iDAN
26 Jun 2011
Berkhemah
Terkadang kita terfikir untuk berkhemah tetapi sebelum berkhemah fikirkan dulu apakah sesuai tempatnya. Bukan satu yang mudah jika tanpa perancangan awal & cukup keperluannya. Aku pernah juga pergi berkhemah secara berkawan; tak ramai. Berdua sahaja. Musibahnya dimasuki pencuri & pakaian ada yang hilang, nasiblah aku tak bawa barangan berharga. Maka adalah lebih baik berkhemah dengan kumpulan yang ramai; paling tidak berempat atau lebih agar ada yang bergilir untuk tidur & bergilir menjaga keselamatan khemah serta barangan.
Ini ada beberapa tips yang boleh kita perhatikan; mungkin ianya berguna atau ada lagi yang boleh kita kongsi bersama.
SEBELUM
i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak berwajib, dan sebagainya.
ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan.
iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.
iv- Menghantar surat makluman kepada pihak polis mengenai perkhemahan tersebut.
v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.
vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, belerang, lampu sebelah malam, lumpu suluh dan lain-lain.
vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan
SEMASA
i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah.
ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.
iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya.
iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.
v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.
vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari.
vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas.
viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah.
ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.
x. Sebaiknya ada punca yang terdekat agar mudah untuk keperluan.
SELEPAS
i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah.
ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah.
iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan