendapat respon.

Memancing sesungguhnya dapat mengeratkan sirratulrahimi antara pemancil seluruh pelusuk negeri malahan negara yang lain.


Amirul cuba merisik Dewi Tenggiri.


- bersambung

Dewi Tenggiri 6

22 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 4 (Singgahsana)

22.12.2008

Kulai

Bilamana dari tingkap Wira aku lihat ada kabel yang menggantikan bingkai besi pengadang jalan, pastu aku teringat Arwah Firwan yang kemalangan ketika dia mahu ke Johor Baharu. Aku memang tidak puas hati & bersungut kenapa Plus menggunakan kabel ini yang memang amat bahaya bagi mereka yang menggunakan motosikal. Bayangkan lah betapa tersiksanya Arwah Firwan jika memang betul dia tercampak ke kabel ini dengan motosikal berkuasa tingginya. Perbagai cerita tentang kemalangan Arwah Firwan ini di internet & bualan kekawanku.

Harapanku pihak Plus akan menukar kebal ini agar tidak sampai membahayakan pengguna lebuhraya. Terutama penunggang motosikal.

Bilamana Wira kepunyaan Fairuz menjejaki Pulai. Terasa pula bagai masuk ke jalan utama UPM. Pokok Hujan-Hujan nampak rendang menutupi lorong jalan. Panjang bandai Kulai ini. Dari kedai-kedai yang berselerak di sepanjang perjalanan nampak bandar ini kepunyaan Cina.

"Jauh lagikah Restoran Jenggo tu Fareez..?" Aku memecah kesunyian;

"Dua jam lagi kot!..."Dari percakapan Fareez memang dia suka berceritera dongeng. Aku antara percaya & tidak. Entah-entah lagi tiga jam.

Banyak maklumat yang Fareez berikan bagaikan bahan gurauan. Seperti abgnya Fairuz; main sebut saja bilamana aku bertanya perkara yang dia tak pasti. Itu yang terjadi pada kes nama si Zeedin, entah mana dia dapat. Bila aku telah tulis jurnal untuk pengembaraan aku ke perkambungan Mambang Masjid Kristal tempoh hari; semua yang membaca watak Zeedin tergelak besar. Zeedin sendiri meraban melihat wajahnya bernama lain.

Kalau dua jam sah kami telah lewat. Sekarang pun telah jam 12:15 tengah malam. Aku bersungut dalam hati. Aku terbayangkan Restoran Jenggo kosong, macam kedai di pekan Koboi. Tak ada siapa menanti. "Salah siapa?. Sudah berjanji jam 1:00 pagi siapa suruh datang dekat 3:00 pagi. Che Wan entah-entah telah naik bot. Mahu tak dikasinya kami naik bot nanti. Memang Janji Melayu."

Aku melayan fikiranku. Dari meraban tak tentu fasal.

Teringat akan pengalaman Shukria ketika berulang alik lewat dinihari dari Kulai ke Kota Tinggi. Pernah pada satu malam itu hujan renyai-renyai. Kilat ketika itu sambung bersambung.

Jam di tangan Skukria telah melewati 1:45 Pagi. Dia mengemaskan butang jeketnya. Kabus telah mula memasahi jeketnya. Kabus bercampur rintik hujan.

"Sunyi amat malam ni.." Bisik hati Syukria.

Tiada kenderaan yang mengekori atau berselisih. Lampu RXZnya didongakkan. Nampak jelas garisan putih jalan yang baru dicat.

Syukria mula rasa tidak sedap hati sebab kilat tak putus-putus. Pokok-pokok getah di sekeliling pula bagaikan mahu menyembah bumi. Angin begitu deras & kencang bagaikan ribut mahu melanda. Tambahan pula kabus dicelahan hujan renyai-renyai.


Memang sunyi jalan Kulai ke Kota Tinggi ini. Tiba-tiba sampai sahaja Syukria di satu selekoh tajam. Dari celahan kabus & titis hujan gerimis, dia nampak satu lembaga berpakaian putih di tepi jalan melambai-lambai tangan; seolah-olah ingin menumpang RXZnya. Belum pun sempat dia membuat keputusan lembaga itu sudah kian menghampiri motosikalnya.

Syukria memperlahankan motosikalnya. Hatinya memang was-was, sebab kawasan itu kawasan paya bakau. Hutan, memang dia tahu tiada perkampungan siapa pun di situ. Malahan memang kawasan itu ada papan amaran kawasan kemalangan.

Syukria telah mereka-reka tindakan; jika lembaga itu akan menghalang dia; pasti akan nekad melanggarnya sahaja. Dia tidak memikirkan lembaga itu manusia.

Bilamana telah benar-benar setentang dengan motosikalnya, Syukria memberanikan diri & cuba mengecam wajah lembaga berpakaian serba putih itu.

Sepintas dia melihat wajah yang bertutup dengan kelubung kepala sudah sampai mahu melemahkan setiap sendi tubuhnya. Hitam gelap & nampak matanya merah amat; bagaikan bercahaya. Bilamana Syukria melihat ke arah kakinya memang tergantung bagaikan tiada kaki terapung di bumi.

"Sah bukan manusia!!" Syukria memecut RXZnya bagaikan nak pecah enjinnya. Dia mengigil ketakutan. Apatah lagi jeketnya makin basah dilenjuni hujan. Dia tidak menoleh lagi ke belakang & berdoa agar lembaga itu tidak sampai mengejarnya dari belakang.

Besoknya Syukria demam tak kebah & memang dia serik mahu pulang lewat malam melalui jalan Kulai itu lagi. Dari bualan kekawannya memang pada waktu maghrib itu ada kemalangan maut di situ. Padanlah asyik menganggu.


-bersambung

Dewi Tenggiri 5

*

21 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 3 (Singgahsana)

21.12.2008

Siapakah Che Wan

"Abg iDAN Che Wan telah sediakan set pancing tenggiri untuk abg iDAN" Fareez mengejutkan aku ketika kami telah menuju ke lebuhraya dari Banting.

Aku diam sahaja, terbayang akan cita-citaku agar memiliki barang sebuah kekili yang baik bagi meminang Dewi Tenggiri. Jika aku tidak mampu membeli yang baru, cukuplah sekadar kekili terpakai. Aku selalu juga membuat tinjauan di kedai menjual peralatan pancing. Boleh dikatakan semua kekili yang cantik & berjenama mesti sekitar RM500 ke atas harganya. Masih tak mampu aku.

Aku melihat jam tangan 8:45 malam. Congakan aku agar tiba di lebuhraya ke Selatan sekitar jam 9:00 malam hampir menepati sasaran. Aku terbayang wajah Nik yang machoo, kasihan dia; atas gesaanku dia awal-awal Fairuz telah hantar di Terminal Bas Kajang. Belum maghrib kami telah pun menghantar dia. Tentunya dia telah pun menaiki bas untuk ke Pantai Timur. Kampung halamannya.

Pak Mertua Fareez yang aku temui tadi masih lagi tak kebah demamnya. Memang musim demam. Aku pun baru sahaja diserang demam & batuk dua minggu lalu. Satu yang mengejutkan Pak Mertua Fareez pernah berkerja dengan MARDI tempat kerja lamaku. Dia bertahun-tahun berkerja di Cameron Highland. Sebut MARDI di sana tentunya aku teringat abg saudaraku sebelah Opah Bi. Abg Rosli.

"Abg kenal tak dengan Abg Rosli..?"

"Apa tak kenalnya lama kerja dengan dia di Cameron Highland!, kenapa kenal rapat dengan dia ke?"

"Pangkat abang saudara, masa saya kerja di MARDI Serdang memang kerap berjumpa dengan dia. Bila dia telah pindah ke Cameron Highland memang lama tak jumpa"

Kecil dunia ini, pusing-pusing sudah kenal dengan orang yang sama. Ayah Fareez dikira tekong juga, punyai bot sendiri pun kerap turun ke laut dengan Fareez & Fairuz.

Aku tersepit di celahan peti ikan yang besar di kerusi belakang. Ngam-ngam muat badanku dengan saratan barangan lain. Entah bagaimana boleh Fairuz tersilap susun barangan. Seharusnya peti ikan besar muat di bonet belakang. Harap-harap sampai di Sedili badanku boleh mengecil dihimpit barangan. Langsing seperti zaman bujangku.

Aku terbayang wajah Che Wan di internet, aku mengandaikan Che Wan tak jauh rupanya macam Pak Mertua Fareez, berwajah sawa matang; Kulitnya terbakar. Sebab asyik ke laut.


Aru & Fareez mengintai Dewi Tenggiri

Lebuhraya agak sesak sebab Senin cuti umum. Tentunya ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung. Malahan kenderaan yang menuju ke ibukota pun tak kurang saratnya. Aku menjeling meter kereta Wira Fairuz yang dipandu Fareez. 120 km terkadang lebih dari itu. Nampak meter kepanasannya naik meninggi.

"Ini kali ke berapa iyer Fairuz kau turun ke laut dengan Che Wan!"

"Lima atau enam kali kot lupa dah!... rasanya ada setahun lebih tak jumpa dia!" Memang Fareez & Fairuz kerap memancing dengan Che Wan. Bagiku memang tidak dapat membayangkan bagaimana orangnya Che Wan. Apatah lagi rakan pemancing Johor yang lain.

"Tadi aku cuba respon forum yang Che Wan tulis, teruk amat talian internet di UPM; tak kesampaian.."

"Isu apa tu abg iDAN!"

"Dia ajak rakan MFN yang di Johor jika ada masa sesama berkenalan dengan kita di Restoran Jenggo."

Aku membayangkan wajah-wajah asing yang bakal aku kenali nanti. Wajah nelayan belaka. Memancing disamping dapat mengail ikan; sesungguhnya dapat menjalinkan talian persahabatan. Biarpun ada setengah kenalan itu agak janggal untuk didekati tetapi ada juga yang cepat mesra & rasa senang digauli.

"Nik hantar SMS ini dia dapat kenalan sebangku... gadis pantai timur!" Biasalah berjalan jauh. Di mana-mana kita boleh dapat kenalan. Seronoklah Nik tidur sebelah anak dara.

"Jangan lupa isteri dalam pantang pulak!"

Sebut masalah isteri; bagaimana kaki pancing meminta izin turun ke laut dengan isteri. Apatah lagi jika kerap sangat. Tahun lalu jika tak silap aku sekadar dua kali ke laut. Selebihnya memancing sekitar tempat kerja sahaja. Fairuz kerap juga memancing sampai ke Thailand. Dengar khabarnya Che Wan pun kerap memancing sampai ke Sarawak. Bagaimana penerimaan isteri. Apatah lagi terkadang terpaksa bermalam di Thailand.

Memancing terkadang memang boleh diandaikan mengutip pengalaman; boleh juga diandaikan melancung.

"Kita akan keluar pintu tol apa iyer!'

"Kulai!!!"

Mata tak mahu mengantuk, bayangan senyum Dewi Tenggiri langsung tak nampak di kotak ingatanku.

Tip Daripada Che Wan

Kangbelu
Advanced Member

Benarkah fakta jika menguna light rod, sentapan akan kurang terpacak pada tenggiri dan menyebabkan selalu rabut pada hook?
Untuk rod PE2 apa kombinasi terbaik bagi mainline(braided) dan shock leader.

Terima Kasih

A.alaikum kenkawan..

Kangbelu..set bro xzoga PE 2 tu sangat sesuai untuk tenggiri. Fakta yang bro tanyakan tu memang benar tetapi seperti mana kawan bagitahu penggunaan light rod ialah untuk menyerap lebihan power sentapan. Jadi kita kena sentap dengan kuat. tapi yang paling penting sekali kita jangan biarkan tali pancing kendur bila sudah mengena..InsyaAllah berhasil.

Mari kita bandingkan..antara gunakan set biasa tenggiri yang sesuai tapi tenggiri tak jamah dengan menggunakan set yang light tapi sudi dijamah tenggiri walaupun peluangnya kurang.

Set bro tu dipadankan dengan kekili kelas avet yang Rahim pakai tu sesuai dikenakan dengan mainline 20lb-25lb kerana selain spoolnya dalam, powernya pun bagus. Kalau nak masukkan line 12lb-15lb kawan takut hujung joran yang keras boleh mengakibatkan over shock pada line dan boleh memutuskan line atau perambut.

Posted on 21.12.2008 at 12:24 AM

- bersambung


Dewi Tenggiri 4

*

20 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri Episod 2 (Singgahsana)

20.12.2008

Asal Usul Sedili

Sepanjang Jumaat seperti lazimnya aku akan mencari maklumat tentang tempat yang bakal botku berlabuh. Sedili, Pulau Aur & perairan sekitarnya.

Tanjung Sedili

Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di timur laut negeri Johor, Malaysia. Terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama, iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Kampung ini ialah tanah kelahiran Sasterawan Negara Allahyarham Dato Dr Usman Awang, serta Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi lagu asli negara yang terkenal.

Sejarah Sedili

Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi "Tak tengok si Deli ke?" dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.

Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Md. Lazim Bin Md. Akhir disebabkan oleh keuzuran.

Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya. Bermula dari pertengahan tahun 90-an sehingga kini, Ketua Kampung Tanjung Sedili ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya.

Bot kami bakal bertolak dari Jeti Sedili Besar.

Pulau Aur


Pulau Aur, seperti Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang yang terletak di Taman Laut Johor berhampiran Mersing terkenal sebagai salah sebuah destinasi menyelam skuba yang terunggul. Kawasan laut yang lebih dalam di sekitar pulau ini menjanjikan jarak penglihatan bawah laut yang jelas serta pelbagai jenis spesis hidupan laut yang mempesona yang dapat menarik ramai pelancong dan penyelam di hujung minggu.

Keadaan hidupan laut yang sihat dan pelbagai di sini juga menarik minat pemancing ikan yang berharap dapat menangkap spesis ikan besar seperti ikan mersuji atau ikan layaran di luar kawasan Taman Laut yang terlindung. Banyak kapal-kapal layar bersauh di perairan laut tenang antara Pulau Aur dan Pulau Dayang.

Terumbu karang utama terletak di sebelah selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian teratas terumbu di sini terletak di kedalaman lebih kurang 12 meter dan melandai ke bawah sedalam lebih 25 meter membuatkan lokasi ini amat menarik untuk diselam.

Tips

Sekiranya anda merancang untuk pergi menyelam di sini, anda boleh mengambil kesempatan pakej percutian yang merangkumi penginapan, makanan dan aktiviti menyelam skuba yang ditawarkan oleh pengendali tempat penginapan di pulau ini.

Pengangkutan

Jalan Darat

Dari kesibukan pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalanraya Johor Bahru - Kota Tinggi hingga sampai ke jalanraya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan pandu terus menghala ke Kluang melalui Jalanraya Kluang-Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalanraya Kota Tinggi-Mersing menghala ke Mersing. Ikuti arahan papan-papan tanda yang menunjukkan jalan untuk ke Jeti Mersing.

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai Johor Bahru, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Johor (JOTIC) di talian 607-2242000.

Penginapan


Terdapat tempat penginapan calet yang kadangkala tutup sewaktu hari minggu sekiranya tiada pengunjung yang datang di sini.

Abstrak

Laporan ini mendokumentasikan penyelidikan arkeologi di Pulau Aur, Mersing, Johor. Tercetusnya idea untuk membuat kajian arkeologi itu disebabkan maklumat dan laporan tentang adanya artifak-artifak di sekitar Pulau Aur. Hasil daripada tinjauan serta galicari yang dilakukan itu, pulau itu didapati kaya dengan artifak-artifak dari dalam dan luar negeri, termasuk porselin biru putih dari negeri Cina, porselin Belanda, tembikar berglais dari Cina, tembikar tanah dari Aceh, tempayan Cina, meriam lama, tapak meriam dan kubur lama. Selain itu, Teluk Meriam, Teluk Berhala, Teluk Galing, Pasir Teluran dan Teluk Miyang pernah menjadi tempat persinggahan pedagang dari negeri Cina, Aceh, Belanda, dan Portugal untuk mengambil bekalan makanan dan air di samping berurus niaga dengan penduduk tempatan sekitar abad yang ke-17.

Kata kunci: Pulau Aur, Mersing, survei arkeologi, carigali arkeologi...

Banyak maklumat boleh didapati di Alam Maya tentang Pulau Aur. Ada banyak gugusan pulau, seperti Pulau Pinang (Bukan satu saja Pulau Pinang di Malaysia) , Pulau Dayang, & Pulau Lang segugus yang cantik batu karangnya. Berdekatan Pulau Pemanggil:

Pulau Pemanggil merupakan salah satu dari gugusan pulau di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Pemanggil terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Pulau Pemanggil merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockles). (Ada ceritera menarik tentang Pulau Pemanggil ini... nanti)


Pasir di pantai sekitar Pulau-Pulau ini memang putih bersih.

Pulau Tioman entah kali ke berapa aku nampak lambaiannya. Sejak di Penyabong lagi. Pulau impian yang teringin sangat aku bercuti. Tak sangka pula Pulau Aur, pun Pulau Pemanggil cantik & ada rumah resort yang memang menarik.

Sasaran menjejaki Dewi Tenggiri hanyalah di sekitar Pulau Aur.

Fairuz sempat mengikat mata kail untuk tenggiri. Masalah yang timbul bagaimana mahu mendekati Dewi Tenggiri jika tiada kekili yang sesuai. Diam-diam Fareez telah SMS Che Wan agar menyediakan aku satu set pancing untuk tenggiri.

Aku membuat keputusan setelah syolat Jumaat terus sahaja pulang ke rumah. Terlalu suntuk masanya jika mahu balik ke rumah setelah cop jari 5:30 petang.

Seperti yang aku jangkakan bilamana aku balik ke rumah Mila telah lepak di depan TV. Hasrat mahu lari dari rumah nampak terbatal!.

"Nak ke mana nampak kemas-kemas barangan ini!" Agak tinggi suara Mila, berderau darahku.

"Biasalah tuntutan hobi, nak turun ke laut mancing!" Nampak wajah Dewi Tenggiri siap bergincu.

"Bila pula baliknya.. nak baliknya bila...!" Macam lain saja ayatnya.

"Ahad petang sampailah rumah!"Dalam hati yakin memang takkan sampai petangnya!.

"Mak kat hospital lagi, Mila nak lawat emak esok!" Emmm! boleh katakan dalam sebulan dua mesti akan ditahan di wad. Mak mertuaku ini sudah malas nak makan ubat.

"Okey, kirim salam kat emak!" Aku memang tak berani bual panjang. Dari lirik wajah Mila jelas bagaikan wajah isteri yang tidak gumbira suaminya turun ke laut.

Kerahkan Aziq untuk angkat barangan ke kereta perangku. Kena cepat bertolak dari rumah. Lagi pun telah jam 4:45 petang. Jenaris ke UPM sekitar setengah jam berkereta.


Subuh nan mengejutkan

- bersambung

Dewi Tenggiri 3

*

19 Disember 2008

Menjejaki Dewi Tenggiri (Singgahsana)

19.12.2008

Che Wan merenung jauh ... Amirul dibelai mimpi Sang Puteri si Dewi Tenggiri. Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!! Dalam mabuk² boleh lagi naikkan tenggiri...

Ini Pengenalannya sedikit

“Ada tiga orang lagi tidak pasti ikut trip kami” Awal pagi Rabu Fairuz bersungut.

“Dari sini Fairuz berkereta dengan siapa?” Aku cuba mengungkai trip memancing yang dia rancang sejak tahun lalu.

“Saya dengan adik saya sahaja”

Aku mula terbayang bagaimana kecewanya aku ketika di Perairan Wan Man. Aku tumbang. Misi utama mahu mancandat sotong gagal. Memang tak puas memancing bilamana laut bergelora & aku terkapar menatap bintang di celahan awan menggamit aku. Bungkam.

Bukan sotong yang dapat aku candat tetapi berkhayal dengan Mambang Masjid Kristal & Geisha Bunian Jepun bercakaran.

“Bagaimana jika aku mengikut trip Fairuz ini demi menebus rasa tidak puas di Perairan Wan Man... ” Aku berbisik dalam hati.

“Jika aku nak ikut boleh tak?” Aku terbayang Fairuz , Fareez, rakan lain & aku akan …menjejak Dewi Tenggiri. Sedili memang perkampungan keluarga tenggiri. Aku memang teringin menjejaki Dewi tenggiri. Belum pernah aku melihat senyum Dewi Tenggiri dalam khayalanku.

“Jika abg iDAN nak pergi bayar RM170 pun tak kisah yang lain saya boleh tampung” Fairuz macam beriya-iya ingin aku pergi.

“Perbelanjaan itu bukan isunya Fairuz…Siapa iyer rakan lain itu”

“Che Wan & pemancing Johorlah abg iDAN” Aku memang teringat akan sapaan Che Wan di MFN untuk bersama memancing di Penyabong kira-kira dua tahun lalu. Malahan dia ingin menampung semua perbelanjaan aku jika sudi bersama memancing dengannya di Penyabong. Mungkin ketika itu dia terbaca ceritera Pari Jelmaan yang aku tulis di MFN.

Siapa Che Wan ini memang menjadi misteri bagiku. Tetiba begitu baik & bersungguh-sungguh mahu bersama memancing denganku memang membuat aku tertanya-tanya.

Senyap-senyap aku ke Penyabong kali kedua.

Bila terkenang Che Wan aku terasa bersalah lantaran aku pergi ke Penyabong tanpa pengetahuan Che Wan; ada aku tulis ceritera Sayunya si ikan Yu. Trip kecewa dengan Tekong di Penyabong. Teringat akan Penyabong memang aku rindu amat untuk ke sana lagi. Terutama mahu ketemu dengan Tekong Tenang.

Bilamana aku amati pelawaan Che Wan memang teringin mengenali siapa sesungguh Moderator MFN ini Kerap aku bertanya dengan Fairuz bagaimana perwatakan Che Wan. Sebab aku tahu Fairuz & Fareez kerap telah memancing dengan Che Wan selaku ketua kumpulan.


Di desiran ombak ganas inikah Dewi Tenggiri menyendiri!...

“Okeylah jadi!!!… abg kau nak ikut!, emmm! aku suka guna duit aku sendiri tak sedap hati kalau orang sponser, Fairuz sendiri faham perangai aku kan? Fairuz pastikan berapa tambang bot…”

“Betul ini abg iDAN , saya telefon Fareez & Che Wan kasi tahu abg iDAN ikut sekali!.. abg iDAN bayar tambang bot sahaja duit minyak & tol tu kami tampung!”

Fairuz terus menelefon Che Wan, dari bualan di telefon bimbit Fairuz, tambang bot sahaja RM200. Aku mencongak tambang perjalanan kami duit tol & minyak sekitar RM150. Selalunya setiap kali trip yang Fairuz kelolakan kami kira bersama perbelanjaannya & membahagikan samarata dengan ahli rombongan. Memancil@mengail bagiku adalah aktiviti rekreasi & salah satu cara mencari rakan sehobi. MFN adalah satu wadah yang cepat & tepat untuk kita mencari rakan memancing; itupun jika kita pandai membawa diri & ikhlas.

Episod i

Dari Pengesahan Doktor Imah Pusat Kesihatan UPM (PKUPM) Kesihatan aku kembali normal. Tekanan darahku jarang dapat sebaik ini 127/78 mm Hgsystolic, Glukos yang hampir ke 7 mmol ( 6.7 mmol glukosa/liter ) Kini telah pun normal sekitar 5 mmlol. Pastinya satu perkhabaran gembira buatku.

Malahan Dr Imah telah mengurangkan kadar dos ubat tekanan darah tinggi. Sakit buah pinggang pula aku masih yakin dengan Dukun Kim Loy. Memandangkan tekanan darahku aku telah normal, seharusnya aku buat ujian kolestrol dibatalkan.

"Bulan Jun nantilah kita buat ujian.." Pastinya aku gumbira, ambil darah untuk ujian kolestrol selalunya bukan sekadar sedikit. PKUPM sudah bagaikan markas Drakula, asyik sedut darahku. Sebab itu bebaru ini aku demam lebih dari seminggu tak mahu aku ke klinik, aku telah pasti mesti darahku akan jadi mangsa. Asyik kena sedut, isk!

Jika diamati tekanan darahku di bulan Februari 20.2.2008 sekitar
141/99 mm Hgsystolic masih tak normal, biarpun aku sudah makan ubat. Bagi mereka yang senasib sakitnya denganku pasti tahu betapa beratnya ingin bangun pagi pun betapa terketar-ketar tangan jika terlewat makan ubat.

Aku juga banyak memakan ubatan herba dengan secara ulaman, seperti berulam pucuk mengkudu. Tuju jarum, misai kucing jika terasa buah pinggang sengal-sengal aku akan rebus daun pecah kaca.

Jadi aku terfikir apa salahnya jika aku menyambut kejayaanku menentang pakej sakit tua ini untuk mengikut trip Che Wan. Lagipun pastinya Che Wan memerlukan pemancing di saat-saat akhir ini. Demi mengurangkan kos sewaan bot dan lain-lain.

Lagipun aku, Fairuz & Fareez memang rasanya rakan yang sepadan untuk ke laut.

Sedili memang menjanjikan banyak tenggiri. Rekod Fairuz mendapat 27 ekor tenggiri masih belum pecah lagi bagi dia & Fareez. Aku membayangkan pasti ada Dewi Tenggiri yang masih bersembunyi di Sedili. Kenapa aku katakan ada Dewi Tenggiri. Selalunya begitu jika terlalu banyak lebah berkumpul mencari makan mesti ada Ratu Lebah. Semut juga begitu; jadi pasti ada Dewi Tenggiri yang tentunya bersaiz ratu & anggun menggemparkan. Aku ingin menjejakinya!.

Cuma masalahnya bagaimana aku mahu meminta izin dari Mila. Baru sangat aku turun ke laut.

"Petang Jumaat aku akan bertolak dari rumah, Mila selalunya balik sekitar maghrib; emmm! pesan kat anak-anak sahaja yang ayahnya turun ke laut... lagipun dua malam sahaja di laut!" Aku merancang cara terbaik lari dari rumah. Jika bersemuka dengan Mila silap-silap dapat ayat yang panas telinga mendengarnya.


Jenaris lama tak turun hujan, harap-harap Sedili juga begitu

"Abg iDAN cuba baca forum di MFN tentang trip kita ini.." Fairuz mengganggu menunganku.

Trip Karang Ngah (sedili)

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=13020&whichpage=4

Che Wan...

sebarau..tolong inform semua kaki2 yang akan ikut serta dalam trip may ini. kawan rasa kita buat trip 2 hari 1 malam sahja dikarang ngah kerana tenggiri sedang frenzy sekarang. dan tolong konfemkan dgn tekong berapakah kos sebenar untuk karang ngah 2 hari 1 malam.

Aku kasi respon...

Salam...
Tak sangka pula boleh ikut trip ini, insyAllah kami boleh sampai sekitar 1 pagi, kami merancang bertolak sebelum magrib sbb ada agenda hantar & mengambil seseorang di perjalanan. C.Wan... dah berapa orang yg pasti pergi selain kami bertiga. Sy punya tambang bot dah kasi kat Fairuz.

C. Wan sebagai sifu kena turunkan segala ilmu@saka ngail kat sy baru amat kenal dengan persekitaran laut ini.

Che Wan:

a.alaikum kenkawan..
kawan sangat berbesar hati dapat memancing bersama gelenggang. insyaallah sepanjang trip nanti kita akan kongsikan bersama tip, ilmu, info dan pengalaman kita semua. semoga allah swt permudahkan segala urusan...insyaallah.

kami seperti biasa akan berada di Restoran Jenggo jam 1 pagi hingga jam 2.30 pagi. sekiranya bro nak join datanglah kesana.

"Jika jam 1:00 pagi ... sempatkah kita sampai jika mahu bertolak selepas maghrib?." Aku persoalkan perancangan Fairuz; sebab ada dua agenda yang terpaksa dia tunaikan.

Pertama mahu menghantar rakannya ke Terminal Bas Kajang selepas maghrib; Kedua mahu menjemput Fareez di rumah mertua di Banting setelah ke Kajang. Sempatkah?.

Aku membayangkan Kota Tinggi itu terlalu jauh; aku macam biasa tidak sabar jika mahu ke laut. Apatah lagi memang aku pernah ke Kota Tinggi; sungguh teramat jauh. Rasanya empat jam belum tentu boleh sampai.

"Elok kita bertolak sekitar jam 6:30 petang dari Bangi; aku telah mencongak waktu jika selepas maghrib memang tidak sempat tiba sekitar 1:00 pagi di Kota Tinggi..."

Sebenarnya jika boleh aku tidak mahu ketemu Mila ketika Maghrib Jumaat itu. Maka itu lebih suka cepat keluar rumah.

Khamis malam Jumaat itu aku telah mengemaskan semua baranganku. Kebetulan Mila melawat ibunya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR). Jadi tidak timbul dia persoalkan kenapa aku berkemas. Setelah kemas semua aku terus tidur awal. Dari kebiasaannya Mila pasti akan pulang sekitar 10:00 ke 11:00 malam.

Telahanku meleset!. Pagi Jumaat dia lewat bertolak ke ofis, selalunya jika dia lewat mesti ke klinik; bagaimana aku ingin lari dari rumah; Mila senyap-senyap bercuti tentunya, masalah sakit di bahunya tidak selesai. Dia jarang meminta aku menghantarnya. Bagaimana aku mahu minta izin ke laut petang nanti!



- Bersambung

Dewi Tenggiri 2

*

15 Disember 2008

Asam Pedas Elzahra (Harum Aroma)

Asam Pedas Elzahra
Kiriman: Mrs. Mohd Iznan
Hits: 175 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
Bahan untuk di blend :

Bawang besar - 2 biji
Bawang Putih - 1 ulas
Cili Hidup (merah) - 3 biji
Belacan - sedikit
Serai - 1 batang
Tomato - 2 biji (di potong 4)
Cili boh - 2 atau 3 sudu besar
Air - 5 hingga 6 cawan
Asam jawa - di ambil airnya, biar agak pekat
Garam - secukup rasa
Ikan kembung atau ikan tenggiri
Cara:
Panaskan minyak untuk menumis. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah di blend bersama dengan tomato buah sehingga naik baunya. Masukkan cili boh biarkan hingga ia garing. Selepas itu masukkan air. Apabila air agak mendidih masukkan ikan. Campurkan air asam jawa dan garam secukup rasa.

Semakin Pulih MMMs 19 ( Singgahsana )


Aku tidak pernah ambil hati sangat tentang keengganan Mila datang menjemputku. Sudah lama berumah tangga takkan mahu bergaduhan lagi. Aku pasti dia datang jua biar pun dalam keadaan terpaksa. Takkan mahu biarkan aku menapak ke PKupm.

Sekitar 8:30 malam Mila sampai juga dengan anak-anak. Aku terus berkejar ke Seri Kembangan makan di gerai Nasi Ayam Goreng yang mana Eris & aku rajin ke sana. Afiz juga tekah mula menyukai gerai ini. Aromanya satu hal, kuantitinya satu hal, banyaklah amat. Mahu senak perut & mengantuk setelah makan Nasi Goreng Ayam di sini.

PKupm telah tutup ketika aku menjemput kapcaiku. PKupm setiap hari tutup jam 9:00 malam, kecuali ada pesakit kecemasan sahaja yang akan dirawat. Jam di tanganku menunjukkan sekitar 10:40 malam.

Sungguh aku bersyukur lantaran terlepas dai intaian Malaikat Maut. Namun esok lusa belum tahu lagi.

" Dr Imah cuti ke hari ini? "

" Dia memang datang lambat! jam 9:00 pagi nanti dia baru datang " Aku tenguk jam tanganku 8:39 pagi.

Rutin bulanan terpaksa aku turuti. Bila telah makan ubat darah tinggi, kolestrol memang pesakit kena ikut jadual yang doktor kasi.

Aku lihat di skrin elektronik ada Dr Datin, Dr Zura yang lain itu memang aku tak berapa biasa. Dr Goh... emmm terbayang rambut basahnya. Memang kalau boleh aku mengelak mahu berjumpa dengannya. Aku berkira² untuk berjumpa Dr Datin. Memang lama aku tidak berjumpa dengan dia. Masih ingat dia yang menghantar aku ke hospital lantaran tekanan darahku melampau tinggi. 180/120 mmHg sekitar itu.

Amat mengejutkan, hari ini sampaikan bagai tak kenal aku akan Dr Datin. Nampak cantik berhias. Tidak seperti tahun lalu. Memang hampir tak kenal aku.

" Hari ini saya memang ada temujanji dengan Dr Imah, tak sangka pula dia datang lewat "

" Memang dia datang sekitar jam 9:00 pagi ! "

" Tak apalah tak jumpa dia, sekadar nak minta ubat & nak periksa tekanan darah, sudah dua bulan saya tak ke klinik "

Sambil itu jururawat memasang stetoskop di lengan kanan aku & mengarahkan aku menadah tangan.

" 124/81... " Mengejutkan aku!. Hampir setahun aku menanti angka sebaik itu. Darah normal ialah 120/70 mmHg.

" Tak pernah saya dapat tekanan darah sebaik ini doktor "

" Memang inilah yang kita mahukan! "

Doktor menyuruh aku mengambil ujian darah untuk kolestrol selepas hari raya. Aku bercerita serba sedikit apakah langkah yang aku amalkan sejak dua bulan lalu. Salah satu memang aku makan ubat dari herba cina Shilintong untuk buah pinggang. Aku telah menggelarkan taukey yang menjualnya Dukun Kim Loy. Murah sahaja ubat ini, RM7 ada 100 biji pil. Shilintong baik untuk buah pinggang. Jika ada kalangan kita yang mengalami masalah batu karang, kencing tidaka lawas, berkait dengan pinggang mungkin boleh mencuba.

Shilintong ini pun aku dapat tahu dari Tuan Haji Nayan (Abg Nayan). Siapa tak kenal Abg Nayan jika tinggal di sekitar Serdang. Biar pun telah berasa tetapi masih segak & saban hari kerja membersihkan Tanah Perkuburan Serdang. Tanah perkuburan Serdang dalam kawasan UPM, jadi aku memang kerap bertembung dengan dia. Ada satu malam itu aku makan Nasi Lemah di tepi tasik Seri Serdang (SS) terjumpa dia. Entah macam mana aku terbuka mulut mengata aku sakit Batu Karang.

"Kau jangan risau iDAN, esok pergi ke Kedai Kim Loy, cakap dengan taukey itu, itu Haji tinggi-tinggi selalu beli ubat buat pinggang untuk batu karang ... pasti dia akan kasi Shilintong; sekitar RM7 sahaja 100 biji pil..."

Sekitar dua minggu aku makan Shilintong, batu karang terasa keluar dari buah pinggang, jenis pasir. Tak lama kemudian aku buat imbasan di Hospital Kajang; okey!.

Selain itu setiap pagi aku sering memakan sekurang-kurang empat jenis tanaman herba, tiga jambak misai kucing, sehelai besar daun mengkudu, tiga helai daun tuju jarum & tiga helai besar daun pegaga. Bergantunglah ulaman yang ada. Jering & petai juga amat bagus untuk masalah kencing manis, darah tinggi & banyak lagi sakit dalaman.

Selebihnya tentulah lantaran doa dari keluargaku, teman², pun mengunjung jurnal ini. Doa memang boleh mengubah takdir. Sahabat yang baik memang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Sahabat yang baik memang sentiasa bersama kita tak kira dalam keadaan bermusibah & walang sepertiku. Tentunya aku amat gembira punyai ramai sahabat & peminat yang masih menyayangiku.

- bersambung

03 Disember 2008

Terlelap di kerusi (Singgahsana)

"Aku perasan kau terlelap, sebab itu aku senyap² buka pintu & biarkan kau tidur" Tok Perak tersengeh.

"Berdengkur kuatlah aku... berapa lama aku tidur iyer! Zali"

"Lama jugak!" Aku melihat jam di tangan. Emmm! dah dekat Asar. Sampai hati betul si Zali ini biarkan aku terlelap di kamarnya. Rungut hatiku.

Aku bergegas ke bilik air basuh muka sekali gus ambil air sembahyang. Sejak kebelakang ini sudah menjadi masalah rutin harian. Aku asyik mengantuk. Terlelap di kerusi. Dah jadi perkara biasa.

Aku teringat akan Kak Kencoon di Desa Tualang. Semasa aku berbual dengan dia, dia juga mendapat sakit yang sama. Kolestrol. Ceritanya sama. Asyik mengantuk. Tak dapat aku bayangkan bagaimana rupa Kak Kencoon terlelap di kerusi malasnya. Mesti tambah tembam. Aku adalah peminat sejati Kak Kencoon sejak zaman remaja lagi. Kak Kencoon masa zaman remajanya memang menggoda. Aku pernah menceritakan kisah bualan aku dengan dia di jurnalku lalu. Di DesaTualang@Jenaris.

Masalah mengantuk ini bukan dibuat². Memang mengantuk yang amat² tak boleh dikawal. Maka itu kalau memandu jarak jauh, tiba saat mengantuk, aku terpaksa mencari tempat rehat. Basuh muka atau hisap rokok agar hilang mengantuk. Aku tak berani minum kopi sebab sejak aku mendapat masalah buah pinggang aku telah berpantang lama tidak minum kopi lagi. Katanya kopi boleh membuat ubat kurang mengantuk.

Jika dulu aku rajin sarapan di Gerai Roti Canai Ali PKNS Seri Kembangan. Sebut sahaja.

"Ali... minum biasa " Dia tahulah akan sediakan Kopi Ais. Sesekali kalau cuaca hujan aku akan minum Kopi O panas. Sekarang kenangan ketagih kopi telah menjadi kenangan sahaja. Aku tak berani pun nak minum Kopi Jantan, Kopi Tongkat Ali & entah apa² kopi lagi yang diwar²kan di pasaran.

Sekarang aku kerja di Unit IT, memang ceritanya sama, Salleh jenis kaki forum payah ajak berbual. Asyik dengan forum gengnya orang Perak. Klik² kekunci dari pagi hingga ke petang. Jika aku di meja aku di Pejabat Am lagilah mengantuk. Yang rajin aku ajak berbual ialah si Leez atau Azahana; Leez mejanya jauh dariku. Azahana pula tengah berbulan pantang. Mati kutu betul aku jika duduk di mejaku di Pejabat Am itu. Asyik terlelap di kerusi saja.

Bagaimana mahu mengelaknya masalah mengantuk ini memang aku masih buntu. Aku mengatakan dalam diri ianya berpunca dari masalah usia & kesihatan. Memang sudah sampai masanya begitu. Gasaklah:

Sesekali Memang Begini (Singgahsana)

Sesekali memang begini, aku kerap terhalang dari giat menulis. Terkadang semasa menunggang kapcai. Aku mereka-reka ayat sendiri, tentang kekalutan talian maya, tentang kebuntuan kerjaya, tentang impian masa depan. Terlalu banyak rasanya ingin aku tuliskan. Situsku di easyjournal hampir seminggu jadi pengap.

Bulan lalu November 08; menjadikan jurnal aku itu paling kurang pengunjung. Mungkin lantaran kurangnya bahan menarik. Makin hilang peminatku; lantaran tentunya ke situs lain yang lebih mampan & terkini.

Maka itu aku kembali ke Blogspot. Rasanya blog ini amat hambar & kosong. Kenapa iyer!. Mungkin kurang cinta melata atau tiada taburan janji melata. Mahu ke mana aku arahkan sinar tajamnya mata pena ini.?!.

02 Disember 2008

Mahu karya berbekas di jiwa : Misha Omar (Hiburan)

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my



EMPAT tahun yang menyimpan banyak cerita buat penyanyi bersuara lunak, Misha Omar. Lara, manis dan tempoh itu juga menemukan Misha dengan erti cinta sebenar lantas menumbuhkan detik magis untuk dia terus berdiri di lantai seni suara.

Terlalu banyak yang berlegar dalam lingkungan seni Misha sepanjang penantian empat tahun itu bahkan turut membekas satu harapan besar di hati penyanyi kelahiran Machang, Kelantan.

“Saya ingin sekali mempersembahkan sebuah karya dengan harapan ia akan membekas di jiwa. Sebuah persembahan sederhana namun dilimpahi sejuta warna dan itu yang akan ditemui pencinta suara saya dalam karya terbaru, Misha Omar,” katanya.

Samihah @ Aisah Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar mahu kembali bangkit, malah menerusi album ketiga yang mengangkat namanya sebagai judul memperlihat kelainan yang cuba dibawanya hasil ilham bersama Ramli MS yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

Memuatkan enam sentuhan terbaru, dua lagu yang pernah dipopularkan dulu manakala tiga lagi dipersembahkan secara minus one, penyanyi berusia 26 tahun itu mempunyai alasan sendiri mengapa album itu dipasarkan semalam.

“Empat tahun adalah tempoh yang terlalu panjang. Saya tidak mahu membiarkan peminat terus menanti kerana ia mungkin akan membangkitkan rasa jemu apabila penantian itu tidak juga berakhir.

“Justeru, atas perbincangan bersama syarikat rakaman maka kami relakan album ini dipasarkan dulu sebagai permulaan Misha kembali ke dunia nyanyian.

“Satu harapan saya album ini akan menjadi permulaan yang baik, seterusnya menyuntik keyakinan untuk terus berkarya kerana jiwa seni saya tidak pernah mati selama tidak melahirkan album baru,” katanya.

Barangkali penerbitan yang ditangani nama besar seperti Ajai, Cat Farish, Aidit Alfian, Nur Fatima dan Azmeer akan melontarkan Misha ke satu topik perdebatan, apatah lagi tiga daripada enam sentuhan terbaru dalam Misha Omar sudah dimainkan sejak dua tahun lalu.

Nafas Cahaya karya M Nasir umpamanya diiktiraf sebagai Lagu Irama Global Pilihan, Anugerah Era 2007 manakala Sembunyi kolaborasi bersama Andy Flop Poppy membawa mereka ke final Anugerah Juara Lagu Ke-22, Januari lalu.

Seakan dapat membaca apa yang bakal diperdebatkan, penyanyi yang mengukir nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta itu sudah bersedia dengan jawapan bernas.

“Dalam situasi pasaran industri muzik yang lemah, saya bersama syarikat rakaman perlu mencari jalan tengah supaya semua pihak mendapat keuntungan bersama.

“Walaupun hanya mempunyai enam sentuhan baru, namun setiap satu lagu yang dimuatkan dalam album ini mempunyai kekuatannya tersendiri.

“Barangkali ada yang melihat kekuatan sesebuah produksi kepada jumlah lagu dimuatkan tetapi saya lebih mementingkan kualiti. Enam lagu namun semuanya mempunyai kekuatan yang sama untuk diangkat sebagai single.

“Jadi saya melihat penerbitan Misha Omar sebagai satu strategi iaitu menghadiahkan pendengar hanya dengan karya bermutu tetapi pada masa sama, cuba mencuri perhatian mereka bersama koleksi lagu memenuhi selera,” katanya memberikan rasional.

Memberikan Misha Omar lebih makna apabila penerbitan produksi ini turut mendapat dokongan insan berpengalaman dalam industri muzik seperti M Nasir, Allahyarham Loloq, Habsah Hassan dan ramai lagi.

Gabungan hebat antara nama hebat lama dan baru juga diharapkan Misha akan memberi impak kerana setiap mereka memberikan sentuhan listrik sebagai penguat produksi.

“Boleh dikatakan saya berpuas hati, cuma agak kecewa kerana tidak mempunyai masa lebih banyak untuk memberikan yang lebih kepada pendengar.

“Tetapi, dengan jumlah lagu yang ada ini juga memberi keyakinan untuk saya terus bertapak kerana setiap satu mempunyai kekuatan, malah memberi landasan kepada saya untuk terus bertapak dalam bidang seni suara,” katanya.



Kata Misha mengenai:

Jawapanmu

Trek pertama dalam album Misha Omar yang terpilih sebagai single ketiga ini pasti membuatkan jiwa anda berasa relaks dan akan mula bergerak mengikut irama tari yang perlahan dan mendamaikan. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Cat Farish ini dimainkan di pelbagai stesen radio tempatan dan sentiasa menjadi pilihan pendengar.

Sampai Di Sini

Lagu yang mengisahkan perasaan terluka dalam percintaan ini amat puitis dan begitu mendalam maknanya ini diilhamkan Ajai manakala lirik hasil nukilan Slen.

Sembunyi

Lagu duet bersama penyanyi yang mempunyai suara serak basah tidak asing lagi iaitu Andy Flop Poppy. Walaupun ini kolaborasi pertama di antara Misha dan Andy, namun gandingan mantap dan keserasian mereka dapat didengar menerusi kejayaan mereka membawanya. Lagu yang dicipta Aidit Alfian dan Allahyarham Loloq ini pernah terbaris sebagai finalis Anugerah Juara Lagu Ke-22 (2008) dan finalis Hits 1 Musim Ke-5 (2008).


Cinta Adam dan Hawa

Single terbaru album ini diilhamkan Azmeer dan lirik ditulis Loloq. Bermelodikan balada-rock-moden, lagu ini berkisar mengenai percintaan.


Nafas Cahaya

Single pertama mendapat sentuhan daripada sifu M Nasir dan sekali lagi cetusan kreatif tinta Allahyarham Loloq pernah menjulang trofi Irama Global Pilihan di Anugerah Era 2007.


Cinta Suci

Lagu cinta memang sinonim dengan Misha, justeru Cinta Suci ini dicipta sepenuhnya oleh Nur Fatima dan Omar K istimewa untuknya sebagai luahan hati kepada mereka yang sedang enak dalam alunan cinta.

Profil:

Nama Penuh: Samihah @ Aisah Omar

Tarikh lahir: 6 Januari 1982

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan: Jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar)

Album: Misha Omar, Aksara dan Misha Omar

Lagu popular: Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan dan Ku Seru

Filem: Gerak Khas 3 (GK3) dan Main-Main Cinta

Pencapaian: Artis Harapan Pilihan Anugerah Era 2003, Anugerah Juara Lagu Ke-18 (Bunga-Bunga Cinta), juara kategori balada & vokal terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-19 (Pulangkan), Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 dan Anugerah Emas Festival Muzik Asia Ke-6 di Shanghai, China.


Perhatian kepada peminat Misha Omar. Anda mahukan album CD original terbaru Misha secara percuma? Apa tunggu lagi? Seramai 50 panggilan pertama yang berjaya menembusi talian Sony Music Entertainment Sdn Bhd 03-4252 3233 pada 3 Disember 2008 antara jam 6.00 hingga 7.00 petang saja akan berjaya memiliki album ini secara percuma. Jadi, tangkaskan jemari dan rebutlah peluang!

Berita Harian

17 November 2008

Hilangnya Sahabat Baik Aziq 3 (Singgahsana)

Di rumah aku selongkar lagi kamar panjang tempat anak-anakku beradu. Dari celahan bantal, tilam, lemari baju tersangkut bawah katil; merata yang difikirkan kot tersorok. Empat terunaku macam dah putus asa. Malas lagi mahu mencari. Tentunya mereka dah penat mencari petang tadi hingga ke senja. Ibunya Mila tak turun-turun di tingkat atas. Entah telah tidur entah tenguk TV.

"Ibu melenting terus tadi ayah, dia mahu terus serang rumah si Najib tu ayah!" tergiang-giang suara anak-anakku mengadu; bilamana ibunya tahu telefon bimbit Aziq hilang. Telefon itu dibelikan Mila lantaran hadiah Aziq mendapat keputusan cemerlang periksa percubaan PMR tempoh hari; Aziq juga antara pelajar yang terpilih menduduki peperiksaan untuk memasuki MRSM. Tentunya bagi keluarga seperti kami harga Nokia yang sekitar RM500 amat besar nilainya. Lagi pun masih tak puas pakai. Mana tak melenting ibunya, dia yang menghadiahkan telefon itu buat Aziq. Guna duit ibunya.

"Anif tadi dapat nombor si Najib tu kan.?, kasi ayah... rasa nak bercakap dengan ibunya atau ayahnya" Aku terfikir jika lambat dikasi tahu keluarganya mungkin lagi payah dikesan telefon bimbit itu. Rasa yakin di hati semakin menebal lantaran penat mencari di rumah tak juga terjumpa.

"Kalau boleh Anif telefon si Najib itu pinta sekali nombor telefon ayahnya!" Aku terfikir ada baiknya telefon ibu atau ayahnya dahulu; tenguk reaksi mereka barulah bersemuka.

Anif dapat menghubungi si Najib & dapat nombor telefon bimbit ayahnya. Aku cuba mendail nombor ayahnya tetapi seperti talian sibuk atau mungkin juga silap nombor. Memang tak dapat dihubungi. Aku cuba pula menghubungi nombor telefon yang si Najib guna. Lojiknya telah lebih jam 9:00 malam, mesti dia telah duduk di rumah.

"Ini Najib kawannya Anif tu kan... saya ayah Anif, boleh tak Najib panggil emaknya saya nak bercakap dengan emak Najib kejap..!" Aku pasti amat suara yang menyambut telefon itu suara kakak-kanak lelaki. Najib tentunya.

"Kejap Pakcik saya panggil emak saya!" Tapi aku dengar ada suara gelak-gelak macam berpakat sesuatu. Agak lama senyap; macam bunyi tapak kaki berlari ke sana sini.

"Iye! encik.., encik ke yang tuduh anak saya curi telefon anak encik .. Anif tu?" Suaranya, bunyi lughat kanak-kanak. Sebiji suara si Najib tadi. Budak ini sudah melampau.

"Betul ke ini emaknya Najib"

"Saya emaknya lah!, ngapa encik tak percaya ke?" Suara yang sama siap ada suara rakannya gelak-gelak lagi.

Aku terfikir di talian telefon mungkin payah mengecam suara kanak-kanak dan suara wanita. Jika suara seorang lelaki yang berumur pasti mudah dicam.

"Bukan saya tak percaya, jika ada ayahnya lagi saya rasa lebih baik saya berbual dengan ayahnya! boleh saya tahu emaknya ini di rumah atau luar rumah.." Aku cuba mencari kepastian betulkan si Najib ini di rumah atau luar rumah sebab bunyi di telefon bimbit macam ada desah angin & cuaca hujan.




"Kat luar ni!... kejap saya nak balik ke rumah!" Aku dengan tapak kaki berlari, bunyi pintu pagar di buka dan suara yang sama menjerit-jerit memanggil kakaknya; Kejap lagi memanggil emaknya. Sah si Najib ini penipu & menyamar menjadi emaknya. Selang beberapa ketika si Najib menyamar lagi.

"Iyer! encik ada apa? saya ayahnya Najib...!" Aku mula rasa naik angin, senang-senang dipermainkan oleh kanak-kanak. Dari mana si Najib ini belajar berlaku tak sopan terhadap orang tua-tua. Tadi menyamar jadi emaknya sekarang menyamar jadi ayahnya pula.

"Saya dengar suara kakak Najib tu, kasi cakap dengan kakaknyalah!"

Barulah aku dapat bercakap dengan kakaknya. Memang suara gadis perempuan. Jadi aku menceritakan tentang kehilangan telefon bimbit Aziq. Emaknya di dapur & ayahnya belum balik dari kerja. Nombor yang aku dail rupanya nombor emaknya. Si Najib menyamar itu telefon dia. Sebenarnya emaknya yang punya telefon. Keyakinan aku tentang si Najib seorang kanak-kanak yang lecek semakin menyakinkan. Padanlah di kelas Anif tak bergaul dengan si Najib ini sebab kata Anif dia jenis orang yang tak pernah mengaku kalah. Asyik membangga diri. Hidung Tinggi.

"Macam inilah, saya & anak-anak tengah mencari telefon tu.. kot terselit di mana-mana di rumah ni; esok atau lusa jika memang kami tak jumpa kami akan ke rumah adik ini. Nak jumpa emak atau ayah adik! memang kami syak Najib yang ambil!" Aku mematikan perbualan.

Hati aku memang terbakar dengan telatah si Najib. Jenis apakah kanak-kanak sebegini. Jika pun bukan dia yang mengambil telefon bimbit kepunyaan Aziq; apa perlukah dia berkelakuan begitu. Menyamar. Bersikap tidak sopan & tidak menghormati orang tua. Jika pun memang dia bukan pencurinya seharusnya dia simpati dengan orang yang kehilangan barangan. Aziq tengah sedihlah amat. Paling tidak dia risau jika memang kami mengesyaki dia yang mencurinya.

Sekitar jam 11:00 malam rumahku didatangi orang. Kakak siNajib, si Najibnya & rakan si Najib.. Awi.

- bersambung.

16 November 2008

Hilangnya Sahabat Baik Aziq 2 (Singgahsana)

"Kita cuma syak dia bukan nak tuduh dia mencuri"

"Angah pun macam yakin sangat dia ambil sebab dia masuk macam tergesa-gesa sahaja..!"

Mungkinkah Aziq terlupa letak, mungkinkah tetiba baterinya kondem. Atau memang si Najib ini jenis panjang tangan. Bagaimana rupannya si Najib ini. Aku meredah hujan sederhana lebat. Menuju Jalan TKP 1 Lot 24 (Bukan alamat sebenar). Aku membelok ke kiri sebaik sahaja memasuki Taman Kantan Permai. Aku nampak nombor 2 & dituruti nombor yang lebih besar. Taman Kantan Permai dengan Jenaris dibangunkan hampir serentak. Kira-kira 20 tahun lalu. Pepohon di depan halaman rumah makin meninggi. Hujan & cahaya suram amat merimaskan aku. Sekitar 20 tahun lalu aku masih ingat ramai Minah Karen yang berkerja di Sony menyewa di sini. Jangan ceritalah masalah sosial di sini. Paling akhir aku mendengar khabar tentang tangkap basah Pak Cik yang hampir pencen dengan anak dara Sony di sini.

Cumanya hampir 3/4 taman perumahan ini terbengkalai. Pemajunya bangsa Melayu yang banyak menumpukan projek mega padang golf di sekitar Serendah. Mengabaikan pembangunan di sini. Setelah hampir 20 tahun kini ianya baru mula dibangunkan semula.

Aku tiba di rumah nombor 24.

"Orang senang ni Afiz...!" Aku melihat rumah keluarga si Najib ini telah banyak diubahsuai. Nampak mewah.

"Ha...ahh! ayah, segan kita nak jumpa emak ayah Najib ini."

"Eh! itu Najib ayah, tu nampak dia macam tengah bawa telefon bimbit" Anif tetiba bersuara; Aku menghentikan Avanza selang beberapa rumah dari No 24. Bawah pohon mempelam.

Ke empat-empat cahayamataku si Teruna belaka, begitu bersemangat mahu mendapatkan kembali telefon bimbit angahnya. Aku terbayang akan LGku pun hilang juga. Mana letaknya.

"Anif cepat kejar dia, Angah ikut sekali tanya terus terang ..." Aku memadam lampu Avanza.

Hujan masih turun, cermin Avanza makin berkabus. Angah, Anif & Azim berlari mengejar si Najib & rakannya dalam celahan titis hujan malam. Aku memerhati sahaja gelagat mereka melalui cermin belakang. Selang beberapa minit mereka berlari kembali ke Avanza.

"Apa kata dia.."

"Dia tak mengaku ayah! siap kata .. : tenguk ni telefon saya lagi canggih, nak buat apa ambil telefon orang!"

"Betul ayah, siap dia bersumpah dengan nama Allah lagi dia!" Aziq bersuara.

"Ah! budak sekarang sumpah dengan nama Allah itu mainan mulut sahaja.." Afiz pun macam yakin sahaja si Najib ini memang panjang tangan. "Angah tak gertak dia ke?.."

"Budaknya macam jenis laloklah ayah!, siap dia boleh berbincang dengan Anif tentang rancangan mereka Ahad nanti!... macam tak kisah pun kita syak dia mencuri! " Aziq bersungut. Entah apa rancangan mereka sedangkan Anif memang tak kenal rapat dengan si Najib.

"Budaknya Azim ...tenguk pelik amat ayah..!" Azim mencelah.

"Huh! macam dia benar-benar tak ambik telefon angah!" Aziq mula mengalah.

"Kita tak ada buktilah ayah, kalau ikut cakap ibu... dia mahu kita terus jumpa emak ayah dia sahaja..."

"Tak boleh macam itu, kalau esok lusa terjumpa semula di rumah kita telefon Angah itu macam mana? lagipun takutnya keluarga si Najib itu jenis tak terima aduan orang tentang anaknya; silap-silap bergaduh pula kita; bergaduh pun belum tentunya kita memang...biarlah; tak kan sebab RM500...RM600 kita sampai mahu berbalahan hingga maruah keluarga kita tergugat..." Aku menyabarkan Aziq yang tentunya makin terasa hambar & putus asa.


Persekitaran yang luas, lapang & damai selalunya membuatkan masalah sosial, kecurian dll tidaklah terlalu gawat.

Hujan makin lebat, aku di bawah cahaya neon masih gundah. Betul juga cakap Afiz, jika dapat jumpa ayah si Najib pun belum tentunya dia percaya anaknya mencuri. Silap-silap panas telinga sendiri, dituduhnya kami buat ceritera karut. Telah berapa banyak kes ibu ayah serang sekolah bilamana terima aduan tentang kenakalan anaknya. Tetap memihak anaknya biar pun anaknya macam lanun berwatak jin bertanduk. Jika ayah si Najib terima aduan kami pun tentunya perbagai tindakan ayahnya yang bakal si Najib terima. Mana tahu watak ayahnya, jika dibedalnya garanglah amat... pasti teruk dibelasahnya anaknya. Telefon belum tentu dapat. Entah-entah telah dibuangnya. Entah-entah telah dikasinya kepada kawan lain. Dari cara kehidupan si Najib ini; memang amat tidak menyakin aku dia seorang kanak-kanak yang terkawal. Bayangkan dalan hujan malam-malam pun masih berlarian di luar rumah dengan si Awi (Bukan nama sebenar). Perbagai andaian yang aku fikirkan.

"Macam mana... apa kata kita balik dulu, kita cari lagi puas-puas di rumah; esok lusa jika tak jumpa juga baru kita buat tindakan susulan..!" Aku mengajak anak-anakku pulang.

- Bersambung.

15 November 2008

Hilangnya Sahabat Baik Aziq (Singgahsana)

Impian perkakasan anak-anak kini selain komputer, tentunya perkakasan elektronik seperti PSP, Perakam MP4, termasuk telefon bimbit.



Mana tidaknya, harga telefon bimbit pun sejak kebelakangan ini semakin murah. Ianya bukan lagi barangan mewah. Kian menjadi keperluan seharian kita. Bukan perkakasan buat orang dewasa sahaja tetapi makin menjadi aksesori kaum wanita & mainan kanak-kanak.

Ada pakar motivasi menolak langkah ibu bapa yang memberi telefon bimbit buat anak-anak mereka. Antara alasan penolakan pakar motivasi ini ialah dengan memiliki telefon anak-anak kita akan terganggu daya tumpuan mereka terhadap pembelajaran. Sebagai contoh baru sahaja mahu belajar akan terdengar nada dering SMS yang diterima, pastinya anak kita akan menjawab SMS & lekalah dengan hantaran SMS demi SMS yang tidak berpenghujung.

Tentunya ramai ibu bapa yang masih tidak membelikan telefon bimbit buat anak-anak mereka dengan alasan bukan aksesori penting bagi dunia kanak-kanak. Tetapi bukan jadi perkara luar biasa jika semua anak-anak dalam satu keluarga memiliki telefon bimbit masing-masing. Jika dulu sewaan talian bagi satu akaun atau nombor telefon bimbit amat tak munasabah. Tetapi kekinian ada syarikat telekomunikasi telah memberi tawaran sewaan sekitar RM35 bagi setahun. Murah. Memang itu rasionalnya berbanding ada syarikat yang hanya memberikan khidmat seminggu bagi RM10 kadar sewaannya. Melampau amat mahalnya bermakna setiap sehari pengguna terpaksa membayar RM1. Bagaikan perniagaan yang berasaskan peras ugut & amat tidak menjimatkan.

Semalam aku dikejutkan Aziq@Angah anak yang kedua kehilangan telefon bimbit Nokia 5220 yang baru sahaja dibeli menjelang Aidil Fitri tempoh hari. Harga telefon Nokia model ini di pasaran kini sekitar RM500 Jika tidak silap model yang ini mungkin telefon bimbit Aziq yang ketiga. Kehilangannya amat misteri & menjadi persoalan yang hingga kini tidak terjawab.

"Dah dua hari telefon ayah hilang entah ke mana!" Aku baru sahaja balik dari ofis dengan hujan renyainya. Beg yang sarat dengan perbagai barangan ICT termasuk telefon LGku tetiba lesap tak ingat di mana aku letakkan; mungkin terlupa letak; mungkin telah di tangan orang.

"Rumah kita pun ada masalah yang sama ayah"

"Telefon siapa pula yang hilang?" Aku lihat anak-anak empat beradik sedang leka berbincang.

"Aziq!"

"Macam mana boleh hilang?"

"Inilah kami tengah berbincang ni.. kami syak si Najib kawan Anif yang ambil" Bukan nama sebenar.

"Pasti ke dia yang ambil!" Aku memang tak pernah dengar nama Najib, selain Datuk Sri Najib pun Najib KEE.

"Ini yang pening ini ayah, tak ada bukti, bagaimana nak tuduh dia!, tapi cuma dia yang masuk ke rumah hari ini!" Fakta yang jelas & menyakinkan.

Bila aku selidiki sememang rasa syak si Najib yang ambil terbit dari hati. Angah memang jenis anak yang tak pernah lekang dengan telefon bimbitnya. Dia hanya berjauh dengan telefon bimbitnya bilamana leka dengan komputer atau PSP. Dia bercerita sekitar Jam 2:00 petang dia paling akhir menggunakan telefon bimbitnya. Sekitar jam 4:30 petang si Najib datang bertandang. Memang si Najib kawan Anif ini tak pernah datang ke rumahku. Aku sendiri tak kenal dia. Sekitar Jam 5:00 petang Aziq sedar telefonnya hilang. Dail senyap sepi. Padahal memang jam 3:00 pagi aku tersedar; aku perasan dia sedang caj baterinya. Aku membebel sebab dia tak tidur-tidur dah lewat begitu masih leka dengan internetnya.

Dalam tempoh lebih kurang 3 jam berlekang dengan telefon boleh hilang, tentunya pelik. Aziq tak keluar rumah pun; jika dia terlupa letak pastinya ada sekitar dalam rumah. Sudah lebih dari sejam mereka empat beradik selongkar rumah. Dari bawah tilam, celah bantal, dalam sarung bantal. Pakaian kotor, bakul sampah. Katanya Aziq cuma berhenti akses internet ketika siapkan makanan adik-adiknya & Afiz; maka cari setiap celahan pinggang mangkuk. Sekitar dapur jenuh dicari. Memang Penat tak jumpa pun akan sahabat baiknya si Nokia.

Tak mungkin silap letak; & tak mungkin boleh terpadam telefon bimbit itu; sebab aku memang kenal watak Aziq. Memang sentiasa rapat dengan sahabat baiknya itu.

"Habis nak jumpa si Najib itu tak?, tahu tak rumahnya?" Aku ghairah ingin kenal si Najib.

"Ini... baru dapat alamatnya ayah!" Anif susah payah telefon kekawannya untuk dapat alamat si Najib..

"Jom!, jika perlu ayah jumpa keluarganya pun okey!, jom ayah hantar!, macam mana... ada cadangan lain"

"Rasanya elok kami bersemuka dengan Najib tu dulu ayah! tak perlulah jumpa emak ayah dia.." Aziq bersuara.

"Ha..aah!, lagi pun kita tak ada bukti, bukan ada kamera litar kat rumah kita!" Afiz berhujah.

- Bersambung


Posted on 22.11.2008 at 12:25 PM

Ampap Ikan (Harum Aroma)

Ampap Ikan 9.50
Kiriman: Siti Muhaza bt. Sheikh Zainal
Sumber: Perbendaharaan Malaysia Sabah
Hits: 657 Rating: 9.50 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 kilo ikan tongkol/kayu/basung
Halia sebesar ibu jari
Cili boh satu sudu besar
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Serai 2 batang
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Garam
Ajinomoto
3 keping asam
Cara:
1.Halia, kunyit, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat.
2.Kemudian, campurkan cili boh, asam keping dan serai.
3.Ikan yang telah dibersih, dicampur dengan bahan yang ditumbuk lumat. Terus diperap bersama garam dan sedikit ajinomoto sehingga meresap.
4.Masukkan ikan ke dalam periuk kemudian rebus sehingga hampir kering.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan bersama nasi putih atau sagu ambuyat.

12 November 2008

Asal Kalimantan Diduga Bunuh Majikan Malaysia (Ceritera)

Rabu, 12 November 2008 13:03

sumber: antaranews.com
Kuala Lumpur, GhaboNews - Seorang Pembantu Rumah Tangga (PRT) asal Kalimantan diduga sebagai pelaku pembunuhan terhadap majikan perempuan, Miati Bakri(69) dengan cara ditikam hingga berlumuran darah.

Kepala polisi Kuantan bagian kriminal Narenasagaran mengatakan, kejadian pembunuhan itu terjadi Selasa (11/11), sekitar jam 14.00. Saat itu, di rumah itu hanya ada Miati dengan pembantunya yang berusia 16 tahun, demikian media massa Malaysia, Rabu (12/11).

Nenek itu sempat keluar rumah untuk minta bantuan tetangga walau berlumuran darah tapi akhirnya jatuh di depan rumahnya.

Seorang anak korban mengatakan, tidak menyangka peristiwa itu bisa terjadi karena pembantunya kelihatan orang baik-baik, walau baru bekerja selama empat hari. Pembantu itu diminta untuk merawat ibunya yang sudah tua. Tapi baru kerja beberapa hari, pembantu itu sudah minta pulang.

Polisi Malaysia telah berhasil menahan pembantu itu di kawasan perumahan Damansara, tidak jauh dari lokasi kejadian.

06 November 2008

MMms18 Cuaca suram (Singgahsana)

Lim Apek 2025 telah keluar dari kamar doktor. Tengah menunggu ambil ubatnya. Dia aku lihat masuk semula ke bilik air. Berasap lagilah tu!. Abg yang gempal juga telah pun ketemu doktor pakar. Nampak isterinya telah ada di sebelahnya. Samalah dengan Lim Apek 2025.

Bilamana Lim Apek 2025 ini telah tiada memang terasa sunyi tempat menunggu di Wad Kecemasan ini. Aku lihat di luar cuaca semakin beransur gelap. Telah hampir maghrib. Bayang Mila & anak-anak tak muncul-muncul. Aku terbayang kapcai aku nun jauh di PKupm. Tak kan aku mahu menatap nanti, jauh tu, kalau nak dekat kena panjat pagar ladang UPM. Silap-silap kena belantan jaga UPM nanti. Huh!.

Aku sempat menyapa cikgu yang gempal tadi.

"Doktor kata tak bahaya, tapi dia suruh saya datang lagi 3 bulan nanti; kalau apa-apa kecemasan cepat rujuk ke hospital ini"

"Baguslah macam itu cikgu!"

"Tapi saya ingat nak jumpa juga doktor pakar lain, tiga bulan itu terlalu lama rasanya!" Aku juga rasa begitu, ketika masalah batu karang dulu pun bagitu. Di hospital kerajaan ramai sangat pesakitnya terpaksa menunggu dua atau tiga bulan. Lainlah sudah kronik sangat. Hospital kerajaan memang tidak cukup doktor. Kerajaan perlulah memikirkan masalah ini dengan serius.

Menjelang maghrib barulah agak laju nombor giliran bergerak. Pastinya telah ramai doktor yang bertugas. tapi asyik nombor yang bermula dengan 2++ sahaja. Doktor sudah lupa kut! nombor aku 1015. Azan bergema selang beberapa ketika terbit nombor 1016. Pulak. Memang menaikkan tekanan darahku. Aku bangun menuju ke kamar doktor. Mengetuk pintu.

"Doktor bila nombor ini nak dipanggil doktor, saya menunggu sejak pagi tadi!" Aku menunjukkan nomborku, Doktor Melayu nampak muda sekitar 30an kut!.

"Maaf! lepas ini nanti saya panggil" Wajah selamba. Aduh! memang menguji kesabaran.

Abg Rustam dapat cuti seminggu, sukanya dia. Nampak ceria di wajahnya. Tapi dia kena datang ke hospital esok untuk doktor mengambil sempel apa pun aku tak tahu. Dia memohon diri & mendoakan agar aku sembuh segera.

7:34 malam barulah
1015 nombor keramat. Congaklah berapa lama aku menunggu untuk ketemu doktor sejak 11:44 pagi tadi. Aku masih melihat pintu utama kut! kalau nampak kelibat Mila, masih tiada. Aku meminum lagi air isotonik yang hampir ke titis akhir.

"Okey, tekanan darah Encik sudah normal!" Aku nampak 135/79
mmHg. Bagus.

"Saya boleh balik tak doktor atau kena tahan di wad?"

"Boleh balik, kalau ada apa-apa cepat datang kembali ke sini, ini saya kasi ubat untuk encik makan!'

"Memang beginikah setiap hari doktor, lama sangat pesakit terpaksa menunggu!"

"Tak juga, kadang-kadang kalau tidak banyak ada kemalangan, cepatlah kami dapat merawat!."
Mungkin alasan, mungkin juga benar. Pembantu Perubatan pun kasi tahu hari ini banyak kemalangan jalan raya. Doktor dua orang yang ada terpaksa menumpukan perhatian kepada pesakit yang agak kronik itu.

"Terima kasih doktor..." Aku bersalaman & menuju ke kaunter ubat. Huh! tak sampai pun 15 minit ketemu doktor pelbagai ceritera aku temui.

Aku menuju ke Surau untuk solat maghrib. Terus menelefon Jenaris.

"Siapa ini? ... Azim ke?"

"Azim, nak cakap dengan ibu ke ayah!"

"Panggil ibu!"

"Kejap Azim panggil dia atas sembahyang kut!" Agak lama aku menunggu, tak kisahlah sebab di telefon awam hanya aku seorang. Orang sekarang sudah kaya, semua guna telefon bimbit. Sudah tak sanggup kut nak dail telefon awam. Payah guna siling.

"Mila jemput ayah Mila, laparlah amat ini, kapcai ayah di UPM, malam-malam siapa nak tolong jemput ayah!.."

"Tak kan tak boleh naik bas, kawan ayah yang dekat situ tak ada ke?, Mila mana reti nak ke Hospital tu malam-malam macam ini... bla, bla, bla.." Aduh! si Mila ini, bukan risau suami ditahan di Wad Kecemasan, nak jemput si Suaminya kena marah. Tak tanya pun tentang sakit, tak tanya pun kenapa tak jadi di tahan di wad. Kau tanggunglah sendiri duhai nasib badan!.




02 November 2008

Jawablah!: 'Susu diberi, tuba dibalas' (Hiburan)



Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


Ifa Raziah

BARANGKALI akan ada yang beranggapan bahawa penyanyi Ifa Raziah cuba menegakkan benang yang basah apabila dia tampil memberi kenyataan balas atas dakwaan dia menganiaya pembantu peribadinya (PA), yang bernama Nurul Husna seperti yang disebarkan menerusi e-mel baru-baru ini.

Maklumlah, sebelum ini pun memang ramai yang melabelkan Ifa sebagai artis mulut laser, panas baran dan kaki gaduh. Jadi apabila cerita seperti ini timbul, tentunya mereka yang selama ini mempunyai persepsi buruk terhadap Ifa akan lekas mempercayainya.

Bagi mereka yang berpeluang membaca isi kandung e-mel itu, pasti akan terkejut kerana tidak menyangka, artis mudah didekati serta peramah ini bersikap sedemikian kepada seseorang yang pernah membantunya suatu waktu dulu.

Biarpun pada permulaannya, Ifa enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu ia menjadi kecoh, namun mengenangkan imejnya sebagai pelakon serta ahli perniagaan sudah tercalar gara-gara cerita itu, Ifa merasakan sudah tiba masanya untuk dia bangkit menceritakan keadaan sebenar.

Sambil ditemani suami yang merangkap pengurusnya, Ahmad Yani, si pelantun lagu Panas serta pengasas produk kecantikan Serifa ini meluahkan segala yang terbuku di dada dengan harapan, arang yang terconteng di wajahnya ketika ini dapat segera dipadamkan.

Hip: Benarkah dakwaan yang mengatakan Ifa Raziah menganiaya bekas pembantu peribadi. Bagaimana isu ini boleh timbul?

Ifa: Saya sebenarnya sudah lama tahu pasal e-mel ini tetapi malas hendak memperbesar-besarkan kerana tidak mahu mengecohkan keadaan. Tetapi, apabila dia (Nurul) bertindak menyebarkan cerita ini kepada media, saya rasakan perbuatan itu sudah melampau. Bayangkan, bagaimana saya hendak mengadap muka kawan-kawan, rakan perniagaan, pelanggan saya apabila mereka membaca cerita yang kononnya Ifa Raziah menganiaya pembantu peribadinya. Saya berani memberi jaminan bahawa apa yang diceritakan dalam e-mel itu sememangnya tidak benar, berbaur fitnah dan cuba memburukkan saya dan suami. Walaupun saya sering membawakan watak jahat dalam drama namun saya tidaklah sekejam yang didakwa. Terus terang, apabila cerita itu keluar di akhbar, saya tertekan. Sudahlah anak saya sakit dan sedang dirawat di hospital. Ditambah pula terpaksa berdepan dengan cerita seperti ini. Memang rasa malu sangat kerana satu Malaysia tahu cerita itu.

Hip: Bolehkah orang percaya dengan cerita Ifa ini memandangkan sebelum ini memang banyak cerita negatif mengenai Ifa yang dipaparkan media.

Ifa: Baiklah, memandangkan maruah saya dan suami sudah tercemar gara-gara e-mel yang ditulis Nurul itu jadi saya mengambil peluang ini untuk menceritakan segala-galanya supaya orang di luar sana tahu siapa yang salah dan siapa yang benar. Saya ingin kupas satu demi satu dakwaan yang dilemparkan menerusi e-melnya itu. Saya akui, Nurul memang bekas pembantu peribadi saya. Dia mula kerja dengan saya pada bulan Julai lalu. Saya akui dialah orang yang membantu saya dengan meminjamkan bilik sewaktu peristiwa hitam di Genting Highlands, awal tahun lalu dan saya tak pernah lupa akan jasanya itu. Dalam e-mel itu, dia mendakwa yang saya masih berhutang dengannya kerana tidak mahu membayar gajinya selepas teruk bekerja. Di sini saya ingin menyoalnya balik, sejak bekerja dengan saya, berapa hari yang betul-betul dia berkhidmat dengan saya? Terus terang, sepanjang empat bulan dia menjalankan tugas sebagai PA, jumlah hari bekerja yang sepatutnya dilakukan amat sedikit. Pendek kata, tak berbaloi dengan gaji yang saya bayar. Saya ingin membuat pembetulan di sini. Saya sebenarnya tidak pernah menyuruh dia berhenti kerja di butik seperti yang didakwa. Mengenangkan dia pernah membantu saya, jadi saya ada tawarkannya bekerja secara sambilan dengan saya terutama pada waktu hujung minggu. Maklumlah, si Nurul ni bukan saja seorang pelajar yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi tetapi dia juga sudah berkahwin. Jadi saya memahami jadualnya yang padat. Itu yang saya tawarkan dia bekerja secara sambilan. Namun tak sangka pula dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan ingin mengikut saya. Memandangkan dia yang buat keputusan, saya pun okaylah. Melihat dia sudah tidak bekerja di butik, saya pun memasang niat untuk menjadikannya PA sepenuh masa saya. Iyalah ketika inipun rezeki saya dalam bidang lakonan murah, jadi teringin hendak menggunakan PA. Tapi tak sangka pula si Nurul ini seorang yang banyak sangat alasan. Setiap kali bila saya ada tugasan yang memerlukan dia berada di sisi, pasti ada saja alasannya untuk tidak mahu turut serta. PA apa macam itu? Boleh dikatakan, dalam sebulan, jumlah hari bekerjanya adalah dalam 4, 5 hari. Jadi cuba fikir, nak kira gaji macam mana? Tapi tak kisahlah dan saya cuba untuk bertolak ansur kerana memahami statusnya sebagai pelajar dan juga isteri. Namun, tak sangka pula susu yang kita bagi, tuba yang dibalasnya.

Hip: Bagaimana pula dengan isu tak bayar gaji?

Ifa: Seperti yang saya katakan tadi, dalam sebulan adalah dalam 4 atau 5 hari saja dia bekerja. Jadi takkan saya hendak bayar dia gaji penuh macam orang kerja sebulan. Saya bayarlah ikut hari. Tapi, saya tak pernah lupa bagi duit minyak padanya. Dia juga mendakwa yang kononnya dia bekerja selama 14 jam gara-gara ikut saya shooting Spa Q. Saya akui, ada satu hari itu penggambaran memang ambil masa lama tapi tahu tak apa yang dilakukannya sepanjang saya shooting tu. Dia bukannya berada di sisi saya serta membantu apa yang patut. Sebaliknya, dia tidur dan dia sendiri yang mengaku yang dia tidur. Tapi saya tak adalah marah dia. Dia sepatutnya beruntung dapat majikan macam saya. Cuba kalau artis lain yang pembantunya tidur sewaktu dia sedang bertungkus lumus di lokasi, sah-sah dah kena hamun di situ juga. Itu belum masuk bab saya biarkan dia ambil duit hasil jualan hamper saya. Ketika musim perayaan tempoh hari, saya ada juga memintanya jualkan hamper saya pada kawan-kawannya, tetapi saya tak ambil wang itu. Sebaliknya, saya berikan semua padanya. Apalah sangat duit itu berbanding dengan jasanya yang pernah membantu kami. Tapi itulah, dia masih tak sedar diri lagi dan menuduh kami macam-macam.

Hip: Jadi apakah Ifa akan melunaskan hutang Ifa padanya?

Ifa: Sebelum dia berhenti kerja pada 19 November lalu, dia ada memberikan kami surat. Rupa-rupanya isi kandung surat itu adalah luahan perasaan tidak puas hatinya terhadap kami berdua. Malah dalam surat itu dia sudah buat kira-kira, berapakah baki gaji dia yang kami belum lunaskan. Selepas ditolak dengan apa yang kami sudah berikan sebelum ini, baki yang tinggal adalah RM405. Bukan kami tak nak bayar tapi, suami Ifa kata kalau dia hendak sangat baki gaji itu, dia boleh berikan tapi dengan satu syarat, suami Ifa ingin bertemu dengan dia serta suaminya sendiri. Kami mahu bersemuka dengannya dan kami ingin dia menjelaskan beberapa perkara yang dicatatkan dalam surat setebal sembilan muka surat itu? Kami memang bengang sangat sebaik saja kami baca surat itu. Macam-macam perkara yang dibangkitkannya termasuk perkara yang tak ada sangkut paut dengannya. Yani sendiri ada menghantar SMS pada dia, meminta supaya kita bersemuka. Malah kami sanggup menambahkan jumlah wang menjadi RM450 asalkan dia datang berjumpa dengan kami dan menjelaskan apa tujuannya memburuk-burukkan kami.

Hip: Bagaimana pula dengan isu melayannya seperti binatang?

Ifa: Itu juga tidak benar. Kalau betul saya melayannya seperti binatang, sudah lama badan dia lebam-lebam atau saya simbah air panas padanya. Tapi tak pula berlaku. Dan kalau betul, sudah lama orang gaji saya di rumah itu menerima nasib yang sama. Saya tahu dia tak puas hati dengan saya sebab saya suka jerit atau marah padanya. Tapi cuba fikir, macam mana saya tak marah kalau dia berkelakuan tidak senonoh? Bayangkan, macam mana saya tak jerit kalau setiap kali saya memerlukannya, dia berada di tempat lain. Contohnya sewaktu shooting Spa Q, sudahlah lokasi penggambaran itu dilakukan di sebuah rumah yang teramat besar. Jadi apabila saya memerlukannya untuk mencari barang atau sediakan skrip dan dia hilang entah ke mana, terpaksalah saya menjerit untuk memanggilnya. Rupa-rupanya di sibuk melayan kru produksi bertugas. Saya bukannya apa, dia itu isteri orang. Saya tak mahulah suaminya menyangka yang bukan-bukan serta menuduh saya tak pandai jaga isterinya. Tapi itulah, dia tak boleh terima teguran. Selepas melihat perbuatan dan tindakannya, saya dapati dia sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya tugas seorang PA. Malah kalau hendak dibandingkan dia dengan PA orang lain, bezanya macam langit dengan bumi. Orang lain setia menunggu di sisi majikan mereka tapi si Nurul ni suka menghilangkan diri. Kalau tak dipanggil, tak nampak batang hidung.

Hip: Serik untuk menggunakan khidmat PA pada masa akan datang?

Ifa: Terus terang, saya memang serik nak gunakan khidmat PA. Bayangkan sepanjang lebih sedekad menjadi anak seni, Ifa tak pernah guna khidmat PA. Sebelum ini pun suami yang banyak bantu. Ingatkan hendaklah merasa bagaimana rupanya bila ada pembantu. Ingatkan kerja makin senang, rupanya lagi menambahkan masalah. Lagipun memang sebelum ini Ifa malas hendak menggunakan khidmat PA lebih-lebih lagi wanita dan sudah berkahwin sebab Ifa tahu, mereka ada banyak komitmen tapi mengenangkan jasanya yang membantu kami, saya ambillah dia bekerja. Sebenarnya ada banyak benda yang berlaku sepanjang dia bekerja dengan saya. Cerita duit kami hilang sebanyak RM1800 yang pada ketika kejadian itu berlaku, beg tangan saya berada dalam jagaannya. Tapi kami tak pernah bertanyakan hal itu kerana tidak mahu dia menyangka yang kami menuduhnya. Kejadian itu berlaku pada bulan puasa lalu. Jadi apabila dia mereka-reka cerita dan mendakwa kami dengan pelbagai tuduhan menyakitkan, itu adalah perkara yang amat menyedihkan kami.

Berita Minggu