Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

26 Jun 2011

Sejarah Permulaan Internet 8

RFC

Proses membina protokol komunikasi bagi rangkaian ARPANET berjalan dengan begitu pesat setelah perjumpaan yang pertama diadakan di Utah pada Oktober 1968. Steve Crocker, pengerusi NWG merasakan bahawa sudah sampai masanya mereka mencatatkan segala perbincangan yang yang telah diadakan dalam bentuk dokumen yang bertulis supaya proses pembangunan protocol jalan dengan dengan lebih lancar. Oleh kerana NGW pada ketika itu merupakan kumpulan yang tidak dilantik secara rasmi oleh ARPA maka Steve Crocker telah menamakan dokumen tersebut Request For Comment (RFC) supaya ia tidak menyinggung mana-mana pihak yang telah dilantik oleh ARPA bagi membangunkan protokol komunikasi ARPANET. Tambahan pula ahlinya hanyalah terdiri daripada pelajar lepasan ijazah yang menjangkakan bahawa terdapat pihak lain yang lebih berwibawa dalam hal pembangunan protokol ini. Bagaimana, ARPA tidak pernah melantik secara rasmi mana-mana pihak bagi membangunkan protokol komunikasi ARPANET. Anggapan bahawa terdapat pihak lain yang lebih berwibawa dalam hal ini juga tidak benar kerana bidang pembangunan protokol komunikasi merupakan satu bidang yang baru dan tidak pernah diterokai dengan menyeluruh. Ini kerana, belum ada rangkaian komputer yang sehebat ARPANET dibina sebelum ini.

RFC digelar sedemikian bagi menggalakkan sesiapa sahaja untuk memberi komen dan cadangan baru yang membina terhadap sesuatu perbincangan yang telah didokumentasikan sebagai RFC. Adalah diharapkan komen dan cadangan baru yang diberikan dapat mencetuskan idea yang lebih baru. Apabila sesuatu isu itu telah diselesaikan dan dipersetujui ramai, maka sebuah dokumen lain yang lebih terperinci akan disediakan. Dokumen ini boleh dianggap sebagai panduan. Sebuah RFC boleh juga digunakan untuk membatalkan sebuah RFC yang lain. Contohnya, apabila sebuah RFC yang baru memperkenalkan sebuah protokol terkini yang telah dipersetujui ramai, maka RFC yang mengariskan protokol yang lama boleh dibatalkan. Dokumen yang dibina mengikut sistem yang sedemikian dipanggil sebagai dokumen terbuka (open document).

ms25

Untuk membolehkan komen, cadangan serta perbincangan berjalan dengan cepat, maka RFC ditulis dalam bentuk yang tidak ditapi dangan terperinci supaya setiap cadangan boleh dinilai oleh semua pihak tanpa mengenepikan mana-mana cadangan. Dalam hal ini, amat berbeza dengan tradisi penulisan akademik seperti penulisan dalam jurnal dimana setiap aspek penulisan dinilai dengan terperinci bagi memastikan kewibawaannya. Setiap dokumen RFC yang dikeluarkan dikenali dengan nombor mengikut turutan ia dikeluarkan. Ia juga mengandungi maklumat seperti nama penulis serta tarikh ia dikeluarkan. RFC bukanlah dokumen yang terhad kepada komen serta nota-nota perbincangan mengenai protocol sahaja. Ia membincangkan banyak hal lain seperti yang ditunjukkan dalam jadual disebelah.

Sistem dokumentasi terbuka yang telah digunakan untuk membangunkan protokol ARPANET telah membolehkan protokolnya dibangunkan dengan jaya. Ia bukan saja telah menarik minat penyelidik yang berkalibel untuk sama-sama membangunkan protocol ARPANET, tetapi ia juga telah menunjukkan bahawa sikap bekerjasama diantara satu sama lain boleh mendatangkan kesan yang positif. Dengan adanya RFC juga, maka Pembangunan ARPANET menjadi lebih demokratik, terbuka dan tidak eksklusif kepada semua pihak sahaja

Tiada ulasan: