iDAN

26 Jun 2011

05.1 - Pengenalan E-mel

E-mel elektronik adalah antara aplikasi yang paling awal diperkenalkan kepada pengguna Internet. Semasa ARPANET mula ditubuhkan pengurus rangkaian mendapati bahawa ia amat digemari dan pengguna pula lazimnya menggunakan e-mel bukan hanya untuk berkomunikasi tentang kerja penyelidikan tetapi juga untuk bersosial.

112

Apakah e-mel?

Ia merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mel, pengguna Internet boleh menghantar utusan yang sama kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan utusan yang diterima untuk dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mel, mengarahkan komputer melakukan sesuatu dan lain-lain lagi.

Perbandingan Alat Komunikasi

Butiran E-mel Surat Telefon Faks
Kelajuan Serta-merta Beberapa Hari Serta-merta Serta-merta
Kos Murah Murah Mahal Mahal
Keselamatan Selamat Kurang selamat Selamat Selamat
Kerahsian Rendah Tinggi Tinggi Rendah
Gaya penulisan Tidak formal Formal/Tak Formal Formal/Tak Formal Formal/Tak Formal
Jawapan Tidak segera Tidak segera Segera Tidak segera
Komunikasi berkumpulan Mudah Sukar Mudah/ Sukar Mudah
Menyatakan Emosi Rendah Sederhana Tinggi Sederhana

Di atas adalah perbandingan yang dibuat antara penggunaan e-mel dan alat/servis perhubungan yang lain.

Mengapa e-mel Digemari?

Secara amnya e-mel digemari kerana ia adalah alat komunikasi serba boleh. Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable. Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks. Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mel bukanlah satu alat komunikasi yang segerak (synchronous) seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai. Kelemahan e-mel ini perlu disedari sebelum ia di atasi.

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan e-mel?

Untuk mendapatkan perkhidmatan e-mel, anda mestilah terlebih dahulu mendapatkan akaun e-mel daripada pengurus rangkaian atau melalaui pembekal PPI anda. Jika tempat anda bekerja sudah mempunyai sambungan ke Internet, pengurus rangkaian boleh membuka akaun e-mel untuk anda di komputer yang menjadi pelayan e-mel. Jika tidak, anda boleh menghubungi PPI seperti Jasing dan TMNet untuk melanggan Internet dan seterusnya mendapatkan akaun e-mel di samping kemudahan internet yang lain.

Tiada ulasan: