iDAN

26 Jun 2011

05.40 - Bagaimana E-Mel bergungsi 1

Seperti aplikasi Internet yang lain, e-mel juga berfungsi dengan berasaskan kepada konsep pelanggan-pelayan. Terdapat dua jenis pelayan yang sering digunakan untuk mengendalikan e-mel, iaitu pelayan SMTP dan pelayan POP. Pelayan SMTP adalah pelayan utama yang mengendalikan penghantaran dan penerimaan e-mel dalam internet. Ia digelar sedemikian kerana ia menggunakan protokol yang dipanggil Protokol Perpindahan Mel Mudah (Simple Mail Transper Protocol-SMTP). Pelayan POP pula adalah pelayan yang membolehkan seseorang pengguna mengambil e-melnya yang terdapat dalam pelayan SMTP untuk dibaca dikomputer lain. Kebanyakkan pelayan e-mel menggunakan gadingan dua pelayan tersebut untuk mengendalikan e-mel.

101

Protokol Pemindahan Mel Mudah

Protokol Perpindahan Mel Mudah menentukan bagaimana komputer yang terlibat dalam aplikasi e-mel harus berhubung di antara satu sama lain dalam menghantar atau menerima e-mel. Contohnya, jika pelayan e-mel yang bernama pkrisc.cc.ukm.my hendak menghantar e-mel ke pelayan e-mel yang bernama eve.nott.ac.uk, ia akan berkomunikasi dengan eve.nott.ac.uk mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh SMTP untuk melaksanakan penghantaran e-mel tersebut. Di sini, komputer yang menghantar, iaitu pkrisc.cc.ukm.my akan menjadi pelanggan SMTP dan komputer yang menerima, iaitu eve.nott.ac.uk akan menjadi pelayan SMTP

52

Rajah5.2 : Pelanggan SMTP menghantar dan menerima e-mel

Protokol Pejabat Pos

Protokol Pejabat Pos (Post Office Protokol – POP) adalah protokol yang digunakan oleh pelayan dan pelanggan POP untuk memindahkan e-mel yang telah dimasukkan oleh pelayan SMTP ke dalam peti surat pengguna ke komputer lain yang digunakan oleh pengguna. Melalui penggunaan pelanggan dan pelayan POP, pengguna Intenet boleh mengambil e-melnya yang terdapat dalam pelayan SMTP untuk dibaca dan dibalas. Untuk membolehkan e-mel diambil, pelayan POP harus terlebih dahulu beroperasi dalam komputer yang menjadi pelayan SMTP tersebut. Oleh itu, pengguna boleh menggunakan pelanggan POP; iaitu perisian e-mel seperti Eudora dan Outlook Express, untuk menghubungi pelayan POP bagi mendapatkan e-melnya. Dengan itu, pengguna tidak lagi perlu memasuki pelayan SMTP dengan menggunakan aplikasi Internet seperti TELNET bagi membaca, membalas dan menghantar e-mel. Untuk menghantar e-mel kepada pengguna yang lain, pelanggan POP akan menghubungi terus pelayan SMTP bagi memintanya menghantar e-mel ke destinasinya. Oleh yang demikian, pelanggan POP tidak boleh menghantar e-mel ke destinasinya tanpa pertolongan pelayan SMTP. Gandingan pelayan SMTP dan POP menjadikan penggunaan e-mel lebih menarik. Kini kebanyakan pelayan e-mel menggunakan kedua pelayan ini untuk beroperasi.

53

Rajah 5.3 Pelayan POP memeriksa e-mel yang masuk dan pelayan SMTP menghantar e-mel

Tiada ulasan: