iDAN

25 Disember 2009

Khabar dari Gold Coast (Singgahsana)

Aku baru sahaja balik dari Econsave sekilo Terung Pendek (saiz sebiji tak sampai sejengkal) RM4.59. Maknanya sebiji terung cinonik sekitar 5 kupang. Itu di Econsave belum di kedai mamak! Gila ke apa melambungnya harga sayuran di Malaysia. Alasan kukuh faktor cuaca; banjir sana sini. Kebun sayur semua ranap kut!

iDAN: 2011 .... mungkin kami akan ke Australia!

erismy : jln pergi Gold Coast dgn Milah ke?

iDAN: yup!

erismy : that's good

iDAN: Kalau tak dapat tido kat rumah eris buat khemah depan rumah pun tak apa! tak tau cerita sebenarnya tapi Kak Mila telah bincang dengan anak-anak!

erismy : alah...! sementara ni ader 1 bilik kosong...cuma mesin jahit dgn meja study ajer ader

erismy : rumah aku ader 3 bilik 2 tingkat

iDAN: Kak Mila kata kawan dia kat sana... tak pasti tidur rumag Eris mungkin rumah kawannya siapa kawannya tu saya tak pasti! ingat tak tenguk salji bulan berapa ada salji kat sana kat mana ada salji iyer!?

erismy : 90 minit dari Brisbane..... 2 jam dari Gold Coast kut! adalah salji!

iDAN: kalau pun bukan musim sejuk... musim bunga menarik juga! Musim sejuk ... ada salji bulan berapa iyer? kalau musim sejuk dapat jalan ke mana agaknya?.

erismy : tempat aku ....Toowoomba bulan 6 sampai 9 winter

iDAN: tak kan tak ada salji di Toowoomba Australia tu?

erismy : tempat kami salji tak turun cuma turun hujan batu walaupun -5 darjah! kalau ader pun salji kena pergi kawasan tinggi spt di kawasam pergunungan. Toowoomba memang tak ader salji...yg ader kena pergi bawah sikit sempadan Queensland dan New South Wales; Peak Mountain di Stanthorpe itupun jarang-jarang pergunungan di Sydney!.

iDAN: jauh tak kalau ikut jalan darat? kalau naik keretapi katakan 2 jam dari Gold Coast tambangnya sekitar berapa iyer?... emmm! kena tenguk peta baru faham kut!

( Dua jam keretapi laju di sini macam Jenaris ke sekitar Ipoh! takkanlah mahal sangat!. Emmm! angan-angan sahaja kut! nak jejak kaki ke Gold Coast tu! Kalau dapat duit terpijak atau sesiapa bolen sponsor okey!lah.)


iDAN: anak-anak 'cam mana?

erismy : anak okey!.....si Nazmeen anak sulung aku ni asyik panggil Santa Claus maklumlah dkt sekolah tgh celebrate!.

Kelopak : oooo syoklah dia dapat hadiah nanti!,

iDAN: si Nazmeen dah pantai cakap orang putih tak?

erismy : pandai...! kalah mungkin bapaknya dan emaknya.

iDAN: cepat kan... budak2 memang macam tu! itu untungnya campur org putih

iDAN: kata nak cari DVD filem Australia, mahal tak DVD kat sana?

erismy : Semua pakai DVD ori .... dan blue ray, mahallah sikit blue ray kena guna pemain apalah pulak!
(Dulu aku pernah cit cat pasal gaji Pencuci di sana; memang mengejutkan!; terlampau tinggi gaji mereka banding negara kita yang nilai mata wangnya tiga kali lebih rendah!)

iDAN : katanya dulu gaji Pencuci dapat berapa sejam...

erismy : memang lumayan jadi kerja mcm odd job ni. 20 dollar... AUD20 SEJAM

iDAN: Gandaan berapa duit kita iyer!?

erismy : Xrm3.11

iDAN: wow! lebih dari RM60 sejam

erismy : lumayan.....dkt sini org kutip buah pun lumayan!

iDAN: itu sebab dah selalu saya cakap org M'sia ini teruk terhimpit; Pencuci bayangkan dibayar gaji RM600 sebulan nak makan apa?.

erismy : banyak bapak Indonesia dari MAKASAR, KEPULAUAN LOMBOK DARI JAM
9 mlm smpi 11 mlm ... seminggu dapat AUD 400!

iDAN: Emmm! jika kita congak 400x3 = AUD1,200 ; cukup kerja tiga minggu AUD 1200 emmm! gandakan rm3.11! Dah macam gaji pegawai besar di sektor awam.

erismy : dkt sini cashier pun lumayan senang2 tiga empat ribu duit kita!

erismy : dkt sini aku makan anggur, parsele, blue beri!

iDAN: Huh! anggur sini mahal... jarang dapat makan! sana berapa sekilo duit mereka

erismy : kalau pasar ahad AUD4 untuk 1 guni, pernah makan seedless anggur rangup mcm keropok!

iDAN: Mana nak dapat anggur rangup & sesegar itu Eris oii! Di TESCO pun anggur kecut California sekilo mesti sekitar RM11.99

(Gaji mahal barangan pula murah! Bayangkan RM4 dapat seguni anggur RM1 dapat paling tidak 8 biji epal)

iDAN: Tempat kerja macam mana? okey tak?

erismy : best nya dkt sini technician ......simple, lecturer simple pergi kerja pakai seluar pendek bertopi koboi mcm mendiang Steve Irvin Crocodile Hunter!.

iDAN: Bestlah kalau macam tu!

erismy : dkt sini masjid besar..peliknya universiti punyer

iDAN: baguss!

erismy : imam ader dua dari Indonesia dan Mesir

IDAN: ooo kutbah iman endon tu cakap Melayu atau Inggeris

erismy : bahasa Inggeris

iDAN: bagusnya!

erismy : meriah kalau ramadhan, sembahyang raya

iDAN: nanti sumbat2lah gambar tu di Facebook boleh saya curi2 masuk dalam blog tu...

(Maknanya di negara orang putih mengamalkan kebebasan beragama, maka itu tak hairan orang Melayu kita amat suka tinggal di Australia; tak ada apa pun nak dirisaukan. Aman & jenayah pun tak seteruk sini. Had laju di lebuh raya sana pun sekitar 90km sejam; kita yang suka menggadai nyawa. 110km sejam, rempit lagi laju sampai kena saman!. Eris selalu pernah cerita pemandu di sana sangat berhemah, cukup hormat dengan pemandu lain terutama pejalan kaki)

(Esok! Mungkin sekitar 3 hari aku tak klik internet; senyaplah blog ini! sebab akan melancong ke sekitar Lumut, Batu Gajah & Kota Bharu Perak talian tel bimbit mungkin dibuka 0169094343 dalam tempoh bercuti tersebut jika ada sebarang kecemasan kontak aku iyer!)
  • Takrif : Ader : ada.. bahasa pasar
  • Punyer : punya.. bahasa pasar
  • Ajer : sahaja bahasa pasar
  • 'cam : macam bahasa ringkas

23 Disember 2009

Suram Sakura (Delima Merkah)

...bunga sakura gugur dalam tanam hatiku...

Ranting sakura semakin kering

& tajam menyucuk batinku..

************************************************************
Percaya ada atau tidak ada bunga seiras Sakura di Jenaris
sila klik blog lama Penyair iDANRADZi ini

*******************************************

KC 10 Ranting Sakura (Singgahsana)

Semua baranganku telah ku letak di kamar. Aku kembali ke ofis baruku!, masih ada meja lukis; kecil sangat ofis ini. Dari jendela nampak seluasnya bendang orang Jepun dihiasi banglow penduduk kampung yang mewah. Petani Jepun memang kaya raya.

Ada seorang Amoi Jepun sebelah mejaku; rambutnya separuh bahu pakai cekak kulitnya tak seputih si Matsushima di Harajuku, Tokyo. Rambut depannya lurus terjurai-jurai apabila ditiup angin, aku suka melihat gaya rambutnya. Berwajah sederhana bertubuh seiras Rahayu tak seseksi si Hoshino. Ada lagi seorang wanita agak berumur 30an, dari wajahnya aku agak dia telah berumahtangga. Ada seorang jurutera muda sangat berkacamata, kulitnya agak terbakar memakai jaket bercop kompeni PCI. Ofis baru ini memang anak syarikat PCI.

Ada beberapa lagi meja kosong, tentunya meja empunya mereka yang buat kerja luar. Biasalah orang Jepun setelah aku dikenalkan dengan mereka & mereka pun memperkenalkan diri masing-masing; Tunduk segala. Sekadar itu kemudian tekun & menumpukan kembali perhatian kepada kerja 100%. Senyap sepi. Payah untuk aku ingat semua nama mereka. Esok lusa aku kena hafal nama mereka. Kebanyakan mereka akan tinggal bersamaku di asrama. Tak seramai mana sekitar lima atau enam orang sahaja yang muat di asrama tersebut.

Dari jauh aku lihat Kuroda sedang berbual di bilik Ketua Jurutera, seorang yang agak berumur sekitar awak 40an tapi nampak segak lagi orangnya. Bertubuh tinggi kulitnya juga nampak terbakar. Aku lihat Ketua Jurutera sesekali mencuri pandang kepadaku. Di pintunya tertulis Ir Matsusaki.
Aku bergenang dengan air mata; tapi tak tumpah. Aku perasan Kuroda pun rasa sebak. Entah bila dapat berjumpa dengan dia lagi. Paling payah kukenang pun mengertikan jasa Kuroda yang amat prihatin akan aku; sedangkan kami baru sahaja kenal, bukan saudara mara, bukan juga satu bangsa, bukan juga satu agama. Manusia Jepun amat menghormati kita jika kita pandai mengambil hati mereka. Itu yang pasti bisik hatiku.

"Haridansan buat kerja seperti di Tokyo! pasti majikan di sini menyayangi awak seperti kami..!, saya harap tiga bulan ini awak akan gembira berkerja dengan mereka!" Kuroda menggenggam erat tanganku. Aku sekadar tunduk takut air mataku tumpah.

"Arigatou gozaimashita!, saya takkan akan lupa semua bantuan & tunjuk ajar semasa saya di sana. Kirim salam kepada semua sahabat kita terutama Kaitosan; pasti saya merindui Tokyo!" aku terbayang wakah si Kaito yang sentiasa berminyak rambutnya. Dahinya luas tetapi macho nampak bagai Prof; dia pekerja yang amat tekun. "Rindu sini balik sahaja nanti!" tergiang-giang suaranya dalan gegendang telingaku

Sampai di sini aku tak dapat menyekat gugurnya mutiara dari kelopak mata. Aku membalas lambaian si Kuroda dari cermin teksi. Aku melihat teksinya sampai hilang di celahan sawah padi. Hilang semangat untuk aku berkerja hari ini; aku perasan Ketua Jurutera; Matsusaki memerhati aku dari tingkap. Bila aku kembali ke ofis dia menjemput aku ke biliknya.

Banyak yang Matsusaki bualkan, bercampur dengan Bahasa Inggeris & bahasa Jepun yang mudah kufaham. Banyak menerangkan tentang tugasan & tentunya langkah keselamatan waktu berkerja. Kerja di luar katanya tak dapat lari dari panas & hujan. Jangan paksa diri kalau tak tahan badan. Aku tetap dipandangnya sebagai tetamu & tak perlulah memaksa diri berkerja keras. Dia dapat maklumat aku terlampau sayang pun tekun dengan kerja di Tokyo. Mereka di Tokyo amat sayang membenarkan aku ke Juo Machi ini. Tentunya aku bersyukur lantaran penat lelah aku mengikut semangat Jepun berkerja diterimapakai mereka.

"Saya pasti Haridansan penat berjalan jauh; elok berihat di asrama, esok pepagi kita bangun bersama buat kerja!" aku pun meminta diri & ke blok sebelah ke kamarku di sudut hujung kanan tingkat atas.
Bungkam!; amat payah aku mengawal perasaan!. Aku telah tercampak jauh sendirian di perkampungan Jepun. Aku rindu kepada isteriku Mila rindu amat; aku nampak bunga sakura gugur dalam tanam hatiku. Ranting sakura semakin kering & tajam menyucuk batinku. Aku terasa panas amat air mata yang deras mengalir. Aku nampak segala yang suram & gelap. Sungguh aku menjadi aku yang amat patah & rebah. Rebah dengan cinta sendiri. »ñ░ë╕╢←ô├ adoi! jiwaku amat serabut.

Di sini aku tak punya teman serapat si Kaito untuk mengadu hal. Aku tak mungkin diganggu panggilan di Ayu lagi; jauh sekali dari gangguan Si Joe & Halim.

Aku makin lupa entah berapa banyak helai catatan aku menulis buat Mila. Entah berapa pucuk suratku tidak berbalas. Begini rupanya perpisahan. Kejauhan ini amat menyakitkan. Kejauhan tidak pun dapat aku mengintaimu. Sendirian ini amat menyiksakan. Aku terlelap dengan hati yang amat kusam, dengan perasaan yang amat luka bagai disiat-siat derita. Aku tak nampak mana indahnya bunga sakura!. Mana megar kuntumannya. Mana seri sinarnya sakura.

- bersambung

Takrif : Arigatou gozaimashita! Terima kasih. shita bagi perkara yang telah lalu boleh juga disebut Arigatou gozaimasu

Kahwin Campur (KC) 9

Kahwin Campur Awal

21 Disember 2009

Tinggal Berasingan (Singgahsana)

Seringkali cita-cita & kerjaya membuatkan pasangan suami isteri terpaksa tinggal berjauhan. Tinggal berasingan dengan segala kesepian & bosannya hidup ini. Jika punyai keluarga kecil anak baru seorang dua mungkin tidak terasa sangat bagaimana jika seperti aku ini punyai anak empat!. Tidakkah ianya membebankan?!.

"Chek Jalal tak jemput Kak Chik di lapangan terbangkah?" aku teringat masa itu mana ada KLIA; masih di Subang. Aku pula masih menyewa rumah Makcik Munah di Kampung Malaysia Tambahan. Bibir aku bengkak besar, misai hilang separuh tangan kiri kanan habis hilang kulit. Aku kemalangan kapcai si Atan jadikan aku perisai nyaris aku tak maut digilis lori di lebuh raya Seremban ke KL. Atan yang membonceng aku tak luka apa pun. Dia peluk aku kemas-kemas! aku yang nahas!.

"Pandai-pandailah dia cari teksi!" macam bunyi merajuk sahaja Chek Jalal ini. Dia memang rajin bertandang ke Kampung Malaysia Tambahan. Tak jumpa aku di jenguk Makcik Munah.

Chek Jalal adalah abang saudaraku sebelah emak. Seorang yang ambil berat sangat akan hubungan kekeluargaan. Dia telah punyai Ph.D dan ketika itu menjadi Ketua Pengarah di Jabatan Sains Tanah MARDI Serdang.

(Seingat aku, aku pernah tulis ceritera Chek Jalal ini di blog lama easyjournal)

Chek Jalal yang bercerita Kak Chik isterinya akan balik hari ini, aku tertanya-tanya juga kenapa pula dia tidak menyambutnya. Kak Chik sambung Ph.D di luar negara setahun sahaja. Biasalah ramai pensyarah begitu buat sebahagian di Malaysia sebahagian lagi Ph.Dnya di luar negara. Kak Chik mengajar di UPM . Mungkin masalah anak sekolah & tugasan jadi Chek Jalal membuat keputusan tinggal berasingan. Lagi pun tak lama sekitar setahun sahaja.

"Moh! kita ke rumah Yoep Ni, saya nak kenalkan iDAN dengan dia!"

"Saya bertampal begini tak kesah ke?..." dalam hatiku syak mesti Chek Jalal lari rumah!.

"Tak apa!... nanti bila lagi nak kenal dengan Yoep Ni tu!" Yoep Zaini tinggal di Bandar Tun Razak, tak jauh; ikut Kampung Konggo sekitar setengah jam sampailah. Masa itu mana ada Bandar Tasik Selatan. Yoep Zaini pula adalah abang saudaraku berlainan keluarga. Orang Perak panggil saudara sepupu Satu Datuk. Saudara Beratur Datuk pula bermaksud datuknya adik beradik.

Aku pun pergilah dengannya menaiki Volvo, kereta Volvo ini memang telah lama dia pakai. Pernah kami berdua ke Chemor Perak menaiki Volvo yang sama ketika emak saudara kami meninggal. Chek Jalal memang rapat denganku, aku pernah tinggal di rumahnya ketika awal merantau ke KL.

Sejarah tinggal berasingan antara dua mempelai ini memang kerap berlaku. Semasa bernikah pun Chek Jalal tiada di Malaysia. Majlis kenduri kahwin pun Kak Chik bersanding sendirian bersama pasangan adiknya. Aku masih ingat Kak Chik menangis tak putus-putus ketika di pelamin. Adoi! terkadang amat payah untuk kita menangkis ujian Ilahi. Kenapa mesti antara kita punya waktu terasing yang amat tragis begini.

Memang aku amat merindui Chek Jalal sebab payah punyai saudara mara yang berkedudukan tetapi tidak sombong & sentiasa menjadi ukhuwah sesama keluarga. Chek Jalal ini sejak bujangnya begitu; dia merajuk membawa diri sampai ke Kanada, buat Ph.D di sana sambil berkerja. SPM dia tak sebaik mana tetapi dia memang tekun.

Masa di kampung di Changkat Tin Tg Tualang; dia beli kereta sport rona merah yang tak berbumbung itu. Diangkutnya bebudak kampung sarat kereta itu meronda sampai ke Desa Tualang.

Rumahnya di Bangi sekelompok dengan Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Yusof Noor yang baru terima anugerah Tokoh Maal Hijrah.

"Senang nak cari rumah saya tu, hanya dua buah bumbung rona hijau di kawasan itu; rumah menteri Datuk Yusof Noor tu.. & rumah saya!" aku ingat lagi pesannya jika mahu ke rumahnya. rasaya Tan Sri Dr. Yusof Noor banyak pegang jawatan menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Semua itu tinggal kenangan, Allahyarham Chek Jalal telah lama meninggal. Ketika itu dia berumur 40an, kena serangan sakit lelah. Angin Asthma tentunya. Masa itu anak-anaknya masih kecil.

Baru sahaja awal bulan ini ada jemputan kenduri kahwin cahamatanya; tapi kad itu sangkut di kotak surat si Fairuz di ofis lamaku. Ketika itu Fairuz cuti neneknya meninggal di Kedah. Kak Chik mungkin tak tahu aku telah bersara. Telefon rumahku telah berzaman masih tak berubah, mungkin Kak Chik telah hilang nombor telefon rumahku.

Isunya kini; bayangkan betapa terlalu banyak pengorbanan dua mempelai ini lakukan. Sering berjauhan. Malahan arwah Chek Jalal pun terlalu muda meninggalkan anak-anak masih kecil untuk Kak Chik besarkan. Biarpun rumah mereka bagaikan mahligai agam, namun kekinian cuma anak-anak yang dapat menemankan Kak Chik. Kak Chik hingga kini masih tidak berkahwin lain. Cinta mereka amat abadi. Aku pun hampir lupa wajah Kak Chik lama sangat tak berjumpa. Di UPM pun fakulti kami jauh terasing. Kak Chik khabarnya di Fakulti Perubatan; aku di Fakulti Kejut dua bangunan yang memang jauh terasing dari kampus sebenar!.

- bersambung

18 Disember 2009

Titian (Delima Merkah)

apakah titian ini menemui damai
atau sekadar payungan rindu
cintaku semakin kering & gugur Jika anda peminat puisi sesekali klik di sini terhimpunan sebahagian Puisi Penyair iDANRADZi

15 Disember 2009

Lain yang kita Rancang lain pula yang berlaku! (Singgahsana)

Pernah tak terjadi dalam hidup anda, lain yang dirancang lain pula berlaku. Setakat berlaku kemalangan itu sememangnya masing² kita pernah mengalaminya. Ini kes yang melibatkan masa depan anda. Agak berat kesnya.

Seumpamanya anda membeli rumah, dalam pelan asal anda lihat kiri kanan jiran anda orang kita Melayu. Jiran amat penting dalam kehidupan anda. Padahal hal dalam deretan rumah teres yang anda beli ramai lagi bangsa lain; Anda tak pilih India takut dia bela anjing atau tak suka menghidu harum setanggi sembahyangnya. Tak suka pilih Cina takut dia main mercun atau bila musim perayaan dia akan letak daging babi seekor bulat depan rumahnya untuk acara sembahyangnya.

Sementelah anda pindah rumah, kedua² jiran Melayu anda amat pelik, segalanya pelik & memang tak pun hiraukan anda, kaum India & Cina yang lain lagi baik serta amat menghormati anda sebagai jiran.

Samalah juga, anda telah memilih kenderaan yang amat anda idamkan sejak berzaman. Timbangtara sepanjang hari memang bajet anda mencukupi, tak menjadi masalah untuk buat ansuran bulanan membeli kereta idaman anda; Nak jadi sebab tetiba anda punyai masalah kerjaya terpaksa berhenti & cari kerja lain. Bajet lari semua. Baru sangat dapat pegang stering kereta idaman anda. Terpaksa berpisah dengan ia. Tentunya masalah ini selesai dengan menjual semula kereta ini, pakai kapcai jangan fikir soal duit bayaran muka yang hangus!.


Anda bernikah dengan kekasih anda, sebelum kahwin sememangnya anda nampak segala, anda tidak boleh tinggal berdekatan dengan keluarga pasangan anda; masing² pun berjanji terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga sendiri. Faktor utama keluarga mertua punyai masalah besar. Ramai ipar duai anda cerai-berai lantaran campur tangan keluarga. Anda kenal keluarga mertua anda jenis bagaimana. Keluarga anda pun apa kurangnya sikap egoisnya melampau. Anda nampak kalau ada masalah keluarga atau rumah tangga bila keluarga anda atau keluarga mertua campur tangan, bukan jalan damai yang akan ditemui tetapi perang besar!.

Ceritera setelah kahwin sebaliknya, baik anda mahu suami atau isteri anda lupa janji dahulu; sebelum bernikah agar duduk berjauhan dengan keluarga. Hakikatnya rumah tangga anda terusan berkocak sejak azali, puncanya orang ketiga; Kejap dari pihak keluarga anda sendiri tak sefahaman dengan pasangan anda terkadang dari keluarga mertua anda tak sebulu dengan anda. masing² mahu tinggal sepelaung dengan keluarga masing². Melarat sampai anda sakit jantung bila² masa akan strok & faham sajalah.

Anda merancang mahu beraya di kampung anda tahun ini, sebab memang telah dua raya berturut² beraya di kampung mertua anda. Bila tiba sehari dua nak raya pasangan anda mengatakan terpaksa beraya di kampungnya. Alasannya kuat!, emak mertua anda anda sakit, atau nak pergi menunaikan Haji, kut! tak berjumpa lagi tahun depan dengan emak mertua anda.

Anda merancang mahu bercuti dengan keluarga anda, siap tempah rumah rehat. Anak² telah amat ghairah mahu bercuti. Pasangan anda memang sejak tiga bulan lalu telah diberitahu. Pasangan anda ini jenis dia sahaja betul; egonya tinggi sebab dia yang pegang segala urusan ekonomi. Tiba saat terakhir pasangan anda memberi alasan kukuh teramat kukuh tak dapat sertai percutiaan yang dirancang. Dia pentingkan kerjayanya, kena keluar negara hari yang sama; tak ikut kata bosnya; sampai kiamat dia tak akan dinaikkan pangkat!. Pandai²lah anda & anak² nak bercuti!.

Anda punyai tanah luas, maka anda mendapat nasihat dari kerajaan negeri yang mereka galakkan anda menanam pokok Gaharu, katanya masa depan Gaharu ini amat cerah. Anda siap beli benih & anak pokok ini dari Indon. Setelah Gaharu anda membesar & mengikut jangkaan ianya boleh diusahakan untuk mendapat getah atau minyaknya; tak siapa pun boleh membantu anda, tak siapa pun mahir di Malaya ini cara terbaik untuk mengusahakan ladang Gaharu anda!; Usia semakin senja. Memang anda akan putih mata; jika anda difikirkan semula tanam petai & jering pun anda telah menjadi kaya raya. Bukan murah harga jering sekilo di pasaran. Bukan dapat sekupang dua sepapan petai di pasaran.

Lain yang kita Rancang lain pula yang berlaku!, apakah ianya memeningkan jiwaraga anda?.

14 Disember 2009

13 Disember 2009

Tak Larat Makan (Singgahsana)

Semalam ada empat jemputan kenduri kahwin, satu jemputan di Taman Maluri Cheras. Selalu dengar nama Taman Maluri, mungkin pernah sampai tapi tak mahir sangat arah jalanan di situ. Kalau dulu aku rajin menandakan rumah kekawan di Wikimapia, sejak gangguan kumpulan Datuk KJ itu aku naik muak nak buka Wikimapia; Habis semua dipadamnya. Selalunya kalau ada majlis atau perjalananku pasti aku tandakan di Wikimapia. Sayang semua itu telah dipadam. Lebih senang guna Google Earth atau secara ringkas http://www.dromoz.com/

Tiga lagi jemputan sekitar Meru, waris & kekawan Mila. Aku bertolak dari Jenaris sekitar jam 12:00 tengah hari, agak lewat bagi majlis sebanyak itu. Aku menjangkakan sekitar 4:00 atau 5:00 petang baru selesai.

Semasa mengikut pelan di kad jemputan ke Taman Maluri, aku cuma terlajak jalan di depan Stadium Badminton Cheras; orang KL biasalah pantang kita curi jalan sikit, bertalu²lah hon menyesakkan dada. Padahal secara awal kita telah kasi lampu isyarat. Mungkin tenguk plet Avanza Mila ini plet Wilayah takkan tak mahir jalan di KL. Selebihnya tanda iklan nama pengantin dipasang di persimpangan jalan menjadi panduan. Banyak sangat iklan yang sama guna rona kertas hitam putih buat kita keliru juga. Terkadang sampai berbelas iklan yang mirip sama memang memeningkan. Rona kertas iklan panduan jalan sebenarnya amat penting untuk kita cepat mengesan jalan.

Tiada kena mengena dengan ceritera
Berek tak makan

Taman Maluri banyak terdapat rumah pangsa & kondo. Sudah hidup bagai di Singapura rakyat kita di Malaya ini. Terdapat juga stesen LRT di Taman Maluri ini. Aziq 16 tahun (Cahayamata kedua) yang lebih mahir kawasan di sini. Katanya dia sering menaiki LRT ke Taman Maluri ini ke rumah kawannya.

Jemputan kahwin di Taman Maluri adalah staf Sime Darby kawan seofis Mila. Rasa kekoklah amat aku dijemput makan di meja VIP. Rasa terputus selera makan; sebab kira kami keluarga terawal sampai di meja VIP tersebut. Kononnya di rumah makan sedikit banget sarapan paginya; maklum nak pergi ke empat majlis makan besar!. Jarang aku jumpa majlis sebegitu, adasekitar empat meja VIP disediakan!. Kami sekeluarga kira keluarga VIP yang pertama. Siap bangku bagai di hotel & tayangan LCD pelbagai. Hebat majlis persandingan orang kita kini!.

"KL ni ibu tak sebesar mana, janji tertulis ke bandaraya, jumpa papan tanda Klang kita ikutlah!" Mila mahu aku patah balik ke Cheras, bagiku buang masa & tambah jauh sahaja perjalanan.

Tahu² setelah keluarg Taman Maluri, aku telah jumpa Lapangan Terbang TUDM, Mila hanya tahu jalan tengah, ikut Stadium Merdeka, aku benci jalan tu!, baik ikut Mid Valley.

Seperkara lagi Mila suka sangat berjanji dengan adiknya. Boleh dikatakan semua adik-beradik berkumpul di sekitar Bukit Kapar. Mila pun sudah mula berangan nak beli rumah di sekitar Meru.

Alang adik Mila baru sahaja ganti kereta Vios, zaman sekarang kerja biasa pun bergaji lumayan. Tak kisah nak pakai kereta apa pun. Lagi pun Vios & kereta nasional tak jauh beda sangat harganya. Katanya Vios ke Perak Mamam Akir ada Hari Keluarga di Perak. Sejak dulu keluarga Mila memang begitu tak kisah bertukar-tukar kereta. Alang ada dua kereta, sebuah lagu Pak Alang pakai. Jadi kami terus ke rumah Alang yang sekitar satu km sahaja dari rumah Mila di Batu Lapan Bukit Kapar. Dari rumah Alang sekitar dua ratus meter ada majlis kenduri kahwin kedua.

Menarik khemahnya rumah kampung; tetapi pelik tuan rumahnya tak menyambut tetamu pun, duduk lepak di kerusi pakai baju pagoda. Aku pun tak pasti mana satu tuan rumah, sudah kenyang makan baru perasan tenguk orang salam² dengan tuan rumah, yang pakai baju pagoda & berketayap putih.

"Mereka ini saudara sebelah emak, tapi hari raya pun tak pernah datang rumah!" Mila berceritera. Juadahnya memang menarik, semua jenis² makanan Jawa ada, siap sate & soto lagi. Yang ada sohon & tempe tu aku tak pasti namanya sambal apa. Aku memang pulun lapar juga memandu sejam lebih dari KL. Tapi banyak manalah boleh makan.

Rumah undangan ketiga sekitar satu km sahaja, tak jauh dari rumah Mila. Janji bersama Angah@Amee tak sampai². Aku kata jangan percaya dengan Angah tu, telah biasa; janji pagi petang belum tentu datang. Mila anak sulung. Along, Angah & Alang semua perempuan adik beradik yang paling tua. Ada karaoke, majlis ketiga ini masih padat biar pun telah hampir jam 4:00 petang. Paling menarik adalah tumis perut lembu masakan ala jawa. Mungkin tumbang seekor lembu kut!. Telahan aku betul telah habis makan main² di rumah ketiga tak muncul² si Ameenya, janji nak merewang bersama.

Solat zuhur sudah penghujungnya di rumah Mila. Nyaie begitulah tak larat bangun lagi, tidur sahaja di biliknya.

Sekitar 4:30 barulah muncul Amee dengan Kembara kereta kompeni suaminya. Kena pergi undangan ke empat di depan sedikit Pekan Kapar perkampungannya, sekitar 20 minit sampailah ke rumah pengantin, ikut jalan pintas. Jalan Acob namanya. Kalau ikut pekan Kapar memang tak sempat!. Yang ini memang hebat, siap bena besar di persimpangan jalan. Siap karaokenya. Itu pun tinggal sekitar dua tiga lagu telah tutup kedai!. Tuan rumah sampai atoknya pun pakai pakaian sedondong.

Aku cuma mampu makan pecal sahaja!. His! sedap betul sambal pecalnya. Tak tahan lagi nak isi tempolok ini. Bernafas pun sudah payah!. Selepas majlis ke empat Mila singgah pula dua rumah menziarah orang sakit & Wak Romlah yang memang asyik² tiada di rumah semasa hari raya tempoh hari. Sampai rumah Nyaie dekat maghrib. Jangkaanku jam 5:00 petang semuanya beres memang tersasar!.

Lepas solat maghrib aku entah kembara ke alam mana... pengsan. Tahu² telah jam 10:00 malam lebih. Adoi! nak kena memandu lagi! kena balik Jenaris, rumah Nyaie banyak makanan pun tak larat nak makan lagi. Mata payah nak celik sudah perut kekenyangan. Kalau makan lagi kut! terlelap di Avanza Mila. Mila mana pernah memandu jika berjalan denganku.

Mila memang sukalah lewat balik dari Meru!.

Mingguan Malaysia tak beli lagi terlupa siang tadi, singgah di dua buah kedai 7eleven tak jumpa². Hebat orang Shah Alam masih rajin baca Utusan. Akhirnya Utusan jumpa di Jenaris; di kedai mamak Jenaris banyak lagi akhbar Utusan tak laku!. Tiba Jenaris sekitar Jam 12:00 tengah malam.

Afiz tinggal seorang di rumah kelaparan, tak tahulah pula dia tak kerja KFC hari ini. Kena temankan dia pergi makan² di Jenaris. Pilihan Afiz biasalah Nasi Goreng Ayam. Aku pula pekena lagi Tomyam. Sedap Tomyamnya pekat kuahnya. Ingat nak tenguk sampai habis Liverpool menentang Arsenal baru 1-1 aku terlelap lagi; tau² telah bertukar pasukan lain!.

10 Disember 2009

Akhirnya Kami di Sini (Singgahsana)

Akhirnya kami di sini; Tak perlulah menagih janji manis dari siapa untuk sampai ke sini. Tak perlu minta sponsor, tak perlu pinta potongan penginapan. Sekarang memang waktu puncak. Tak perlu berurusan dengan ejen perlancongan yang pelik. Biar pun keluargaku telah melantik sebuah agensi agar dapat mengurus percutian kami. Tetapi semua janji kosong; agensi ini telah pun mengambil wang keluarga kami tetapi faham-faham sahajalah orang Melayu kita. Payah kita jumpa benar-benar ikhlas dalam memberi bantuan & perkhidmatan. Titik.

Teluk Batik Resort.

Agar kami selamat sampai di sini pada petang 27 Disember 09 nanti. Cukuplah sekadar semalam di sini, cadangnya nak tidur dua malam; huh! itu sahaja bajet yang kami mampu. Sewa di Resort sini untuk sebuah keluarga 6 orang sekitar RM400 semalam. Seorang sekitar RM66, kira okeylah tu!. Termasuk makan malam & sarapan. Terjun kolam, Astro segala. Aparment dua bilik bagi sekeluarga. Bagi Superior Room RM240. Dua orang sarapan & makan malam. Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma. 4-12 separuh hara, sarapan RM7 & makan malam RM15.
Kolamnya memang cantik, agak besar & biasalah ada peraturannya, Kemeja T hanya rona putih, anak-anak kena pastikan pakai pakaian renang!. Kalau suka bercawat memang itulah terbaik.

Aku memang malu nak tunjuk perut boroi ini jadi kena mandi lautlah!.

Pantai kira-kira 500 meter, agak jauh juga!. Pantai Teluk Batik memang cantik airnya tenang sebab ianya Selat Melaka. Nak mandi di laut kena jogging atau bawa kenderaan.

Mungkin 28 Disember 09, Senin malam Selasa aku akan ke tanah pusaka. Aku akan tidur semalam di sana. Siang 29 Disember 09, boleh memancing di sana!. Tenguklah!. Dari Teluk Batik ke Desa Tualang Kota Bharu Perak tak sejauh mana!.


Teluk Batik ini sebenarnya aku telah beberapa kali pergi, tetapi bukan ketika berkeluarga, semasa bujang & semasa zaman kanak-kanak. Dahulu memang orang kampung rajin buat rombongan menaiki bas ke sini. Pergi pagi balik petangnya. Ada sekali kut! semasa aku berkahwin buat lawatan teknikal sekitar Lumut singgah bermalam di sini. Tak pasti.

Moh! jumpa di sana. Jika YB terbaca, sila kasi respon mungkin boleh lihat banglow YB. Teringin amat nak jenguk ladang kelapa sawit YB.

Kampung halaman semakin menggamit!.

Catatan buat Dik Ieja (Delima Merkah)

Blogger iDAN said...

Dik Ieja; Yang lalu sebenarnya sekadar bayangan yang kita tinggalkan, yang akan datang sebenarnya sekadar harapan atau fatamorgana. Yang nyata adalah hari ini, jika kita pandang sekeliling kita, kita amat bahagia & amat teruja dengan persekitaran yang kita miliki maka itulah kebahagiaan nyata. Keadaan semasa atau situasi kita amat meransang jiwa kita. Kebahagiaan dalaman lain pula, biar pun hidup bersalut emas & intan; belum tentu jiwa & raga itu amat bahagia. Gangguan kenangan lalu memang sering membuat jiwa kita kontras & payah menghadapi kenyataan. Mainan perasaan ini kita kena pandai mengimbanginya. Maka itu ujudnya agama untuk kita menentukan arah. Banyak merapatkan diri dengan Dia nan Esa insyaAllah jiwa akan tenang!.

December 11, 2009 12:24 PM

09 Disember 2009

Siapa Ahli Narsqo? (Singgahsana)

Ziqir siap i itu bertitik tiga, titik ï memang boleh jumpa dalam Word, mana Narsqo Holiday Sdn Bhd (Narsqo) dapat titik tiga pun tak tahulah.

Tak pasti samakah dengan Narsqo Corp Sdn Bhd seperti logo di atas. Nampaknya macam anak syarikat.

Baru sahaja sebentar tadi aku persoalkan voucher yang mereka keluarkan. Mungkin ramai ahli yang menerima voucher ini menginap percuma di hotel dua hari satu malam yang tersinarai. Voucher lain aku tak perlu persoalkan sebab ada limitnya, seperti minyak hitam murah sebanyak 500 Paraffin (Mah Datok! bahasa orang moden, tenguk kamus Paraffin bermaksud lilin & malam)

Bayangkan orang kita berniaga, pengguna atau ahli orang Melayu, nama kad Ziqir... Arab kut!, bahasa Voucher nya semua tulis orang putih.

Maka sebagai pelancong yang ingin melancong pastinya mahukan maklumat hotel yang akan didiami. Takkan seorang pelancong tak boleh tahu tentang hotel yang bakal mereka menginap. Isu ini bermain di benakku bila, pihak Ziqir Hotline mempersoalkan aku ini tak punya hak bertanya di bahagian informasi Hotel atau Resort yang tersinarai.



Tempat Penginapan Yang Tersinarai dalam brauser@risalah ketika menjadi ahli pun menjadi masalah bagi Narsqo ini, asyik berubah. Sebagai contoh dalam brauser tertulis Orient Star Resort Lumut. Sila semak di laman sesawang, hotel ini adalah hotel 3 bintang. Bilik termurah di Orient Star Resort Lumut ialah Superior Room Sekitar RM250 semalam. Memang hanya kadar termurah itu sahaja yang mampu Narsqo ini janjikan untuk ahlinya.

Untuk tawaran terkini bila aku ingin buat tuntutan Voucher percuma tersebut lain pula ceriteranya; telah tiada lagi. Macamlah kita ini tak boleh baca, tertera dalam Voucher tersebut ianya diperlakukan selama setahun. Ada tempoh sebulan lagi, tak pun tertulis tertakluk syarat terkini, atau siapa dulu dia dapat.

Tak tertulis pun ada syarat terkini & Tempat Penginapan Yang Tersinarai terkini; Di sekitar Lumut & Orient Star Resort Lumut itu. Apa yang berlaku kekinian cuma ada Hotel Cop Ayam tarak bintang bilik termurah bernilai RM95 semalam tetapi kena menginap dua malam. Maksudnya; Semalam percuma RM95 Nasqo mampu tanggung beres & lagi semalam sendiri bayar... belum lagi campur bayaran tambahan waktu puncak jika ada. Itu memang ahli semua sanggup bayar.

Janji dalam brauser mahu kasi voucher hotel percuma sekitar R250 mengapa pula kasi voucher hotel cop ayam ini RM95. Waduh! bersyarat lagi!.

Kena fahamlah kebanyakan tempat penginapan di Malaya ini mengenakan paling murah RM35 bayaran tambahan jika waktu puncak. Jika di Orient Star Resort Lumut waktu cuti sekolah kena tambah RM80 bayaran tambahan memang itu biasa.

Bila pula dikenakan pelbagai syarat begitu entahlah!.. Narsqo ini memang pelik amat. Masa menarik duit pengguna menjadi ahli janji melangit!.

Tak tahulah bagaimana jika memang kereta kita rosak, mungkin ada ahli yang boleh memberi maklumat betapa bagusnya perkhidmatan Narsqo ini; bagaimanakah layanan insuran ini. Banyak lagi janji mereka yang boleh aku persoalkan. Bukanlah mahu menutup atau sabotaj kompeni ini tetapi sendiri ingatlah. Mereka hidup pun dengan duit keahlian kenapa ahlinya diperkotak-katikkan dengan janji manis.

Seperti Voucher RM20 & RM40 minyak pelincir itu setakad 500 Paraffin siapalah yang sempat mengejar. Berapa banyak ahli merasanya?. Jika memang voucher telah diberikan kenapa setiap ahli; Sebaiknya semua ahli merasa jika ingin membeli minyak tersebut; tak payah menyusahkan orang, teringin minyak tersebut belum tentu dapatnya. Takkan ahli mahu semak resit di kedai tersebut yang ianya telah habis 500 Paraffin.

"Encik ianya telah habis terParaffin!" buang masa, buang duit berkejar ke kedai tersebut. Jauh pulak tu! kalau nak pergi... nun! dekat ofis lama Kak Mila tempat minyak tersebut terjual!. Tak pulang modal!.

Buat macam kebanyakan syarikat minyak pelincir iklan, tak jadi ahli pun layak terima pelbagai tawaran barangan. Janji siapa dulu dia dapat. Tak payah cetak voucher yang menipu pelanggan.

Isunya sekarang kenapa Narsqo Holiday Sdn Bhd@Narsqo sengaja membuat janji yang tidak-tidak. Aku sendiri dapat bercakap dengan bahagian informasi di Orient Star Resort Lumut tersebut, mereka pun tak pernah dengan Narsqo. Orient Star Resort Lumut ada tersinarai dulunya! sekarang tidak lagi.

"Banyak syarikat buat macam itu Encik, sengaja taruh nama resort kami untuk menarik hati pelanggan, kami pun tak tahu apa itu Narsqo!"

Banyak lagi janji manis yang Narsqo berikan, tapi aku tak pasti apakah memang benar & sama dengan voucher yang mereka keluarkan. Seharusnya Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia tak perlulah asyik menunggu laporan dari pengguna tetapi pendedahan begini sebaiknya diteliti agar tidak semakin ramai lagi orang kita tertipu!.

Bila aku buat semakan di Google, terkejut beruk aku, memang ramai rupanya ahli Narsqo ini yang punya masalah dengan syarikat ini.

Seperti kes sebelum ini penjualan barangan elektrik Frico sila klik; yang pernah aku dedahkan. Syarikat tersebut baru sahaja ditukar ke syarikat lain pula. Jika anda ke Giant Kajang berjaga-jagalah, barangan mereka bukanlah aku nak kondem tetapi terlampau mahal & tidak menusabah harganya. Seolah-olah mereka gunakan konsep gores & menang dengan cabutan bertuah kononnya... agar buat kita teruja & terasa untung besar. Tetapi sila tenguk harga barangan tersebut di pasaran terbuka; pasti kita akan menepuk dahi. Terasa tertipu oleh gerladangan ini.

Jurujualnya siap kejar kita sampai ke pintu parkir kereta; tolong jangan layan. Kata sahaja awak ini penipu, barang awak mahal... cakap macam itu. Memang semalam aku bilang begitu dengan mereka.

Sila ke situs ini ada terhimpun serba sedikit tentang masalah Narsqo ini

http://peluit.blogspot.com


08 Disember 2009

MMms 23 Sendirian di Hospital Serdang (Singgahsana)

Hari ini entah kali ke berapa aku akan sendirian di Klinik Kardio Hospital Serdang. Sekitar jam 9:00 pagi aku pasti sampai ke sana. Parkir semakin payah di sana. Masa terluang ini aku teringat mahu buka blogku, ada khabar dari Eris di Australia hari ini. Memang bila aku semak² pengunjung yang datang melalui kaunter di blog ini aku perasan pasti tiap minggu ada pengunjung dari negara kanggaru itu klik²@ketikblog ini tapi tak pernah kasi respon.

Semalam pun entah apa mimpi aku ketik Facebook@FB, sungguh aku tak mahir dengan menu² di FB. Sekadar teringat pesanan Eris, dia akan aktifkan FBnya, bila sampai di Australia. Diam tak diam, telah ada sekitar 40 orang rakan di FB sana tapi tak kenal pun siapa. Aku teruja sebab nampak nama Sri Diah dalam kelompok rakan sasteraku itu, apakah Sri Diah penulis yang aku kenal sejak 80an lagi. Entahlah!. Aku menggunakan penama idanradzi di FB. Aku perasan Eris ada klik² FB tapi masih belum pun jadi rakanku.

Aku dengar Mila & anak-anak berminat nak melancong ke Australia sekitar dua tahun lagi. Itu impian mereka jika punyai bajet yang okey!. Dua tahun lagi insya-Allah semua anakku telah lebih kukuh dalam pembelajarannya. Afiz akan habis belajar dari Poli, Aziq telah tahu SPMnya & pasti tahu maha arah tujuannnya, Anif pun akan selesai PMRnya, Azim pun akan lepas UPSRnya. Memang masa terbaik sekitar tahun 2011 jika umurku panjang adalah masa terbaik untuk melancong jauh. Keluar Malaya. Paling jauh anak-anakku naik kapal terbang Afiz pernah ke Phuket Thailand, masa dia umur sekitar 4 tahun. Yang lain sekadar naik kapal terbang ke Sarawak. Baguslah kalau mereka ada impian berjalan jauh.


Hujung bulan aku akan melancong sekitar semenanjung; tak pasti mahu ke mana, Mila berminat ke Cherating, aku rasa sekarang musim tak menentu, asyik² banjir di sana; laut pula bergelora, aku lebih minat ke sekitar pantai barat ini. Selat Melaka mungkin kurang gelombang lautnya. Boleh berendam di laut. Aku telah menelefon beberapa tempat penginapan di sekitar Lumut; Teluk Batik yang lama tak ke sana. Siapa pernah pergi ke sini?. Marina Cove Resort dalam gambar melalui laman sesawangnya nampak macam okey! sahaja. Semalam aku telefon bahagian informasinya; katanya masih banyak apartmentnya kosong!. Nak sewa apartmentnya dua bilik terlampaulah mahal, rasanya kalau apartment sebilik muatkah!.

Inilah masalah kita orang Malaya, tempat peranginan begini terlampau mahal bagi orang biasa, memang kena banyak bajetnya. Jika semalam sampai sekadar RM300 sekadar sewa penginapan, apa lagi bajet perjalanan, makanan pun kena ingat awal tahun nanti duit pendaftaran sekolah!. Ini antara faktor memang kita Melayu Malaya kurang melancong. Bila aku telefon chalet yang sederhana sekitar RM150 sewanya; seperti chalet Kenangan Resort. Penuh. Sampai 2hb Januari 2010 penuh. Penyambut telefonya pun amat egois (Xsen bahasa pasarnya) jawab telefon lebih kurang warden penjara sahaja.

Jika kerajaan kita bijak kena banyakkan chalet begini, untuk sebuah keluarga tempatan melancong. Bantu usahawan begini; biar banyak saingan, maka tidaklah panas telinga terima jawapan penyambut telefon yang egois tadio. Hotel empat lima bintang belum tentu orang biasa mampu ke sana. Bagi Mat Saleh yang matawangnya tinggi rasanya memang tak jadi masalah.

Semua itu kena kesihatan yang okey!, kalau aku asyik sakit bagaimana mahu ke mana jua. Kalau kesihatanku tidak okey! bagaimana mahu menikmati hidup ini. Jika melancong perlukan aku sebagai pemandu kelurgaku ini. Bila sakit begini bagaimana iyer! aku perlu tabah & sendirian menghadapi sebarang kemungkinan. Bergumbira lain hal, sakit pula bab lain. Aku terbayang bagaimana si Fairus gelisah ketika lama bangat@banget menunggu di Klinik Kardio Hospital Serdang minggu lalu. (bangat Indon, banget Jawa dua-dua bahasa ini DBP luluskan bagi penggunaan BM baku) Rasanya keluargaku pun sama pasti gelisah banget jika terusan menunggu sekitar tiga ke empat jam di ruang menunggu, bersama mereka yang rawan belaka. Isk! dah lewat ni!.

Respon Eris

07 Disember 2009

Cinta tak sampai membunuh (Singgahsana)

Bila hati telah jatuh cinta, sesungguhnya sanggup berkorban apa saja. Tetapi tak semua kekasih sedar & percaya akan kemurniaan cinta ini. Ramai kalangan kita endah tak endah akan pasangan kita apabila telah berumah tangga. Ketika menggoda bukan main semarak lagi cinta, lautan sanggup direnang. Bila duduk bersama saling curiga-mencurigai & membiarkan api cemburu membakar mahligai impian. Masing-masing punyai ego sendiri.

Apatah lagi bila kisah silam kekasih kita menghantui cinta yang telah terbina. Seolah-olah dendam semalam itu akan jatuh ke diri. Ini dilema yang ditanggung oleh Ehsaan Khan suami@duda yang kematian anak & isterinya akibat kekejaman US yang menyerang negaranya. Ehsaan bertemu dengan Avantika ketika masing-masing profesor mengajar di universiti US. Mereka jatuh cinta & berkahwin. Dalam masa yang sama Ehsaan & kumpulannya dalam perancangan mengebom banyak tempat di US sebagai menuntut dendam atau jihad. Avantika tidak dapat menerima jihad yang dimaksudkan lantaran dia bukan beragama Islam. Tak faham apa itu jihad dari kacamata agamanya.

Ketika Avantika mengandung cahayamata sulung berlakulah krisis di mana dia tak ingin anaknya lahir lantaran terdedahnya rahsia suaminya seorang pengganas sedangkan Ehsaan masih mahukan anaknya dilahirkan.

Aku menonton filem ini di pawagam banyak adengannya telah dipotong hinggakan penghujung ceriteranya tergantung. Tak pasti di DVDnya bagaimana atau tertera seperti dalam situs ini... http://en.wikipedia.org/wiki/Kurbaan

Lagu yang sedap dalam filem ini ialah. Shukran Allah.


Aku menonton filem berdua dengan Afiz sahaja, sebab filem ini hanya tontonan 18 tahun. Aku lihat filem ini tidaklah ganas sangat, pun tidaklah banyak adengan ranjang. Tidak seperti gambar & video klip di internet. Mungkin ianya telah dipotong!. Kenapa ianya dikategorikan 18 tahun pun tak pasti?. Nak dibawa anak-anak yang lain takut kena tahan bagai hari raya tahun lalu!.

06 Disember 2009

MMms ♥ 22 Glukos semakin baik (Singgahsana)

Buah Goji

Dari awal pagi aku memang hilang tumpuan, semalaman tadi aku tidur² ayam. Masalah sesak nafas datang semula. Ada banyak kemungkinan, pertamanya pemakanan, mungkin aku tak boleh makan terlalu banyak daging. Mila masak sedap sejak siang semalam, mulanya dia masak daging rendang, rendang apatah aku tak pasti. Malamnya pula dia masak daging masak kicap. Seawal maghrib aku telah pekena laksa yang aku beli di pasar malam. Siap taruh otak udang lagi. Sekitar 10:00 malam makan nasi lagi. Melampau kenyang memang aku akan payah tidur!. Datanglah sakit sesak nafasku.

Menonton saluran ZEE sampai 12:00 malam, lama sangat tak tenguk Karisma Kapoor berlakon dengan Salman Khan syoklah pula!. Kemudian tenguk siaran langsung bola sepak; apalah nak jadi dengan Everton, kalah! sekitar jam 2:00 pagi baru habis. Itu pun masa separuh akhir aku pejam² celik. Bila terjaga jam 2:30 pagi Aziq tak tidur lagi, apalagi ngadap komputernya di kamar panjang.

Sambung lagi tenguk bola piala kelab² di Itali kut!, aku tak pasti sangat, tapi tenguk pemainnya memang bunyi macam Itali. Aku memang peminat Itali sejak berzaman, sedap pula tenguk kelincahan pemainnya. Tapi tak seorang pun pemainnya aku kenal. Memang aku tak ikut sangat perkembangan bola sepak antara kelab² di Eropah. Selalunya kalau piala dunia memang aku kemaruk amat menontonnya. Memang tak pernah cukup tidur kalau musim piala dunia. Gila menonton bola sepak ini satu penyakit juga!.

Masalahnya kalau berjaga malam pasti tekanan darahku akan melambung tinggi. 7hb aku kena jumpa doktor Imah di PKupm. 9hb kena jumpa pakar jantung di Hospital Serdang. Jadi aku bergantung dengan buah Goji untuk stabilkan darahku. Harap² doktor Imah tidak akan gusar melihat perkembangan kesihatanku.

Kali ini aku akan pergi sendirian, talian telefon bimbit aku tutup, malas nak pujuk anak² untuk temankanku. Tak mahu menyusahkan Fairuz kelaparan bagai dulu. Selagi mampu melangkah sendiri kena redahlah sendirian.

Karisma Kapoor

PKupm kekinian bukan lagi kawasan hitam Selesema Babi, tak perlu lagi memakai topeng kecuali mereka yang selesema sahaja. Ramai pula aku lihat mereka yang bersara datang berjumpa doktor hari ini. Aku dapat nombor 1102 Melalui borang pendaftaran dapat kukenal mereka yang bersara. Borang merah sepertiku. Tak seorang pun yang aku kenal, ramai pula mereka yang mahu berjumpa Dr Imah hari ini; aku terpaksa menunggu lebih dari setengah jam.

"Bagaimana projek di kampung..?" ingat lagi rupanya Dr Imah tentang projek di kampungku. Aku pernah ceritera yang aku ingin kembali ke kampung bila bersara nanti.

"Tak tahu lagi doktor, tengah fikirkan mahu mengganti bumbung rumah pusaka itu, masalah tanah di Perak teruk amat, tak kurang 10 ekar tanah arwah ayah itu tak tahu status lagi, ada yang telah bertukar nama..."

"Kenapa pula jadi macam itu?"

"Cukainya tak berbayar, saya pewarisnya tak diberi tahu!, nanti kalau telah duduk di kampung saya mahu usahakan tanah yang hilang itu!"

"Dah pergi ke Klinik Kardio Hospital Serdang kan?"

"Dah!, lusa baru tahu keputusannya, tapi saya gagal sudahkan Ujian Stres itu, saya mampu bertahan 7 minit sahaja, sepatutnya 10 minit!"

"Tapi jantung okey! kan?.."

"Okey! rasanya, badan yang terlebih berat, kaki tak mampu nak nampung barat badan ini!"

"Hari ini kita buat Ujian Glukos sahaja.." Aku lihat tekan darahku sekitar 135/85 mmHg.

Aku menunggu nombor 1102 di kaunter Ujian Darah, sekitar 10 minit aku dipanggil masuk ke kamar 35. Bacaan glukosku nampaknya beransur baik 5.4 mmol/l. Selalunya sekitar 7++ mmol/l. Bila aku ketemu Dr Imah semula, dia begitu ceria & menasihati aku agar terusan mengekalkan keadaan kesihatan begini.

"Berapa bacaan glukos sebaiknya doktor?"

"Di bawah 6.0 itu kira sudah bagus!"

Satu yang dapat kukesan, aku sebenarnya dalam seminggu dua ini banyak memakan buah goji kering. Jika nak diikutkan pemakanan ubatan ada beberapa hari aku langkaukan pemakanannya. Aku akan ke PKupm pada 8.2.10 tahun depan nanti, InsyaaAllah.

03 Disember 2009

Dari Mana Datangnya Manusia (Singgahsana)

Logo Desa Sri Jenaris

"Nak buat apa beli rumah dalam hutan ini, jual balik carilah rumah yang dekat sikit dengan bandar!" aku dengar tak dengar sahaja ibu Mila bising. Ingatkan dia suka melihat menantunya beli rumah untuk anaknya berteduh. Emmm! kalau aku ada duit memang nak beli bangunan atas pejabat Mila. Agar senang Mila berulang kerja. Aku memang tak mampu, rumah teres kecil ini sahaja yang mampu aku beli. Itu pun aku buat dua nama, telah korek semua duit simpan & duit KWSP.

Darah mudaku tersirap juga, baik aku ambil angin Jenaris di luar. Bersama sigarku; Aku lihat kereta Mila telah mula berkabus. Jam baru sekitar 8:00 malam. Memang udara di Jenaris nyaman amat. Suasana sunyi amat; tak nampak pun kereta sesak lalu lintas. Aku menyukai suasana kampung, maka itu aku teruja tinggal di Jenaris, nama sebenarnya Desa Sri Jenaris. Masih rasa suasana desa; kelilingnya masih tidak dibangunkan; sekadar ladang getah, hutan, masih terdapat jeram & air terjun. Bab mertua komplen ini; Teringat aku akan Dr Thomas yang rapat denganku, dia pernah mengadu padaku, Mak Mertuanya datang rumah membebel rumah yang dibeli kecil banding harganya terutama dapur katanya kecil amat; dia beli rumah ratusan ribu RM di Bukit Belimbing, Seri Kembangan. Memang dapurnya tak seluas mana!.

"Saya rasa iDAN, mahu campak sahaja dia punya beg keluar rumah!" aku tahan gelak sahaja, dunia kehidupan seorang doktor pun begitu juga.

"Saya beli rumah itu sekitar RM200 ribu, memang itu harganya yang saya mampu... ini bukan kampung!... mana boleh samakan dapurnya!"

Aku dapat pujuk dua rakanku sekerja membeli rumah di sini, mahu ke ofis UPM sekitar 30 minit, ke pekan Kajang sekitar 10 minit. Selang beberapa tahun aku dapat pujuk dua lagi rakanku tinggal di sini. Menjadi kami berlima sefakulti tinggal di sini.

Semua itu ceritera kira-kira 20 tahun lalu; sekarang ini Jenaris telah menjadi bagaikan sebuah bandar. Jalan depan rumah sudah bagai jalan raya besar, aku lemas & sering bersungut nak keluar rumah pun tak bebas ada sahaja kereta atau motosikal yang mahu melintas. Giant, Kamdar, Kolej Komuniti & pelbagai kedai telah sarat di sini, selang sekilometer telah ada TESCO, ke UPM telah ada lebuh raya 20 minit sahaja, ke KL sekitar 30 minit sahaja, enam lorong lebuh rayanya, tiga pergi & tiga balik. Banyak pilihan jalan rayanya. Kami telah tinggal di pusat bandaraya. Rumah ini dulunya RM40 ribu sekarang telah menjadi RM150 ribu. Itu harga kosong tidak dideko. Rumah seluas ini yang pegangan bebas bila-bila masa akan laku sekitar RM200 ribu jika telah ditambah belakangnya. Begitu cepat nilai harta tanah naiknya. Itu bedanya pegangan bebas & pajakan.

Sedihnya sekarang tinggal aku bertiga sahaja yang sefakulti tinggal di Jenaris, itu pun masing-masing bawa hal. Maklumlah dua rakanku itu telah jadi orang kaya raya, jenguk aku tanya khabar pun tak mahu. Payah kalau sudah jadi orang kaya ni!, sibuk memanjang!. Arwah Nasha gantung diri & Arwah Abg Din sakit serangan jantung baru bulan puasa lalu pergi meninggalkanku. Atan & Sahak ini aku tak pasti sejak jadi VVIP memang tak kenal aku lagi. Kalau aku tak SMS atau telefon taubat lahom tak tahu khabar mereka ini. Sesekali aku ke surau tak juga jumpa mereka ini; pelik!. Setahu aku Atan antara orang yang bertimang-timang dengan jemaah@kariah surau. Sahak rumahnya sebelah pagar Surau.

Surau Desa Sri Jenaris

Surau Jenaris kekinian telah boleh sembahyang Jumaat, pening tenguk dari mana datangnya manusia ini, tiap kali Jumaat melimpah sampai ke luar surau. Maka itu Hari Raya Haji baru ini aku sembahyang di masjid Penjara Kajang, sekitar 10 minit sahaja dari rumah ini demi mendapat keselesaan bersembahyang raya. Jangkanya aku mahu beraya di Meru entah kenapa Mila tetiba tukar fikiran mahu beraya di Jenaris. Meriah sembahyang di masjid Penjara Kajang. Siap ada jamuan raya selepas syolat. Raya Haji ini sekadar lemang & rendang juadahnya; masa Hari Raya Puasa tempoh hari siap pelbagai kuih-muihnya. Jemaah lelakinya sekadar separuh masjid, perempuan yang nampaknya semakin ramai!. Hampir penuhlah jemaahnya masjid Penjara Kajang.

Jika aku kelapangan aku suka ke Kamdar. Kamdar selalu buat tawaran harga, memang barangannya amat murah & berbaloi. Sepasang Baju Melayu sekitar RM50 telah tolak potongan; memang cantik jika potongannya 50%. Begini juga kain ela, selimut, cadar & barangan lain. Parkir pun percuma. Pilihan makanan pula banyak di sini. Ada makanan mamak 24 jam begitu juga Mc D yang baru dibuka. Jika mahu makan KFC & lain-lainnya kenalah ke TESCO. Afiz sampai sekarang masih berkerja sambilan di KFC. Malam-malam dia jadi juruwang di KFC.

Inilah namanya pembangunan sekitar 20 tahun telah padat; aku tak pasti apa akan jadi 20 tahun akan datang. Aku memanglah antara ada & tiada ketika itu nanti. Yang pasti jalan raya memang kena ditambah, tak mungkin kenderaan akan lancar kecuali kerajaan memikirkan LRT atau pengangkutan lain yang boleh melancarkan perjalanan.

Masjid Penjara Kajang

01 Disember 2009

MMms 21 Ujian Stres Penyair iDANRADZi Gagal (Singgahsana)


"Doktor pakar jantung kehilangan kereta, seorang doktor lagi cuti kecemasan!" aku lihat memang ramai pesakit & pengiring telah sedia menunggu. Jam hampir 10:00 pagi. Aku biasalah lewat lagi, temujanji 9:00pagi.

"Nak jumpa doktor atau temankan orang?" Nampak muda sangat seorang pemuda dari Ijok ini.

"Saya yang sakit... hari tu telah buat ujian terapi tapi doktor tak jumpa lagi masalahnya, jantung saya lemah mungkin kena masukkan bateri macam ayah saya kut!" lagi kronik dariku;

Selepas subuh tadi aku kesiangan. Mana seluar sukannya, kasut sukannya, kad rawatannya. Memang aku amat malas & hilang upaya pergi sendirian ke tempat sebegini. Sudah pujuk si Aziq & Anif agar temani ayahnya; Huh! mereka lebih suka duduk di rumah. Mila berkerja. Jangan ganggu dia; lagi pun aku boleh jalan sendiri. Parkir di Hospital Serdang semakin teruk!, aku terpaksa parkir di bawah pokok sebagai parkir alternatif.

Aku teringat Fairuz yang katanya mahu bersamaku di Klinik Kardio Hospital Serdang. Tak nampak lagi wajahnya. Di Jenaris tadi aku telah telefon dia agar tak payah bawakan kasut sukan aku terjumpa kasut Afiz yang muat untuk kupakai. Kasut sukanku tak muat lantaran kaki mula mengembang.

"Saya pun telah empat atau lima kali ke sini, masih tak tahu keadaan jantung saya, malam-malam selalu sesak nafas!" dari senyuman pemuda ini dia nampak mesra & ramah "Ada sakit diabetes atau penyakit lainkah?" aku memang tak menduga orang semuda ini boleh kena sakit jantung.

"Tak ada, tapi sejak kebelakang ini tekanan darah saya sememangnya tidak normal.."

"Biasalah tu, kalau ada gangguan di jantung kita, tekanan darah kita jadi tak betul!"

Selang beberapa ketika telefon bimbitku berdering pastinya siFairuz yang janji mahu ketemu aku telah tiba. Telahanku benar; memang agak lama kami tak berjumpa.

"Mana Tok Perak?.."

"Dia kirim salam saja, dia sibuk main karom!"

"Emm! orang telah naik pangkat kanan, mesti sibuk nak buat macam mana?"

"Mana ada sibuknya abg iDAN, pelajar UPM telah cutilah.."

"Cuti apa pulak, cuti raya seminggu ke!''

"Cuti semester hujung tahunlah, hujung bulan ini baru masuk!" aku memang lupa bab cuti pelajar semua ini.

Aku bertanya jururawat yang bertugas, apakah mereka akan kasi nombor sebab aku kena buat Ujian Stres. Dia memberitahu nama aku akan dipanggil. Aku pun minta diri dari pemuda Ijok yang masih berada di ruang hadapan tempat jururawat bertugas & menyemak kad perubatan pesakit.

"Kau tahu Fairuz, jika aku selewat ini sudah pasti sekitar jam 1:00 tengah hari nanti barulah akan nama aku dipanggil, kalau rasanya kau penat menunggu; aku tak kisah!, Fairuz baliklah ke makmal takut ada pula yang nak jumpa!"

"Saya nak makan dengan abg iDAN, lama sangat tak makan dengan abg iDAN."

"Biasanya pihak hospital tak benarkan makan apa-apa jika mahu buat sebarang ujian!"

"Tak apa saya tunggu!"

Maka menunggulah kami, aku sempat juga berbual dengan beberapa pesakit, ceritanya samalah, masalah jantung. Ada abg seorang bernama Aziz dia menghantar isterinya yang punyai masalah yang sama, asalnya dia seorang sahaja disahkan mengidap sakit jantung; kekinian isterinya pula. Aziz masih amat segak, usianya jauh lebih muda dariku. Aduh! lagilah amat tercabarnya jika suami isteri bermasalah jantung.

Aku lihat Fairuz mula gelisah, telah hampir tiga jam dia menunggu. Aku senyum sahaja melihat kegelisahannya. Bagiku telah menjadi perkara biasa menunggu sebegini lama di hospital ini. Aku pernah tuliskan ketika darah tinggiku melonjak naik, dari naik ambulan pepagi lagi, hingga menjelang maghrib baru dapat jumpa doktor. Dari Dr Imah sahkan aku kena tinggal di wad, sampai sakit darah tinggiku kembali normal. Duduk di Wad Kecemasan sepanjang hari. Sendirian.

"Ini siapa yang stres, aku ke... kau Fairuz?"

"Stres sebab lapar abg iDAN sejak pagi tak makan!"

"Sabar-sabar, kita kan selalu puasa!, kena puasalah kejap, kalau kita keluar kut! kena panggil, nombor mereka tak kasi kalau tak senang kita agakkan masa!.."

"Nanti saya tanya bila giliran abg iDAN!" jam telah 1:00 tengah hari lebih.

Aku pun entah berapa kali masuk ke ruang bilik Ujian Stres, Pembantu Perubatannya nampak sibuk; jadi malas ganggu keerja dia.

"Abg berdua sahajalah yang kena buat Ujian Stres!, kejap lagit katanya.." Fairuz tambah gelisah.

"Serik.. kan?... temankan orang sakit, bayangkan abang kau ini sendiri di wad begini; mana ada pesakit tak berteman, mesti ada pengiring!, emmm! duduk seorang-seorang lagilah mengantuk & bosan amat!"

Aku suka bertanya dengan pengiring yang datang, ada india sebelah hantar Mak Mertuanya, masing-masing gelisah. Paling gelisah aku tenguk seorang lelaki nampak segak sangat, Fairuz syak dia Pemandu Teksi sebab pakai baju putih. Wajah sama seiras ayahnya yang memang sakut kuat, tua sangat ayahnya terpaksa dibawa dengan kerusi roda. Entah berapa kali dia mengadap jururawat lantaran tak larat menunggu. Mungkin dia datang seawal 8:00 pagi; bila empat lima jam menunggu membawa ayah yang uzur begitu memanglah tak terkawal lagi rasa sabar menunggu. Aku ada Fairuz memang rasa lapang & amat tenang. Fairuz lagi membebel tenguk nyonya muda makan Kuih Pau sedap bangat.

1:30 tengah hari. Kesabaran Fairuz sudah melimpah limitnya. Dia ajak aku pergi tanya Pembantu Perubatan lagi. Ada dua orang lagi perlu buah Ujian Stres aku & seorang Apek nampak lebih tua dariku.

"Jom! abg iDAN kita pergi makan ada lagi setengah jam giliran abang iDAN!" lapar sangat siFairuz ini.

Aku pun kelaparan sebenarnya; terpaksa langgar pantang jangan makan sebelum Ujian Stres, badan pun mula menggigil kelaparan. Kantin di Hospital Serdang telah jauh berubah, juadahnya semakin banyak & memang menyelerakan. Siap ada makanan Ala Barat. Aku makan nasi lauk ikan darat sahaja. Fairuz makan nasi lauk ayam kurma. Tidak bagai dulu; teramat teruk juadah di kantin ini!. Sekitar jam 2:00 petang apa lauk pun tak ada!. Mungkin telah tukar tauke; Cadangan aku mahu makan di Uniten dibatalkan. Fairuz makan besar, memang dia lapar amat; kasihan dia.

"Lepas ini kalau stres & tak larat nak nunggu lagi, Fairuz baliklah, nanti bos bising pula!"

"Dah makan tak kisah, tunggu abg iDAN sampai malam pun tak apa!" aku senyum sahaja, aku pasti dia memang serik menemaniku.

Tiba di tingkat tiga Klinik Kardio, Abg Aziz beritahu namaku telah dipanggil; aku & Fairuz ke bilik Ujian Stres ada Apek sedang buat ujian. Aku menunggu sekitar 15 minit. Pembantu Perubatan masih muda belia. Baik orangnya; dia kata kalau boleh aku kena buat ujian sampai ke had kelajuan 3, sebaik sampai had 4. Tak mampu Mak Oii! baru separuh had kelajuan 3, kakiku tak larat lagi melangkah. Tekanan darah dari 120/70 mmHg (milliliter air raksa) * Terbaik pernah aku capai... telah naik ke 160/110 mmHg. Seharusnya aku boleh bertahan lama tetapi otot kaki memang tak kuat lagi menampung berat badan. Biar pun dada@jantungku okey!. Aku tak mahu ambil risiko, kut! naik tekanan darah yang membahayakan diri nak buat apa.

Aku bermandi peluh, kecewa sangat cuma lagi 3 minit Ujian Stres ini harus aku lalui menandakan aku memang sihat. Tak mampu. Aku sekadar mampu bertahan 7 minit sahaja. Itulah hakikatnya kekuatan diri tuaku.

- bersambung