iDAN

26 Jun 2011

Internet Masa Depan 2

Internet2

Ditubuhkan dengan kerjasama lebih 100 buah universiti di Amerika Syarikat. Internet2 bertujuan untuk memajukan lagi aplikasi dan penggunaan Internet bagi memenuhi kehendak universiti dalam menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Aktiviti ini lazimnya melibatkan kerjasama yang intensif di antara beberapa pihak baik di kalangan individu mahupun di antara universiti. Antara aplikasi yang akan di bangunkan oleh Internet2 ialah:

  • Perpustakaan Digital

Perpustakaan digital membolehkan pelbagai bentuk maklumat akademik dan teknikal diperoleh dengan mudah dari mana-mana juga lokasi di dunia. Maklumat yang terdapat dalam perpustakaan ini adalah dalam bentuk multimedia yang jauh lebih menarik daripada maklumat dalam bentuk teks yang ada seikarang. Bagaimanapun, kebolehan rangkaian menyalurkan maklumat dengan cepat dan persetujuan terhadap isu-isu seperti hak cipta, bayaran menggunakan maklumat dan sebagainya akan menjadi faktor penting yang menentukan perpustakaan digital.

  • Perisian pembelajaran Tersebar

Kajian Internet2 banyak ditumpukan kepada aspek pembelajaran dalam persekitaran yang tersebar. Ini akan membolehkan pelajar menggunakan perisian yang bersepadu untuk berinteraksi dengan pelbagai Janis maklumat yang terdapat dalam pelbagai jenis format dan komputer. Turut menjadi system pengurusan yang boleh mengurus pembelajaran pelajar dalam persekitaran yang kompleks dan tersebar ini.

  • Teleimmersion

Teleimmersion merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan individu berinteraksi di antara satu sama lain dalam ruang siber, Sebagai contoh, seorang penyelidik boleh memasuki sebuah bilik perbincangan maya untuk berbincang dengan penyelidik yang lain tentang bagaimana menyelesaikan sesuatu masalahnya. Aplikasi ini juga membolehkan pergerakan setiap penyelidikan dalam ruang siber dijejaki.

  • Makmal Maya

Makmal maya membolehkan penyelidik di seluruh dunia berkomgsi menggunakan peralatan ujikaji dan juga komputer dalam menjalankan penyelidik. Peralatan yang tersebar di merata dunia seperti teropong jauh dan sensor cuaca dapat dikongsi penggunaannya dengan lebih mudah bagi mendapatkan satu hasil kajian yang lebih baik.

Bagi memanfaatkan semua pihak, Internet2 juga mempunyai program pemindahan teknologi kepada sektor perniagaan dan keseluruhan pengguna Internet baik di Amerika Syarikat dan juga di nagara-nagara lain. Kejayaan Internet2 juga amat bergantung kapada pembaharuan yang dilakukan pada protocol internet dan penubuhan rangkaian komunikasi yang lebih laju. Kedua-dua inisiatif ini. Iaitu, Pembina protokol internet generasi baru dan rangkaian 6BONE akan dibincangkan dipenghujung tapak 3.

Internet Masa Depan 1

Internet yang ada sekarang dibina berasaskan kepada teknologi tahun 70-an. Walau bagaimanapun, satu rangkaian yang besar telah berjaya dibina tanpa mengalami sebarang masalah yang rumit. Kini, Internet telah berjaya mengubah corak sosioekonomi dan geopolitik dunia dengan mendadak. Adalah sukar untuk menjangkakan perubahan yang akan dihasilkan oleh Internet serta kesan dan implikasi yang akan ditinggalkannya pada masa hadapan. Namun begitu, apa yang pasti tentang Internet masa hadapan ialah:
  • Penggunaan lebuh raya maklumat yang lebih canggih bagi mengendalikan pengaliran data yang banyak dengan kadar kelajuan yang sangat tinggi
  • Penggunaan multimedia yang intensif dengan disokong oleh perisian yang canggih
  • Kewujudan perhkidmatan yang bersepadu bagi menyalurkan hiburan, kemudahan telekomunikasi, capaian ke pangkalan-pangkalan maklumat dan sebagainya melalui satu talian yang sama
  • Pengubahsuaian kepada TPC/IP bagi menangani masalah-masalah yang timbul akibat daripada peningkatan saiz rangkaian, keperluan kepada komunikasi yang selamat dan sebagainya
  • Penglibatan secara meluas sector swasta dalam pembangunan prasarana rangkaian dan perkhidmatan

ms36rajah271

Rajah 2.7 Lebuh raya maklumat yang bersepadu.

Internet yang ada kini telah menjangkau usia lebih 25 tahun dan menunjukkan tanda bahawa satu perubahan yang menyeluruh perlu dilakukan dengan segera. Ini bagi memenuhi permintaan dan penggunaan yang semakin mendesak. Sebagai contoh, aplikasi yang berasaskan kepada penggunaan video seperti video atas permintaan, teleperubatan dan sebagainya memerlukan penggunaan tulang belakang, protocol dan teknologi komunikasi yang mampu menyalurkan data yang banyak pada kelajuan yang tinggi. Dengan bilangan pengguna yang semakin meningkat, Internet kini tidak lagi mampu menyalurkan data dengan lancer dan laju pada setiap masa seperti yang diharapkan. Internet2 merupakan satu daripada tiga inisiatif utama yang akan menggerakkan pembaharuan Internet secara bersepadu. Dua inisiatif lain ialah pembaharuan tarhadap protocol Internet dan penubuhan tulang belakang yang laju, dikenali sebagai 6bone.

Koridor Raya Multimedia 3

Undang-undang Siber

Undang0undang siber diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi melindungi pihak yang menjalankan urusan dalam bentuk elektronik seperti perdagangan elektronik,kerajaan elektronik, teleperubatan dan sebagainya. Ia juga diwujudkan bagi melindungi harta intelek yang dihasilkan dalam bentuk multimedia atau digital. Berikut enam skta yang akan menjadi asas undang-undang siber di Malaysia.

  1. Akta Tandatangan Digital 1997

(Digital Signature Act 1997)
Membenarkan penggunaan tandatangan digital dalam menjalankan pelbagai urusan perniagaan dan perundangan yang tidak melibatkan pengunaan kertas sebagai dokumen asas.

  1. Akta Jenayah Komputer 1997

(Computer crimes Act 1997)
Melindungi komputer daripada aktiviti yang boleh memudaratkan seperti menyebarkan virus, memasuki sesebuah komoputer tanpa kebenaran, mengintip maklumat dan sebagainya.

  1. Akta Teleperubatan 1997

(Telemedicine Act 1997)
Membolehkan doctor memberikan perkhidmatan kepada pesakit melalui penggunaan rangkaian komputer. Ia juga memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pesakit dan juga doctor.

  1. Akta Kerajaan Elektronik

(Electronic Gonernment Act)
Memberikan perlindungan yang mencukupi kepada semua komponen kerajaan elaktronik – ahli politik, kerajaan, kakitangan kerajaan dan rakyat bagi menjalankan urusan secara elektronik.

  1. Akta Harta Intelek Multimedia

(Multimedia Intellectual Property Act)
Memberikan perlindungan kepada pemilik harta intelek yang berbentuk digital seperti karya seni grafik dan karya-karya berbentuk multimedia.

  1. Akta Gabungan Multimedia

(Multimedia Convergence Act)
Melindungi industri penyiaran dan telekomunikasi yang banyak menggunakan teknologi multimedia serta penggunanya.

Diharapkan dengan adanya rangka undang-undang ini, maka segala bentuk urusan yang dijalankan dalam bentuk elektronik serta industri multimedia, penyiaran dan telakomunikasi dapat berkembang dengan sihat.

Koridor Raya Multimedia 2

Aplikasi Perdana

Terdapat tujuh aplikasi yang utama yang membezakan Msc dengan rangkaia-rangkaian yang lain. Berikut adalah aplikasi tersebut:

  • Kad Pintar (Smart card)

Kad pintar adalah kad yang mampu menyimpan pelbagai maklumat yang khusus atau maklumat peribadi oleh pemiliknya. Melalui penggunaanya, individu boleh melakukan pelbagai urusun yang sebelum ini memrlukan pengunaan kad atau dokumen yang berasingan. Sebagai contoh, kad pintar boleh menjadi kad identiti, lessen memandu, kad krediy, passport, kad perkhidmatan kesihatan dan sebagainya. Kad pintar akan menjadi nadi kepada pertumbuhan MSC. Ia boleh digunakan untuk memudahakn rakyat berurusan dengan kerajaan, mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih bersepadu dan sebagainya. Kad pintar juga boleh digunakan untuk menjayakan aplikasi sekolah bistari.

  • Kerajaan Elekrtonik (Electronic Government)

Kerajaan elektronik adalah pelaksanaan yang membolehkan kerajaan beroperasi dengan lebih cekap dan pantas. Dengan terlaksananya konsep kerajaan elektronik, rakyat tidak lagi perlu berurusan dengan kerajaan di pejabat-pejabat kerajaan, tetapi boleh melakukannya dari rumah atau kios-kios maklumat (information kiosk). Aplikasi kerajaan elektrinik juga akan memudahkan sector perniagaan berurusan dengan kerajaan.

  • Sekolah Bestari (Smart School)

Sekolah bestari adalah sekolah yang menggunakan teknologi maklumat secara menyeluruh bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan penbelajaran dan sebagainya.

  • Teleperubatan (Telemedicine)

Telaperubetan adalah aplikasi yang membolehkan rakyat mendapat khidmat perubatan dan kesihatan yang lebih canggih, terurus,dan personal. Melalui teleperubatan ,rekod kesihatan boleh diperoleh dengan cepat oleh mana-mana pusat rawatan pesakit bagi membolehkan dia dirawat dengan segera. Pesakit juga boleh diperiksa oleh seorang doctor yang berada di lokasi yang jauh dan ini juga membolehkan sesuatu tindakan segera dilakukan.

  • Pusat Pemasaran Global (Bordeless Marketing Centre)

MSC dengan kecanggihan rangkaiannya mampu menjadi pusat perdagagan yang boleh memberikan perkhidmatan maklumat secara on-line, penyiaran audio dan video, pembelian elektronik dan sebagainya dengan baik. Capaian MSC yang global membolehkan syarikat-syarikat yang memberikan perkhidmatan ini mendapatkan pasaran yang lebih luas dan besar.

  • Rangkaian Pembuatan Global (Worldwide Manufacturing Web)

Aplikasi ini membolehkan sebuah syarikat beroperasi dengan lebih berkesan dan inovatif tanpa mengira sempadan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pengedar atau penjual motosikal boleh menggunakan rangkaian MSC untuk mendapatkan pelbagai aksesori dari kilang-kilang yang berada di kawasan sekitar (dalam luar negeri) bagi menghasilkan produk akhir yang mempunyai nilai tambah yang menarik.

  • Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D Cluster)

Penyeladikan dan pembangunan adalah dua aktiviti yang dapat meningkatkan inovasi dan daya saing sesebuah ekonomi. Dengan adanya beberapa universiti dan pusat penyelidikan di sekitar kawasan MSC, maka syarikat yang bertoperasi di MSC boleh berinteraksi den gan institusi ini bagi menghasilkan keluaran multimedia yand baru dan lebih canggih.

Interaksi di antara pengguna dengan MSC menghasilkan aktivi yang baru seperti perdagangan elektronik, pendidikan elektronik, perkhidmatan kesihatan elektronik dan sebagainya. Untuk melindungi semua pihak yang terbabit da;lam ruang siber MSC, maka undang-undang siber telah diwujudkan. Banyak lagi akta-akta lain yang sedang dipinda supaya bersesuaian dengan keadaan dan suasana yang akan wujud pada abad ke-21 nanti. Apabila stuktur logical MSC ini di fahami, maka satu kefahaman tang menyeluruh tentang MSC akan terbina.

Biar apa juga matlamat yang hendak dicapai oleh setiap aplikasi ini , kesan utama yang akan dialami oleh individu ialah peningkatan kualiti hidup. Jika dulu ijndividu perlu keluar rumah untuk menjalankan pelbagai urusan, kini ia tidak lagi perlu berbuat demikian. Masa untuk berurusan dengan syarikat atau jabatan kerajaan juga bertambah kerana MSC beroperasi 24 jam sahari. Kebanyakan aplikasi MSC mampu memberikan banyak fleksibiliti kepada pengguna. Sebagai contoh, melalui teleperubatan dank ad pintar, seseorang individu boleh memasuki mana-mana hospital jika terpaksa kerana rekod kesihatannya dan doktornya boleh dicapai dari mana-mana lokasi.

Koridor Raya Multimedia 1

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor Msc) merupakan usaha kerajaan untuk menyediakan presarana dan persekitaran yang sesuai bagi membawa Malaysia masuk bagi abad ke-21. Jika jalan dan lebuh raya merupakan prasarana yang sangat penting dalam era perindustrian, maka era maklumat memerlukan lebuh raya maklumat.

ms33

MSC merupakan sebuah pelantar ujian (test-bed). Ia dibina dengan prasarana rangkaian yang berkelajuan tinggi bagi menyokong perjalanan aplikasi multimedia yang melibatkan pengaliran data yang banyak pada kadar serta kelajuan yang tinggi. Aplikasi-aplikasi multimedia ini merupakan aplikasi yang akan mencorak cara kita menjalankan aktiviti pada abad ke-21. Jika Internet lahir daripada ARPANET, maka MSC diharapkan akan dapat melahirkan sebuah ‘Internet’ masa depan yang jauh lebih canggih daripada Internet yang ada sekarang. MSC adalah lebih unik berbanding dengan ARPANET kerana ia mendapat sokongan yang lebih padu daripada pihak pemerintah. Isu-isu yang kritikal kepada kejayaan MSC, seperti keperluan terhadap undang-undang siber yang boleh melindungi semua pihak yang terlibat dalam MSC, sudah ditangani. MSC juga dibina berasaskan teknologi Internet yang sudah terbukti kemampuan dan kecanggiahannya.

Apakah MSC?

Seperti Internet, apa juga yang berkaitan dengan MSC boleh digunakan untuk menyatakan apakah MSC. Untuk memahami MSC secara koprehensif dan menyeluruh maka satu pendekatan yang lebih sistematik diperlukan untuk mendefenisikan MSC.Ini boleh dibuat berpandukan kepada struktur logical Msc itu sendiri. Seperti Internet, lapisan terbawah MSC merupakan lapisan prasarana rangkaian yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian yang lain. Dlam konteks lapisan ini, MSC merupankan rangkaian kelajuan tinggi yang menghubungkan segi tiga KLIA, Putrajaya dan KLCC serta kaawasan di sekitarnya. Oleh kerana MSC menggunakan teknologi Internet maka lapisan yang seterusnya adalah lapisan protocol TPC/IP atau protocol yang sesuai dengan TPC/IP. Dalam konteks lapisan ini, tidak ada perbezaan di antara MSC dan Internet. Di atas lapisan protocol adalah lapisan aplikasi yang terdiri daripada aplikasi Internet yang piawai seperti World Wide Web dan aplikasi tedak piawai yang berasaskan TPC/IP seperti aplikasi siding video (video conferencing). Seperti lapisan dibawahnya, lapisan ini tidak membezakan diantara Internet dan MSC. Berasaskan kepada aplikasi Internet atau aplikasi khusus yang berasaskan TPC/IP, maka pelbagai perkhidmatan boleh diberikan kepada pengguna. Dalam konteks MSC, terdapat tujuh perkhidmatan yang diberikan tumpuan yang khusus. Tujuh perkhidmatan khusus ini juga dipanggil sebagai aplikasi perdana MSC

Aplikasi Perdana MSC
Aplikasi Internet dan TCP/IP
TCP/IP
Rangkaian yang menghubungkan kawasan sekitar KLIA, Putrajaya dan KLCC

Rajah 2.6 Struktur Logikal MSC

Pembangunan Internet 5

Faktor yang Mendorong Perkembangan Internet

Terdapat banyak factor yang mendorong Internet berkembang dengan begitu pesat sehingga ke hari ini.
Antara factor utama ialah:

  • Keputusan ARPA membenarkan TCP/IP digunakan dengan percuma

Ini membolahkan organisasi yang berminat untuk menubuhkan rangkaian menggunakan TPC/IP sebagai protocol rangkaian mereka tanpa perlu membangunkan protocol yang berasingan. Ini telah memendekkan proses mendirikan rangkaian.

  • Internet dibentuk dengan menggunakan protocol yang berdasarkan konsep system terbuka

Ini membolahkan semua syarikat yang terlibat dalam industri komputer melibatkan diri kerana semau computer bolah berkomunikasi di antara satu sama lain tanpa mengira jenis dan jenama.

  • Kecanggihan TPC/IP itu sendiri

Kecanggihan TPC/IP membolehkan rangkaian yang kecil atau besar dibina dan disambung tanpa sebarang masalah yang serius.

  • Internet ternyahpusat dikawal dengan longgar dan birokrasinya sangat minima

Birokrasi yang minima membolehkan individu dan organisasi memperolehi sambungan ke Internet dengan segera. Ini membolehkan Internet berkembang dengan pesat.

Pembangunan Internet 4

Siapakah yang Membangunkan Internet

Internet telah dibangunkan sekurang-kurangnya oleh tiga pihak, iaitu kerajaan Amerika Syarikat, individu atau kumpulan individu dan syarikat yang ingin menggunakan Internet untuk tujuan perniagaan. Kerajaan Amerika Syarikat melalui ARPA, NSF dan institusi pendidikan seperti universiti bertanggungjawab menaja projek-projek yang melibatkan pembangunan prasarana rangkaian seperti tulang belakang, perkakasan rangkaian, protocol komunikasi dan beberapa aplikasi asas seperti mel elektronik, FTP dan TELNET. Sumbangan individu atau kumpulan pula dapat dilihat pada aplikasi Internet seperti kumpulan berita UNESET, Archie dan Gopher.

ms32

Aplikasi ini dibangunkan oleh individu atau kumpulan yang kreatif yang mahu memudah dan memanfaatkan oengguna Internet dengan menggunakan sumber-sumber yang ada di organisasi mereka bekerja tanpa sebarang bantuan langsung dari mana-mana pihak.

Di dalam pembangunan lapisan perkhidmatan, penglibatan yang paling intensif adalah dari syarikat dan usahawan yang melihat Internet sebagai satu alat yang srategik untuk menghasilkan peniagaan yang baru atau mempertingkatkan aktiviti perniagaan yang sedia ada. Kebanyakan dari teknologi dan aplikasi baru yang diperkenalkan kini seperti streaming audio, streaming video, animasi, JAVA dan VRML dibina oleh syarikat yang mempunyai kepentingan yang tertentu dan bukan lagi di bawah tajaan kerajaan.

Pembangunan Internet 3

ms29

Pembangunan Protokol

Pembangunan protokol bermula hampir serentak dengan pembangunan rangkaian. ARPANET pada mulanya beroperasi dengan mengunakan Protocol Kawalan Rangkaian (Network Control Protocol-NCP). Bagi mendapatkan sebuah protokol yang lebih canggih, protokol kawalan yang lebih canggih, Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protokol-NCP) telah diperkenalkan oleh Vinton Cerf dan Bob Khan pada tahun 1974. TPC dibina dengan beranggap bahawa ARPANET itu sendiri adalah sebuah rangkaian tersebar yang tidak sesuai. Oleh itu, TCP haruslah mengandungi cirri-ciri yang fleksibel dan boleh dipercayai bagi membolehkan komputer dalam rangkaian berhubung diantara satu sama lain dengan baik. Berasaskan konsep sistem terbuka (open system), TPC terus dibina, diuji dan diperbaiki dan ahkirnya menjadi TPC/IP yang dipakai hingga ke hari ini. Era Internet bermula apabila ARPANET menggantikan NPC dengan TPC/IP pada tahun 1983. Semua rangkaian yang bergabung dengan ARPANET kemudiannya menggunakan TPC/IP. Internet telah menggunakan TPC/IP hingga ke hari ini tanpa sebarang masalah dengan serius.

Pembangunan Aplikasi

Pembangunan aplikasi Internet berlaku dalam dua era, iaitu era 70-an dan 90-an. Pada tahun 70-an pembangunan aplikasi banyak tertumpu pada aplikasi asas seperti mel elektronik, pemindahan fail dan capaian jauh. Pembangunan aplikasi era dalam 90-an pula banyak tumpu kapada pembangunan aplikasi baru yang lebih canggih seperti Archie, Gopher, Hytelnet, Veronica, WAIS dan WWW. Ini dapat dilakukan kerana kemampuan TPC/IP. WWW yang direka pada tahun 1991 merupakan aplikasi yang bertanggungjawab menjadikan Internet begitu popular hari ini.

Pembangunan Perkhidmatan

Pembangunan perkhidmatan yang menggunakan aplikasi Internet berkembang dengan pesat semenjak tahun 1994 apabila WWW berjaya menarik ramai orang untuk menggunakan Internet. Yahoo, Lycos, Infoseek dan Magellan adalah beberapa perkhidmatan p maklumat dalam Internet yang dibina berasaskan aplikasi WWW. Banyak syarikat yang menjalankan perniagaan secara tradisional beralih ke Internet untuk meningkatkan daya saing, inovasi dan menarik lebih ramai pelanggan. Konsep perdagangan elektronik, wang elektronik, pendidikan elektronik, penyiaran dan sebagainya sedang giat dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi Internet terutamanya WWW.

Pembangunan Internet 2

Pembangunan Rangkaian

Pembangunan rangkaian berlaku dengan pesat sekitar tahun 70-an dan 80-an. Antara rangkaian yang dibina ialah ARPANET (1969), CSNET (1981), EUNET (1982) dan NSFNET (1986). Rangkian yang dibina secara berasingan ini kemudiannya disambungkan antara satu sama lain dengan mengunakan TPC/IP lalu membentuk Internet.

Garisan Masa Pembangunan Internet

Tahun Pembangunan Rangkaian Pembangunan
Protokol
PembangunanAplikasi
1957 Sputnik dilancarkan oleh Rusia Amerika Syarikat menubuhkan ARPA -
1969 ARPANET – 4 nod -
1970
ARPANET menggunakan protokol NCP -
1971 ARPANET- 15nod & 23hos - -
1972 - protokol E-mail ARPANET
protokol TELNET
E-mail ARPANET
Capaian Jauh (TELNET)
1973 ARPANET disambungkan ke England & Norway File Transfer Protocol (PTF) Pemindahan fail antara Komputer
1974 - Kertas kerja bagi TCP/IP(dikenali sebagai TCP) diperkenalkan -
1975 - Program TCP yang pertama dibangunkan -
1976 - Protokol UUCP diperkenalkan Senarai Mel Email
1977 - Simple Mail Transfer Protocol Email Internet diperkenalkan
1979 USENET ditubuhkan dengan Menggunakan UUCP - Kumpulan berita USENET
1981 CSNET ditubuhkan
BITNET ditubuhkan

-
-
1982 ARPANET dipecahkan kepada ARAPANET & MILNET TCP/IP diterima pakai oleh Jabatan -
1983 ARPANET disambungkan ke CSNET menggunakan TCP/IP-kelahiran Internet Pelayan nama diperkenalkan -
1984 1,000 hos Internet Sistem nama domain diperkenalkan -
1986 NSFNET ditubuhkan NNTP diperkenalkan Kumpulan berita USENET disalurkan melalui internet
1987 10,000 hos Internet - -
1988 - Protokol IRC diperkenalkan Internet Relay Chat(IRC) disalurkan melalui internet
1989 100,000 hos internet - -
1990 ARPANET ditamatkan
NSFNET mengambil alih
-
-
Archie
WAIS
1991 Commercial Internet Exchange ditubuhkan
Gopher
1992 1,000,000 hos Internet
Jaring ditubuhkan
-
-
World Wide Web
Veronica
1996 MSC ditubuhkan
TMNet mula beroperasi
IPv6
-
Internet2
-
1997 - - Applikasi kerajaan elektonik, teleperubatan, dan sekolah bestari dilancarkan
1998 5 lagi pembekal perkhidmatan Internet dilantik di Malaysia - -

Malaysia memperoleh sambungan ke Internet pada tahun 1992 dengan penubuhan Jaring. Dalam masa yang singkat, Jaring telah berjaya menyambungkan banyak institusi pendidikan, jabatan kerajaan, organisasi perniagaan dan organisasi lain ke Internet dan seterusnya menyemai penggunaan Internet dikalangan rakyat Malaysia.

Pembangunan Internet 1

Pembangunan Internet secara keseluruhan berlaku dalam empat lapisan, iaitu pembangunan rangkaian, protokol, aplikasi dan perkhidmatan. Setiap lapisan yang dibawah menyokong lapisan di atas. Tanpa rangkaian, Internet tidak boleh wujud dan rangkaian yang tidak mempunyai protokol bagi melaksanakan komunikasi juga tidak bermakna. Dengan kata lain, lapisan atas tidak dapat dibangunkan dengan sekiranya lapisan bawah tidak dapat sepenuhnya. Apabila protokol telah dibangunkan, maka banyak aplikasi asas seperti mel elektronik, capaian jauh dan permindahan fail boleh dibina. Berasaskan kepada aplikasi-aplikasi inilah, maka peelbagai perkhidmatan yang ada sekarang seperti perbankan elektronik, perdagangan elektronik, capaian catalog perpustkaan dan sebagainya boleh diwujudkan melalui Internet.

ms28

Perkhidmatan
Aplikasi
Protokol
Rangkaian

Rajah 2.5 lapisan pembangunan dan struktur logikal Internet

Corak pembangunan seperti ini adalah sama bagi semua jenis rangkaian termasuk yang tidak mengunakan TPC/IP. Bagi membangunkan rangkaian yang mengunakan seperti Koridor Raya Multimedia, hanya prasarana rangkaian dan perkhidmatan sahaja yang perlu dibangunkan kerana protokol TPC/IP dan aplikasi Internet, sudah siap dibangunkan

Malaysia Memasuki Era Internet

Malaysia mula memasuki era internet dengan penubuhan Jaring pada tahun 1992. Ia merupakan hasil usaha gigih seorang pakar komputer MIMOS, Dr.Mohamed Awang Lah. Sebelum Jaring ditubuhkan, beliau telah mengasaskan sebuah rangkaian komputer pada tahun 1986, yang dikenali sebagai Rangkaian Komputer Malaysia (RANGKOM). Rangkaian yang menyambungkan MIMOS dan universiti tempatan ini membolehkan penyelidik berkomunikasi diantara satu sama lain. Di samping itu kewujudan RANGKOM membolehkan MIMOS serta universiti tempatan membina pengetahuan dan kepakaran penjaringan komputer. Pada ketika itu bidang ini amat baru di Malaysia.

ms27

Pada awalnya terdapat juga pihak yang tiddak menyambungkan komputer mereka ke RANGKOM kerana tidak mahu komputer mereka digunakan oleh orang lain. Bagaimanapun, Dr.Mohamed telah berjaya menyakinkan mereka bahawa ini tidak akan berlaku tanpa kebenaran. Tambahan pula, faedah perkongsian maklumat adalah sangat besar. RANGKOKM Pada mulanya telah ditubuhkan berdasarkan kepada inisiatif atau kemampuan masing-masing. Contohntya, tidak semau nod RANGKOM pada masa itu disambungkan melalui talian litar suwa. Terdapat juga nod yang menggunakan modem untuk mendail ke MIMOS untuk mendapatkan sambungan ke RANGKOM.

Setelah RANGKOM ditubuhkan, Dr. Mohamed terus berusaha untuk mengembangkan RANGKOM dengan menyambungkan rangkaian ini ke luar Negara. Melalui persidangan dan perjumpaan antabangsa, beliau telah menjalinkan pelbagai kerjasama. Akhirnya secara beransur-ansur MIMOS telah berjaya menyambungkan RANGKOM ke MUNNARI MUNNARI (Universiti of Melbourne), NCVAX (Belanda), UUNET (AS) dan sebuah nod lain di Korea. Tidak seperti sekarang, kesemua nod ini disambungkan modem. Ini bagi mengurangkan kos pengendalian rangkaian kerana kos sambungan antarabangsa melalui litar suwa adalah tinggi.

Kebanyakan aplikasi yang digunakan ketika itu adalah e-mail dan USENET. Oleh kerana penggunanya terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik, maka kebanyakan bahan adalah yang berbentuk akademik. Dalam beberapa tahun ia ditubuhkan, pengunaan dan kos pengendalian RANGKOM terus meningkat. Akhirnya, MIMOS terpaksa membeli pita rakaman arkitel-arkitel USENET setiap dua miggu untuk disalurkan ke RANGKOM. Bagi mengatasi masalah ini, MIMOS dan universiti tempatan telah meminta peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-6. Peruntukan ini akan digunakan untuk membina dan menyelenggara sebuah rangkaian yang menggunakan talian suwa berkelajuan 64kbps di sekitar Lembah Kelang. Permintaan itu diluluskan dan akhirnya sebuah rangkaian (Jaring) mula beroperasi di sekitar Lembah Klang pada bulan November 1992. Beberapa lama kemudian, Jaring telah dibuka kepada orang awam melalui sambungan terus dail yang boleh dibuat dengan menggunakan modem dan talian tel biasa. Maka, era Internet di Malaysia bermula dengan penubuhan Jaring.

Penggunaan Jaring terus meningkat terutama apabila Gopher dan kemudiannya WWW mula diperkenalkan. Kedua-dua aplikasi ini juga menyebabkan talian 64kbps yang menjadi tulang belakang Jaring ketika itu sarat dengan data. Akhirnya, pada tahun 1994 kelajuan tulang belakang Jaring telah ditingkatkan kepada 1.5Mbps bagi menampung pengaliran data yang semakin meningkat. Di samping itu, nod JKaring juga telah diperluaskan ke kebanyakan Bandar utama bagi membolehkan orang awam mendapatkan sambungan ke Jaring dan Internet.

Sejarah Permulaaan Internet 9

Dari ARPANET ke Internet

ARPANET terus berkambang daripada empat nod pada tahun 1969 hingga menjadi lebih 1000 nod pada tahun 1984. Dalam masa yang sama, beberapa rangkaian computer lain telah diitubuhkan oleh beberapa universiti di Amerika Syarikat seperti THEORYNRT, USENET, BITNET,CSNET dan lain-lain lagi.

Sejurus setelah ARPANET menerima pakai TPC/IP sebagai protocol rangkaiannya pada tahun1983, TPC/IP telah digunakan untuk menyambungkan ARPANET dan CSNET melalui sebuah get laluan. Disinilah dikatakan titik sebenar permulaan Internet,iaitu pembentukan sebuah atau rangkaian atau inter-network yang dibina untuk menyambungkan satu rangkaian dengan rangkaian yang lain menggunakan TPC/IP. Kini TPC /IP adalah protocol yang sudah terbukti kecangihannya. Kalau tidak masakan Interrnet yang begitu besar bilangan komputer dan saiz fizikalnya boleh dibina tanpa sebarang masalah yang rumit.

ms26

Keputusan ARPA membenarkan TPC/IP digunakan dengan percuma membolehkan banyak lagi rangkaian yang lebih kecil dibina dan disambungkan diantara satu sama lain. Perkembangan Internet yang begitu pesat dan keperluan untuk berkongsi komputer berkuasa tinggi bagi menampung penyelidikan yang semakin canggih menyebabkan Nasional Science Foundation(NSF) membina sebuah rankaian yang dipanggil sebagai NSFNET dibina pada tahun 1986. Ia dibina bagi tujuan menghubungkan lima buah superkomputer yang terdapat di seluruh Amerika Syarikat yang digunakan bagi pelbagai tujuan penyelidikan.Lima nod superkomputer ini kemudian nya telah menjadi pusat pertumbuhan kepade rangkaian yang lebih kecil yang tidak dapat disambungkan kepada ARPANET secara tidak langsung. Penggunaan NSFNET terus meningkat kerana ia menggunakan tulang belakang yang berkelajuaan yang lebih tinggi berbanding dengan ARPANET.Ini menyababkan penggunaan ARPANET menurun dan akhirnya pada tahun 1990 perkhidmatan ARPANET ditamatkan setelah lebih 20 tahun beroperasi. NSFNET mula menjadi rangkaian antarabangsa pada tahun 1988 apabila ia disambungkan dengan rangkaian di Kanada, Perancis, Norway dan beberapa rangkaian lain di Eropah. Kini NSFNET juga sudah tidak wujud lagi. Ia telah digantikan dengan banyak rangkaian yang lebih laju yang diwujudkan secara kormersil oleh syarikat telekomunikasi seperti MCI, AT&T dan Sprint.

Malaysia telah memasuki era Internet dengan penubuhan Jaring pada tahun 1992. Jaring telah disambungkan ke Internet pada tahun yang sama.

Sejarah Permulaan Internet 8

RFC

Proses membina protokol komunikasi bagi rangkaian ARPANET berjalan dengan begitu pesat setelah perjumpaan yang pertama diadakan di Utah pada Oktober 1968. Steve Crocker, pengerusi NWG merasakan bahawa sudah sampai masanya mereka mencatatkan segala perbincangan yang yang telah diadakan dalam bentuk dokumen yang bertulis supaya proses pembangunan protocol jalan dengan dengan lebih lancar. Oleh kerana NGW pada ketika itu merupakan kumpulan yang tidak dilantik secara rasmi oleh ARPA maka Steve Crocker telah menamakan dokumen tersebut Request For Comment (RFC) supaya ia tidak menyinggung mana-mana pihak yang telah dilantik oleh ARPA bagi membangunkan protokol komunikasi ARPANET. Tambahan pula ahlinya hanyalah terdiri daripada pelajar lepasan ijazah yang menjangkakan bahawa terdapat pihak lain yang lebih berwibawa dalam hal pembangunan protokol ini. Bagaimana, ARPA tidak pernah melantik secara rasmi mana-mana pihak bagi membangunkan protokol komunikasi ARPANET. Anggapan bahawa terdapat pihak lain yang lebih berwibawa dalam hal ini juga tidak benar kerana bidang pembangunan protokol komunikasi merupakan satu bidang yang baru dan tidak pernah diterokai dengan menyeluruh. Ini kerana, belum ada rangkaian komputer yang sehebat ARPANET dibina sebelum ini.

RFC digelar sedemikian bagi menggalakkan sesiapa sahaja untuk memberi komen dan cadangan baru yang membina terhadap sesuatu perbincangan yang telah didokumentasikan sebagai RFC. Adalah diharapkan komen dan cadangan baru yang diberikan dapat mencetuskan idea yang lebih baru. Apabila sesuatu isu itu telah diselesaikan dan dipersetujui ramai, maka sebuah dokumen lain yang lebih terperinci akan disediakan. Dokumen ini boleh dianggap sebagai panduan. Sebuah RFC boleh juga digunakan untuk membatalkan sebuah RFC yang lain. Contohnya, apabila sebuah RFC yang baru memperkenalkan sebuah protokol terkini yang telah dipersetujui ramai, maka RFC yang mengariskan protokol yang lama boleh dibatalkan. Dokumen yang dibina mengikut sistem yang sedemikian dipanggil sebagai dokumen terbuka (open document).

ms25

Untuk membolehkan komen, cadangan serta perbincangan berjalan dengan cepat, maka RFC ditulis dalam bentuk yang tidak ditapi dangan terperinci supaya setiap cadangan boleh dinilai oleh semua pihak tanpa mengenepikan mana-mana cadangan. Dalam hal ini, amat berbeza dengan tradisi penulisan akademik seperti penulisan dalam jurnal dimana setiap aspek penulisan dinilai dengan terperinci bagi memastikan kewibawaannya. Setiap dokumen RFC yang dikeluarkan dikenali dengan nombor mengikut turutan ia dikeluarkan. Ia juga mengandungi maklumat seperti nama penulis serta tarikh ia dikeluarkan. RFC bukanlah dokumen yang terhad kepada komen serta nota-nota perbincangan mengenai protocol sahaja. Ia membincangkan banyak hal lain seperti yang ditunjukkan dalam jadual disebelah.

Sistem dokumentasi terbuka yang telah digunakan untuk membangunkan protokol ARPANET telah membolehkan protokolnya dibangunkan dengan jaya. Ia bukan saja telah menarik minat penyelidik yang berkalibel untuk sama-sama membangunkan protocol ARPANET, tetapi ia juga telah menunjukkan bahawa sikap bekerjasama diantara satu sama lain boleh mendatangkan kesan yang positif. Dengan adanya RFC juga, maka Pembangunan ARPANET menjadi lebih demokratik, terbuka dan tidak eksklusif kepada semua pihak sahaja