iDAN

26 Jun 2011

03.43 - Bagaimana DNS Berfungsi

Bagaimana DNS Berfungsi

Apabila sesebuah komputer ingin menghubungi komputer lain, contohnya komputer A ingin menghubungi komputer B (ftp.microsoft.com), maka A perlu mendapatkan alamat IP yang mewakili nama komputer B terlebih dahulu. Untuk itu komputer A akan menhubungi pelayan nama P1 yang berada di dalam rangkaiannya terlebih dahulu bagi menukar nama ftp.microsoft.com kepada alamat IP.

Pelayan domain nama P1 akan melihat di dalam ingatannya terlebih dahulu bagi mendapatkan alamat IP bagi ftp.microsoft.com . Jika ia tiada di dalam ingatannya maka P1 akan menghubungi pelayan nama yang menjaga domain com, iaitu Pc. P1 kemudiannya akan menghubungi Pc bagi mendapatkan pelayan nama bagi domain Microsoft, Pm. Akhirnya, P1 akan menghubungi Pm bagi mendapatkan alamat IP bagi komputer B, iaiatu ftp.microsoft.com.

Bagaimana nama domain ditukar ke alamat IP

Rajah 3.17 Bagaimana nama domain ditukar ke alamat IP

Sekiranya alamat IP bagi sesuatu nama domain tidak boleh diperoleh kerana kesemua pelayan nama rosak dan sebagainya, maka pengguna akan diberitahu bahawa nama domain tidak boleh ditukar kepada alamat IP.

Inilah proses yang terlibat setiap kali pengguna ingin menghubungi sesebuah hos dengan menggunakan nama domainnya. Alamat IP bagi sesuatu nama domain boleh diperoleh dengan menggunakan perisian kongsi khas seperti WS_ping.

Tiada ulasan: