iDAN

26 Jun 2011

Internet Masa Depan 2

Internet2

Ditubuhkan dengan kerjasama lebih 100 buah universiti di Amerika Syarikat. Internet2 bertujuan untuk memajukan lagi aplikasi dan penggunaan Internet bagi memenuhi kehendak universiti dalam menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Aktiviti ini lazimnya melibatkan kerjasama yang intensif di antara beberapa pihak baik di kalangan individu mahupun di antara universiti. Antara aplikasi yang akan di bangunkan oleh Internet2 ialah:

  • Perpustakaan Digital

Perpustakaan digital membolehkan pelbagai bentuk maklumat akademik dan teknikal diperoleh dengan mudah dari mana-mana juga lokasi di dunia. Maklumat yang terdapat dalam perpustakaan ini adalah dalam bentuk multimedia yang jauh lebih menarik daripada maklumat dalam bentuk teks yang ada seikarang. Bagaimanapun, kebolehan rangkaian menyalurkan maklumat dengan cepat dan persetujuan terhadap isu-isu seperti hak cipta, bayaran menggunakan maklumat dan sebagainya akan menjadi faktor penting yang menentukan perpustakaan digital.

  • Perisian pembelajaran Tersebar

Kajian Internet2 banyak ditumpukan kepada aspek pembelajaran dalam persekitaran yang tersebar. Ini akan membolehkan pelajar menggunakan perisian yang bersepadu untuk berinteraksi dengan pelbagai Janis maklumat yang terdapat dalam pelbagai jenis format dan komputer. Turut menjadi system pengurusan yang boleh mengurus pembelajaran pelajar dalam persekitaran yang kompleks dan tersebar ini.

  • Teleimmersion

Teleimmersion merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan individu berinteraksi di antara satu sama lain dalam ruang siber, Sebagai contoh, seorang penyelidik boleh memasuki sebuah bilik perbincangan maya untuk berbincang dengan penyelidik yang lain tentang bagaimana menyelesaikan sesuatu masalahnya. Aplikasi ini juga membolehkan pergerakan setiap penyelidikan dalam ruang siber dijejaki.

  • Makmal Maya

Makmal maya membolehkan penyelidik di seluruh dunia berkomgsi menggunakan peralatan ujikaji dan juga komputer dalam menjalankan penyelidik. Peralatan yang tersebar di merata dunia seperti teropong jauh dan sensor cuaca dapat dikongsi penggunaannya dengan lebih mudah bagi mendapatkan satu hasil kajian yang lebih baik.

Bagi memanfaatkan semua pihak, Internet2 juga mempunyai program pemindahan teknologi kepada sektor perniagaan dan keseluruhan pengguna Internet baik di Amerika Syarikat dan juga di nagara-nagara lain. Kejayaan Internet2 juga amat bergantung kapada pembaharuan yang dilakukan pada protocol internet dan penubuhan rangkaian komunikasi yang lebih laju. Kedua-dua inisiatif ini. Iaitu, Pembina protokol internet generasi baru dan rangkaian 6BONE akan dibincangkan dipenghujung tapak 3.

Tiada ulasan: