Bentuk Alamat e-mel
Alamat e-mel adalah alamat yang digunakan oleh pelayan e-mel yang mengendalikan penghantaran e-mel ke destinasinya. Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun e-mel) dengan nama domain bagi pelayan e-mel di mana pengguna mendaftarkan akaun e-melnya. Format alamat e-mel adalah seperti berikut :
nama_pengguna@nama_domain_pelayan_ e-mel
Berikut adalah beberapa contoh alamat e-mail:
- ikramhakimi@yahoo.com.co.uk
- ahmadrazif@hotmail.com
- nurulsaidah@gmail.com
- zaharim@danaudigital.com.my
Bagi contoh yang pertama, pengguna telah menggunakan nama ikramhakimi sebagai nama penggunanya, iaitu nama akaun e-melnya. Nama akaun ini boleh dianggap sebagai nama bagi sebuah peti surat yang terdapat dalam pelayan e-mel yang bernama pkrisc,cc,ukm.my. Sebuah pelayan e-mel lazimnya mempunyai banyak akaun e-mail atau “peti surat” yang berdaftar dengannya.
Berikut adalah penjelasan lanjut tentang persamaan yang terdapat di antara surat dan e-mel.
- Nama akaun pengguna e-mel boleh dianggap sebagai nama penerima surat manakala nama domain pelayan e-mel dianggap sebagai alamat premis (rumah, pejabat dan sebagainya).
- Setiap destinasi mempunyai alamat yang unik, iaitu tidak ada dua destinasi fizikal mempunyai alamat yang sama.
- Setiap destinasi boleh mempunyai lebin dari satu penerima, iaitu alamat domain atau premis yang sama boleh digunakan oleh lebih daripada seorang pengguna.
- Setiap surat atau e-mel yang hendak dihantar kepada penerimanya mestilah mempunyai alamat dan nama penerima yang tepat supaya ia dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan.
Memilih Alamat e-mel
Terdapat beberapa panduan yang harus digunakan bagi memilih nama akaun e-mel anda. Antaranya ialah :
- Nama akaun sebaik-baiknya hendaklah melambangkan nama atau identiti pengguna
- Nama yang mudah diingat
Lazimnya nama akaun yang boleh dipilih dihadkan kepada beberapa huruf sahaja (selalunua lebih lapan huruf). Ini boleh menjadikan proses memohon nama akaun yang sesuai kadang kala menjadi rumit. Bagi pengguna TMNet dan Jaring, nama pendaftaran akaun Internet mereka akan digunakan oleh TMNet dan Jaring sebgai nama pengguna e-mel. Sebagai contoh, seorang pengguna yang berdaftar dengan Jaring dengan namaakaun azaa akan menggunakan azaa@pc.jaring,my sebagai alamat e-melnya. Seorang pengguna TMNet yang berdaftar dengan nama akaun yang sama akan menggunakan azaa@tmnet.my sebagai alamat e-mailnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan