iDAN
26 Jun 2011
Jin
Orang dahulu percaya bahawa jin mengetahui yang ghaib...
untuk membuktikan bahawa jin tidak mengetahui perkara perkara yang ghaib...maka perkara itu dibuktikan dengan peristiwa wafatnya Nabi Sulaiman a.s yang riwayatnya adalah seperti berikut:
Nabi Sulaiman mempunyai kebiasaan beriktikaf (beribadah) di masjid ' Bait Almaqis' untuk berapa waktu lamanya, ketika ajal baginda datang, Allah swt mencabut nyawanya ketika baginda sedang beribadah dan bersandar pada tongkat yang dipegangnya.., apabila sedang beribadah, para jin biasa mengelilinginya tanpa berani menatap atau memperhatikannya.
Ketika salah satu di antara jin itu menghampirinya, ia tidak mendengar suara Nabi Sulaiman a.s, diperhatikannya lagi dan ternyata tidak terdengar juga suaranya, jin itu memperhatikan lagi dan ketika itu Nabi Sulaiman a.s terjatuh ke tanah sedangkan tongkatnya telah dimakan anai anai. ( untuk menunjukkan bahawa baginda telah lama wafat).
sehingga seolah-olah anai anai itulah yang telah memberitahukan berita kemangkatan (wafatnya). Jin tidak akan mengetahui hal itu jika sekiranya tongkat baginda tidak dimakan anai anai.
Mereka ingin mengetahui berapa lama sudah Nabi Sulaiman a.s wafat, mereka biarkan anai anai makan sebilah tongkat dan ternyata dalam waktu sehari semalam anai-anai itu dapat menghabiskan sebagian tongkat itu.
Dengan demikian, mereka memperkirakan baginda telah wafat dalam waktu yang sama, sedangkan sebenarnya baginda telah wafat lebih setahun lamanya.
Dalam jangka waktu itu para jin berkerja keras melaksanakan perintah Nabi Sulaiman a.s dengan demikian nyatalah para jin itu tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib..
mereka tidak akan terus menerus berkerja keras dan berada selama itu dalam seksa yang menyakitkan hati...
~DaisyPutih~
2.
Tentang Jin...
Melihat jin dalam bentuk asalnya, dan bahawa yang demikian adalah merupakan rahmat Allah swt bagi hambanya.
Jin kadang kadang dapat dilihat manusia tetapi tidak dalam bentuk asalnya...
melihat jin dalam bentuknya yang asli hanyalah merupakan hal yang khusus bagi para Nabi saw..
Jin juga mempunyai kemampuan melakukan pekerjaan pekerjaan berat, seperti Jin Afrit yang pernah menawarkan kepada Nabi Sulaiman a.s untuk memindahkan singgasana Ratu Balqis dari negeri Saba' di Yaman ke negeri Syam sebelum baginda berdiri meninggalkan tempat
duduknya, iaitu majlis di mana baginda mengadili berbagai perkara yang timbul di kalangan rakyatnya.
Adapun para Nabi saw, mereka dikurniakan Allah kemampuan untuk melihat jin dalam bentuk asli asalnya.
Kesempurnaan rohani para Nabi saw membuat mereka mampu dan tahan melihat dan berhadapan dengan jin dalam bentuk asalnya seperti yang diciptakan Allah swt...
Adapun melihat jin setelah berubah dalam bentuk lain, maka yang demikian adalah mungkin dan tidak merupakan sesuatu yang mustahil, bah kan tidak jarang terjadi...
Atstsa'labi meriwayatkan dari Tsabit bin Quthbah
katanya:
"kita sedang dalam perjalanan ketika kita melihat seekor ular ( yang telah mati) itu, lalu menguburkannya, tidak lama kemudian datang rombongan bertanya kepada kami:" apakah ada di antara kamu orang yang telah menguburkan amar?"
kami kembali bertanya;
"siapakah Amar itu?" " Amar yang kamu kubur di tempat itu",
katanya: ketahuilah, dia adalah salah satu di antara serombongan jin yang pernah mendengar bacaan al-Quran dari Nabi saw ketika perang terjadi di antara dua golongan jin yang islam dan yang kafir, maka dia telah gugur di dalam petempuran itu"
maksudnya jin boleh berubah bentuk kepada lain... menyurapai ular...dsbnya...
~DaisyPutih~
3.
Di manakah jin (saitan) berada..?
saitan ataupun jin mempunyai gelombang dalam julat frekuensi Ultrasonik, terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geseran hablur hablur seperti hablur kuartza.
Freekuensi bunyi hantu (istilah utk saitan/jin.maaf..)
ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar.(sebab jin ini suka makan najis kelawar).
Atas rasional ini adalah agak malang bagi penggemar batu permata yang menyimpan batu permata berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan rendah.
Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin.
Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna merah, hitam dan kuning untuk tujuan memerangkap tenaga asing.
Orang orang barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai 'drakula' dalam lakonan cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalender islam yang jatuh pada 16hb dan 17hb setiap bulan.
Berlian yang keras struktur atom berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga eletrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai bagai kelebihan, malah dapat menjadi bentang atau perisai kepada sepemakainya (dengan izin Allah). Ini kerana berlian menerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna).
Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia (mengikut kajian sains).
Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalam tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.
~DaisyPutih~
4.
mengenai jin /saitan
( atau nama biasa yang disebut oleh orang kita...HANTU)..
Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.
Tanda tanda kawasan yang dikuasai oleh unsur unsur tenaga lemah atau tenaga asing ini, seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk, atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas serta tempat yang bersarang labah labah atau terdapat serangga berbisa.
Setiap kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai unsur unsur tenaga asing ini.
Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh audibel pada julat yang lebih kecil yang kurang daripada 20Hz.
Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur unsur asing dan luar biasa ini.
Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dan keyakinanan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan yang tinggi terhadap Allah yang maha esa sebenarnya dapat mencipta kelajuan seperti di atas.
Garam (garam kasar) atau kristal adalah hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean atau garam laut mati mempunyai kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang.
Orang orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. (garam juga dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut).
Garam (garam kasar) atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang orang yang ingin memasuki hutan rimba( bagi org yg hobi memasuki hutan).
Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesan oleh pendengaran manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.
Cara mengesan kehadiran benda2 asing ini...
Seperti yang kita sedia maklum ayat kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan.
Iblis atau bapa segala jin dengan konco2nya syaitan yang berupaya melemahkan manusia mejadi was was atau ragu ragu dlm mencari ketenangan.
Walaupun begitu, iblis satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dlm tenaga yang bergetar secara keseimbangan dlm gelombang dan frekuensi hijau.
Tenaga asing ini sebenarnya boleh dikesan di mana mana, tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api, jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dinueutralkan dlm bentuk tenaga yang tidak mengganggu..?
Kehadiran unsur asing dan jin ini dapat dikesan oleh deria sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.
Selain itu, bau bau berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dlm upacara pengebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang kepada tenaga asing.
Begitu juga dengan tempat yang tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin.
Tempat tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur unsur asing ini......
wallahu'alam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan