iDAN

26 Jun 2011

Malaysia Memasuki Era Internet

Malaysia mula memasuki era internet dengan penubuhan Jaring pada tahun 1992. Ia merupakan hasil usaha gigih seorang pakar komputer MIMOS, Dr.Mohamed Awang Lah. Sebelum Jaring ditubuhkan, beliau telah mengasaskan sebuah rangkaian komputer pada tahun 1986, yang dikenali sebagai Rangkaian Komputer Malaysia (RANGKOM). Rangkaian yang menyambungkan MIMOS dan universiti tempatan ini membolehkan penyelidik berkomunikasi diantara satu sama lain. Di samping itu kewujudan RANGKOM membolehkan MIMOS serta universiti tempatan membina pengetahuan dan kepakaran penjaringan komputer. Pada ketika itu bidang ini amat baru di Malaysia.

ms27

Pada awalnya terdapat juga pihak yang tiddak menyambungkan komputer mereka ke RANGKOM kerana tidak mahu komputer mereka digunakan oleh orang lain. Bagaimanapun, Dr.Mohamed telah berjaya menyakinkan mereka bahawa ini tidak akan berlaku tanpa kebenaran. Tambahan pula, faedah perkongsian maklumat adalah sangat besar. RANGKOKM Pada mulanya telah ditubuhkan berdasarkan kepada inisiatif atau kemampuan masing-masing. Contohntya, tidak semau nod RANGKOM pada masa itu disambungkan melalui talian litar suwa. Terdapat juga nod yang menggunakan modem untuk mendail ke MIMOS untuk mendapatkan sambungan ke RANGKOM.

Setelah RANGKOM ditubuhkan, Dr. Mohamed terus berusaha untuk mengembangkan RANGKOM dengan menyambungkan rangkaian ini ke luar Negara. Melalui persidangan dan perjumpaan antabangsa, beliau telah menjalinkan pelbagai kerjasama. Akhirnya secara beransur-ansur MIMOS telah berjaya menyambungkan RANGKOM ke MUNNARI MUNNARI (Universiti of Melbourne), NCVAX (Belanda), UUNET (AS) dan sebuah nod lain di Korea. Tidak seperti sekarang, kesemua nod ini disambungkan modem. Ini bagi mengurangkan kos pengendalian rangkaian kerana kos sambungan antarabangsa melalui litar suwa adalah tinggi.

Kebanyakan aplikasi yang digunakan ketika itu adalah e-mail dan USENET. Oleh kerana penggunanya terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik, maka kebanyakan bahan adalah yang berbentuk akademik. Dalam beberapa tahun ia ditubuhkan, pengunaan dan kos pengendalian RANGKOM terus meningkat. Akhirnya, MIMOS terpaksa membeli pita rakaman arkitel-arkitel USENET setiap dua miggu untuk disalurkan ke RANGKOM. Bagi mengatasi masalah ini, MIMOS dan universiti tempatan telah meminta peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-6. Peruntukan ini akan digunakan untuk membina dan menyelenggara sebuah rangkaian yang menggunakan talian suwa berkelajuan 64kbps di sekitar Lembah Kelang. Permintaan itu diluluskan dan akhirnya sebuah rangkaian (Jaring) mula beroperasi di sekitar Lembah Klang pada bulan November 1992. Beberapa lama kemudian, Jaring telah dibuka kepada orang awam melalui sambungan terus dail yang boleh dibuat dengan menggunakan modem dan talian tel biasa. Maka, era Internet di Malaysia bermula dengan penubuhan Jaring.

Penggunaan Jaring terus meningkat terutama apabila Gopher dan kemudiannya WWW mula diperkenalkan. Kedua-dua aplikasi ini juga menyebabkan talian 64kbps yang menjadi tulang belakang Jaring ketika itu sarat dengan data. Akhirnya, pada tahun 1994 kelajuan tulang belakang Jaring telah ditingkatkan kepada 1.5Mbps bagi menampung pengaliran data yang semakin meningkat. Di samping itu, nod JKaring juga telah diperluaskan ke kebanyakan Bandar utama bagi membolehkan orang awam mendapatkan sambungan ke Jaring dan Internet.

Tiada ulasan: