iDAN

26 Jun 2011

Faedah Senarai Mel

Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan melanggan senarai mel. Antaranya ialah:-
  • Mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang khusus

Pengguna boleh menghantar soalan yang berbentuk permasalaha akepada senarai mel untuk dibincangkan bersama ahli senarai. Daripada perbincangan dan maklum balas yang diterima, satu rumusan boleh dibuat tentang penyelesaian yang dicadangkan oleh ahli senarai.

  • Mendalami pengetahuan tentang sesuatu perkara

Dengan melibatkan diri dalam perbincangan atau memerhatikan perbincangan, banyak pengetahuan boleh diperolehi. Untuk tujuan ini, penglibatan dalam senarai mel yang terkawal sering memberi kesan yang lebih efektif kerana kebanyakkan perbincangan tepat pada skop senarai. Oleh yang demikian, tidak banyak masa yang terbuang untuk menerliti artikel yang tidak menepati skop perbincangan.

  • Bertukar idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara

Pengguna boleh menghantar artikel untuk dibincangkan bersama dalam senarai atau membalas artikel yang telah dihantar untuk memberikan pendapat tentang sesuatu perkara yang telah dibangkitkan. Dalam senarai yang mempunyai ramai ahli, lazimnya pelbagai idea baru dan pengalaman dapat dikongsi bersama.

  • Membuat pengumuman tentang sesuatu perkara

Senarai mel boleh dijadikan tempat membuat pengumuman yang sangat berkesan kerana bilangan penggunannya yang ramai. Bagaimanapun, pastikan pengumuman yang hendak dibuat adalab berkaitan dengan subjek perbincangan senarai. Jika pengguna ingin membuat pengumuman yang bercorak komersil, maka pastikan ia dilakukan dalam senarai yang dibenarkan.

  • Berkenalan dengan orang lain

Oleh kerana bilangan ahli yang terlibat dalam senarai mel selalunya sangat besar dan dating dari seluruh pelosok dunia, maka ia adalah satu tempat yang sangat baik untuk mendapatkan kenalan baru. Melalui senarai mel, pengguna Internet yang mempunyai minat yang sama, ataupun segand mengalami masalah yang sama, boleh berkenalan di antara satu sama lain.

  • Tempat mendapatkan sokongan

Senarai mel juga sering dijadikan sebagai tempat mendapatkan pertolongan dan sokongan emosi bagi pengguna Internet yang menghadapi masalah yang sama seperti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal, pesakit AIDS dan sebagainya. Melalui senarai mel, pengguna dari seluruh dunia boleh memberikan sokongan di antara satu sama lain dengan lebih mudah lagi murah.

Tiada ulasan: