iDAN

26 Jun 2011

Internet Masa Depan 1

Internet yang ada sekarang dibina berasaskan kepada teknologi tahun 70-an. Walau bagaimanapun, satu rangkaian yang besar telah berjaya dibina tanpa mengalami sebarang masalah yang rumit. Kini, Internet telah berjaya mengubah corak sosioekonomi dan geopolitik dunia dengan mendadak. Adalah sukar untuk menjangkakan perubahan yang akan dihasilkan oleh Internet serta kesan dan implikasi yang akan ditinggalkannya pada masa hadapan. Namun begitu, apa yang pasti tentang Internet masa hadapan ialah:
  • Penggunaan lebuh raya maklumat yang lebih canggih bagi mengendalikan pengaliran data yang banyak dengan kadar kelajuan yang sangat tinggi
  • Penggunaan multimedia yang intensif dengan disokong oleh perisian yang canggih
  • Kewujudan perhkidmatan yang bersepadu bagi menyalurkan hiburan, kemudahan telekomunikasi, capaian ke pangkalan-pangkalan maklumat dan sebagainya melalui satu talian yang sama
  • Pengubahsuaian kepada TPC/IP bagi menangani masalah-masalah yang timbul akibat daripada peningkatan saiz rangkaian, keperluan kepada komunikasi yang selamat dan sebagainya
  • Penglibatan secara meluas sector swasta dalam pembangunan prasarana rangkaian dan perkhidmatan

ms36rajah271

Rajah 2.7 Lebuh raya maklumat yang bersepadu.

Internet yang ada kini telah menjangkau usia lebih 25 tahun dan menunjukkan tanda bahawa satu perubahan yang menyeluruh perlu dilakukan dengan segera. Ini bagi memenuhi permintaan dan penggunaan yang semakin mendesak. Sebagai contoh, aplikasi yang berasaskan kepada penggunaan video seperti video atas permintaan, teleperubatan dan sebagainya memerlukan penggunaan tulang belakang, protocol dan teknologi komunikasi yang mampu menyalurkan data yang banyak pada kelajuan yang tinggi. Dengan bilangan pengguna yang semakin meningkat, Internet kini tidak lagi mampu menyalurkan data dengan lancer dan laju pada setiap masa seperti yang diharapkan. Internet2 merupakan satu daripada tiga inisiatif utama yang akan menggerakkan pembaharuan Internet secara bersepadu. Dua inisiatif lain ialah pembaharuan tarhadap protocol Internet dan penubuhan tulang belakang yang laju, dikenali sebagai 6bone.

Tiada ulasan: